Setelah berfikir panjang, saya merasakan lebih mudah nak update dan berkongsi info tentang ilmu Technical Analysis dan kaunter kajian melalui telegram. Ini kerana, untuk upload gambar dan menulis penerangan di dalam blog ini, agak memakan masa yang lama. Tetapi saya tidak akan tutup blog ini. Saya akan cuba update secara konsisten berkenaan ilmu terkini yang saya pelajari.

Dan ini pula ialah link telegram group:

https://t.me/joinchat/AwDl7hFKcCu6UlP-oT_fmw

Terma / syarat group telegram group ialah:

  1. Kalau nak join, pastikan level newbies lagi, kalau level sifu-sifu maka saya risau telegram group ini tidak memberikan apa-apa ilmu terbaru kepada sifu-sifu & otai-otai.
  2. Group ini fokus pada BUY at SUPPORT dan aspek Teknikal Analisis.
  3. Segala perkongsian info adalah untuk pembelajaran, jika terdapat perbezaan ilmu antara sifu-sifu yang  mempunyai sijil MSTA & CFTe, maka pendapat mereka hendaklah diutamakan.
  4. Pastikan berkongsi ilmu hanya mengikut disiplin buy at support / fibonacci level. Jika nak kongsi kaunter kajian buy on breakout, kena maklumkan pada ahli group bahawa kaunter tersebut sesuai untuk buy on breakout.
  5. TIDAK DIBENARKAN sama sekali post sesuatu berkaitan dengan isu politik. Tindakan tegas akan diambil.
  6. TIDAK DIGALAKKAN BERKONGSI info tentang fundamental news. Kerana group lain sudah berlambak-lambak info tersebut.
  7. SANGAT DIGALAKKAN berkongsi ilmu tentang kaedah pemilihan kaunter.
  8. Tidak dibenarkan mempromosi kelas-kelas, kerana saya hanya bagi ilmu percuma. Kecuali mendapat kebenaran admin group. Kalau nak buat kelas, sila buat marketing sendiri bermula dari blog, fan page, group etc.
  9. Sebarang kerugian akibat perkongsian kaunter-kaunter di dalam group adalah tanggungjawab masing-masing. Kerana kaunter kajian bukanlah untuk buycall, tetapi pembelajaran.
  10. Dibenarkan berkongsi setup indicator tersendiri tetapi, sebaiknya cuba terangkan kenapa memilih setup berkenaan agar ahli faham dan mendapat manfaat.
  11. TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang provokasi, menghina, bahasa kesat, tidak beradab, fitnah, lawak lucah dan perkara yang melanggar undang-undang. Tindakan tegas akan diambil.
  12. TIDAK DIBENARKAN copy paste tazkirah yang panjang-panjang berjela-jela. Kalau tak tahan nak share tazkirah, boleh buat group tazkirah sendiri.
  13. DIBENARKAN screen shot profit, dengan syarat, tunjukkan berapa nilai dibeli, jangan duk censored pulak bahagian nilai tu. Lepas tu terangkan kenapa beli kaunter tersebut, apakah teknik setup indicator, apakah buy signal, macam mana pemilihan kaunter dibuat dan sebagainya. Agar ahli mendapat manfaat. Screen shot profit hendaklah bertujuan mengajar ilmu, memberi inspirasi bukannya tempat nak promosi kelas.
  14. TIDAK DIBENARKAN merendah-rendahkan ilmu dari group lain. Perlu ingat, group-group lain, aliran lain juga mempunyai kelebihan masing-masing.
  15. Terma dan syarat akan diupdate dari masa ke semasa.

Semoga kita semua beroleh manfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation