Assalamualaikum kepada pembaca blog.

Pada blog post sebelum ini, saya meramalkan akan terdapat reversal berlaku pada sekitar 1768 indeks KLCI berikutan keluarnya petanda “bullish harami pattern” pada timeframe daily. Tetapi selang dua hari, petanda tersebut invalidate / tidak sah kerana paras 1768 pecah. Tidak menghairankan jika perkara ini berlaku, kerana candlestick pattern bukanlah 100% tepat. Akan tetapi ia adalah antara leading indicator yang perlu kita kuasai. Ketepatannya ialah sekitar 70% berdasarkan apa yang saya belajar melalui ebook dan video Steve Nison. Berdasarkan weekly timeframe, indeks last defense ialah 1700. Tetapi paling rendah ia mencecah 1709 sahaja. Kemudian terdapat petanda Bullish harami sekali lagi pada last support (timeframe daily). Alhamdulillah, bullish harami kali ke-dua bertahan dan indeks mulai membuat reversal.

Pada hari ini, indeks telah melantun, mungkin mengekalkan uptrend pada weekly timeframe. Tetapi daily timeframe masih berusaha untuk naik. Diharap dengan sentimen semakin pulih berikutan dengan pengumuman demi pengumuman yang baik dari kerajaan baru ini.

Apa pun, saya rasa gembira kerana semua carta yang saya post sebelum ini menunjukkan kenaikan, jika dibeli pada paras support (fibonacci) sudah pasti kita akan merasai keuntungan kecuali kaunter CAELY yang suka buat hal, ia akan memecahkan awan, kemudian tidak hairan ia boleh naik tiba-tiba. Cuma saya tak minat mempertaruhkan nasib saya dengan kaunter ini memandangkan terdapat dead cross pada MACD.

Indeks KLCI

 

Timeframe weekly, masih ada peluang cerah untuk indeks terus naik. Semoga ia berjaya naik sehingga memecahkan 1900

 

Timeframe daily, mungkin terdapat sedikit retracement dan sideway untuk beberapa ketika.

Scanner Chartnexus Xpertrader: Buy on fibonacci retracement strategy. 

Beberapa bulan yang lepas, saya mulai subscribe scanner chartnexus xpertrader. Sejak dari hari tu, saya banyak cuba “try and error” untuk design scanner berkonsepkan buy on retracement. Walaupun fungsinya senang sahaja, tetapi oleh kerana semuanya belajar sendiri, maka agak perlahanlah hasilnya.

Saya lebih suka tekankan, kaedah membeli pada paras retracement adalah paling rendah risikonya. Ini kerana jika kita membeli kaunter yang masih mengekalkan struktur uptrend (sebaiknya fasa permulaan uptrend), maka kemungkinan besar pergerakan kaunter tersebut akan bergerak ke atas.

Saya juga mula menambah klasikal paras Support and Resistance (S&R) untuk menguatkan lagi keyakinan bahawa harga akan membuat reversal pada paras tersebut.

Berikut adalah hasil scanner untuk kaunter yang jatuh pada paras fibonacci support 3 hari yang lepas. Mungkin boleh dipertimbangkan mana-mana kaunter yang belum bergerak atau sudah mempunyai tanda-tanda awal akan bergerak seperti 4R1G – MACD histogram.

(AWAS! INI BUKAN BUY CALL, TETAPI UNTUK PEMBELAJARAN SEMATA-MATA AGAR LEBIH FAHAM APA ITU BUY ON RETRACEMENT).

Kaunter yang keluar pada scanner dari 6 Jun hingga 8 June 2018

List yang dibuang keluar: 

AWC – masih kat bawah awan ichimoku, MACD masih lagi dibawah centerline (tidak cukup kuat untuk naik)

BJFOOD – loose chart, secara technical sudah ingin brekaout. MACD masih ada peluang lagi, belum complete dead cross

BONIA – masih dibawah awan ichimoku, MACD masih lemah tetapi belum sepenuhnya dead cross, struktur downtrend daily chart sudah terbatal. Mungkin boleh diperhatikan 2-3 hari lagi. Kalau jatuh terus menerus, tidak digalakkan beli. Jika MACD cross centerline boleh dipertimbangkan.

MUDA – sudah mahu downtrend, kecuali buat keajaiban naik semula.

Dari banyak-banyak kaunter ini, saya hanyalah menyukai kaunter :

Atas awan, MACD hampir golden cross. Tetapi hati-hati, jika jatuh terus cut loss. Cut loss (CL) sangat nipis iaitu 1.08 (2%) sahaja. Saya sudah beli pada harga RM1.11. Semoga ada rezeki.

 

Secara teknikal sudah cantik. Cut loss pun nipis sahaja.

 

Signal sudah keluar 2 hari lepas. Saya cuba Que buy harga 0.590, tapi harga melompat esoknya. Mungkin boleh masuk lagi pada harga penutup hari ini. Cuma cut loss kena letak bawah ekor tu. Nampak tak kuat untuk naik lagi, belum ada momentum kot.

 

Yang ni kena hati-hati, kerana penny stocks. Cut loss besar juga. Tetapi secara teknikal cantik. Untuk short term sahaja. AWAS cut loss besar!

 

Kaunter yang saya tunjukkan adalah membeli pada support fibonacci. Kebanyakkan tiada volume masuk, dan boleh dikatakan belum ada momentum. Jika pembaca mempunyai approach membeli setelah ada momentum, MACD dah bersilang-silang, candlestick dah panjang 10 inci. Maka saya rasa blog ini tidak sesuai untuk pembaca. Kaedah tersebut agak berisiko, kerana cut loss sangat besar.

Kerana approach saya ialah fokus pada risiko yg rendah. Jika harga tidak naik dalam 4-5 hari lagi. Saya akan jual pegangan saya dan scan kaunter lain. Saya tidak mahu buang masa pegang lama-lama kaunter yang tak bergerak, mesti ada sebab ia tak mahu gerak ke atas.

Selepas ini saya akan wujudkan group telegram dan telegram channel untuk perkongsian kaunter kajian (BUKAN BUYCALL) dan sharing sedikit ilmu yang ada. Kerana saya merasa letih pulak, duk upload gambar dan taip satu persatu.  Jika berminat boleh la join, free ajo dan berharap free sampai bila-bila. Nanti saya up post baru dengan link group telegram.

Blog ini saya akan khususkan perbincangan ilmu teknikal dan sebarang update ilmu yang saya pelajari dari masa ke semasa.

Saya sangat hargai kesetiaan pembaca dan subscriber blog. Terima kasih.

Fibonacci antara technical tools yang terbaik pernah saya pelajari. Setakat ini saya tidak tahu ada yang lebih baik darinya.

Akan tetapi, ramai newbies dalam technical analysis takut untuk mempelajari tentang teknik fibonacci. Ada yang masih keliru yang mana satu perlu digunakan, retracement, extension, projection? Fibonacci fans? Angle? timezone? Ada yang takut dan melihatnya sebagai silibus yang sangat advanced. Sedangkan hakikatnya fibonacci ini senang sahaja. Saya mempelajari ilmu fibonacci ini melalui pembacaan ebook dan youtube. Tetapi rujukan utama saya ialah ebooks, kerana melalui youtube saya lihat terdapat pelbagai variasi dan methodologi yang tidak menyakinkan. Bagi saya mempelajari mestilah melalui buku teks / ebooks yang diterbitkan oleh penulis-penulis terkenal dalam bidang ini. Saya juga akan memastikan melihat review dan rating ebook tersebut di laman web www.amazon.com terlebih dahulu.

Antara ebook terbaik dan komprehensif untuk fibonacci ialah tulisan oleh Carolyn Boroden bertajuk “Fibonacci Trading: How to Master the Time and Price Advantage”.

Buku terbaik tentang fibonacci pernah saya baca

Buku ini juga saya gunakan sebagai silibus asas untuk mengajar adik saya yang zero tentang technical analysis. Hasilnya agak baik, iaitu saya terpaksa telan panadol 2 biji untuk hilangkan sakit kepala selepas sesi pembelajaran dengannya. Sebenarnya buku ini sesuai untuk mereka yang telah mengenal ilmu teknikal analisis dan sekurang-kurangnya tahu nak buka carta kat investing.com. Kenal apa itu open, high low close kat candlestick. Kalau zero knowledge sampai lihat carta saham pun dah pening, maka agar sukar nak faham.

Sebenarnya ebook ini senang sahaja nak faham. Walaupun ada 300 m.s lebih. Tetapi terdapat 3 teknik setup utama yang perlu ditekankan. Untuk fibonacci time tu boleh skip, kerana ia agak subjektif dan sukar dipraktikkan menggunakan kebanyakan platform. Saya skip bahagian fibonacci time analysis, walaupun ia agak mengujakan untuk dipraktikkan. Selebihnya banyak contoh-contoh diletakkan dalam ebook ini. Maka usah risau, jika minat dan komited, insya Allah tiada masalah nak faham apa yang disampaikan dalam ebook ini. Jangan lupa lihat juga youtube penulis ebook ini. Cara dia analisis sesuatu indeks / kaunter memang sistematik dan tepat.

Dalam ebook ini, dia tak kisah pun pasal chart pattern, pasal trendline. Tak perlu letak banyak indicator-indicator. Kerana jika menggunakan fibonacci, kena mahir dan yakin dengan analisa dibuat.

Untuk market bursa malaysia, boleh gabungkan fibo retracement support dengan teknik klasik mengenal pasti Support & Resistance.

Asas utama nak mahir fibonacci ialah kena faham ialah trend structure. Boleh rujuk youtube, terdapat remiser melayu yang ajar trend structure dengan mudah. Selepas itu, nak tarik fibo senang.

Perlu diingatkan, walaupun teknik fibo ini hebat sekalipun. Jika market mengalami correction, ia juga tidak berkesan.

Antara lain kelebihan fibonacci adalah ia bersifat predictive indicator. Dalam erti kata lain, ia paling leading indicator berbanding candlestick pattern atau price action. Bahkan jika berani boleh terus sambut pisau kat level-level confluence fibo (kalau berani dan sudah mahir).

Ilmu fibonacci juga boleh digabungkan dengan setup kegemaran masing-masing. Kalau ada yang fanatik guna MACD, EMA dan BB pun boleh guna fibo. Tak kisah setup apa sekalipun, kalau masukkan ilmu fibo, insya Allah akan menjadi lebih tepat entry dan exit.

Jika dinilaikan ilmu dari ebook ini, saya rasa kat luar sana jika dibuat kelas, harganya boleh cecah ribu-raban ringgit. Cuma kalau kawan-kawan yang telah belajar dengan saya setakat ini, free ajo saya ajarkan. Yang dah ada basic ilmu TA, biasanya ambil masa 2 jam ajo nak faham. Ajar trend structure, kemudian ajar tarik fibo. Lepas tu cari confluence. Settle masalah. Selebihnya balik praktis dan praktis. Saya pun masih praktis sampai sekarang. Tiada jalan singkat nak mahir.

Kesimpulannya, jika nak belajar ilmu advance, free, dan mantap. Boleh la cari ebook ini dan baca sendiri.

Post sebelum ini boleh rujuk Tips Fibonacci: DiNapoli Levels – Siri 1.

Tujuan saya menulis tentang Fibonacci DiNapoli Levels ialah akibat kekecewaan saya dalam mengenalpasti support dan resistance melalui pelbagai kaedah yang saya rasakan agar sukar, terlalu subjektif dan sentiasa pecah.

Jika pembaca perasan, pernahkah kita membeli sesuatu saham dekat dengan support, sebaik sahaja beli harga terus jatuh dan jatuh. Bahkan memecahkan support yang kita lukis. Setelah rasa putus asa, kita pun cut loss, mungkin 3-5% harga bawah support, setelah cut loss, bila dilihat balik, harga tiba-tiba naik mencanak. Ia sangat-sangat mengecewakan. Rupa-rupanya setelah diperhatikan, support terbaru dibuat dibawah support asal berdasarkan kiraan fibonacci. Akan tetapi timbul pula isu pada diri saya iaitu, level fibonacci manakah paling SIGNIFIKAN? Adakah 0.236 / 0.382 / 0.500… dan seterusnya. Setelah saya membaca buku DiNapoli, beliau hanya fokus pada 2 level retracement sahaja.

Apakah Konsep DiNapoli Levels? 

Konsep utama DiNapoli ialah menggabungkan Lagging Indicator dengan Leading Indicator. Beliau menggabungkan konsep Trend Following (ikut trend sampai patah) dan entry setepat mungkin (meramalkan turning point dengan tepat) dan take profit secepat mungkin dengan risk reward ratio yang bagus.

Lagging indicator ialah segala jenis indicator yang berasal dari unsur-unsur moving average. Contoh indicator ialah simple moving average, exponential moving average, ichimoku kinko hyo, macd, GMMA.

Manakalah Leading indicator yang diakui oleh DiNapoli ialah fibonacci DiNapoli Levels. Menurut beliau, ramai rugi dalam trading kerana mengikut level-level fibonacci yang tidak signifikan. Bagi beliau hanya 2 level sahaja yang signifikan dalam fibonacci retracement (untuk penentuan support) dan 3 level signifikan dalam fibonacci extension(untuk penentuan TP). Beliau mendakwa level-level tersebut adalah berdasarkan kajian beliau beberapa belas tahun. Beliau juga mengatakan jika menguasai teknik beliau, tidak perlu pening kepala belajar Elliott Wave dan juga Harmonic Pattern.

Apakah setup trading beliau? 

Setup trading beliau ialah:

  1. Displaced Moving Average:
    • 3 DMA displaced kehadapan 3 (3×3)
    • 7 DMA displaced kehadapan 5 (7×5)
    • 25 DMA displaced kehadapan 5 (25×5)
  2. MACD 8,17,9
  3. Slow Stochastic 8,3,3
  4. Detrended Price Oscillator (indicator ini saya tidak berjaya cari dalam trading platform / bursa station)

Setelah saya perhatikan dan membuat sedikit kajian, sebenarnya indicator yang digunakan diatas bertujuan untuk:

  1. Mengetahui trend samaada uptrend / downtrend melalui DMA & MACD
  2. Mengetahui puncak-puncak untuk menarik fibonacci retracement melalui petunjuk stochastic crossover

Akan tetapi, saya juga gabungkan dengan ichimoku untuk mengetahui trend lebih jelas. Tetapi saya mengekalkan slow stochastic (8,3,3) untuk memudahkan saya menarik fibonacci retracement setelah crossover berlaku.

Fibonacci: Dinapoli Levels

Terdapat 2 jenis SAHAJA fibonacci tools yang digunakan oleh DiNapoli

  1. Fibonacci Retracement: Untuk mengetahui support ketika harga uptrend.
    • Apabila harga membuat kenaikan uptrend, ia akan menaik secara zig zag. Ia juga akan membentuk support dan resistance. Setelah diteliti, support-support yang dibentuk adalah lebih kurang sama dengan pivot level, kaedah S&R tradisi, kijun-sen ichimoku.
    • Terdapat 2 sahaja level yang significant iaitu 0.382 dan 0.618.
    • Untuk tarik fibo, boleh guna puncak-puncak terendah ke puncak tertinggi. Jika sebarang pertindihan 0.382 & 0.618 ia dikira confluence dan berpotensi membentuk support yang lebih kukuh sukar ditembusi.
  2. Fibonacci Projection: Untuk mengetahui Target Profit
    • Setelah entry dibuat, maka tidak perlu susah payah mencari puncak-puncak tertinggi sebelum ini.
    • Hanya perlu tarik fibonacci projection sahaja.
    • Terdapat 3 level signifikan iaitu 0.618, 1.00 & 1.618. Ia juga boleh dianggap sebagai resistant level.
    • Ambil profit pada 1.00 level, kerana di situ harga biasanya boleh sampai dan ramai clear position kat situ. Tetapi ada juga kes perlu TP di 0.618 jika terdapat resistant yang jelas dan signifikan berdasarkan kaedah tradisional.
  3. Untuk mengetahui perubahan trend, perhatikan pattern double bottom / double top
  4. Fibonacci level pada timeframe lebih tinggi adalah kukuh support / resistant.

Contoh kaunter uptrend berdasarkan pemilihan dari top active

Kaunter Hiaptek

Carta mingguan Hiaptek, cuba lukis S&R ikut kaedah tradisional, jenuh kan? Mujur ada fibonacci.

Peringatan! Analisa peribadi saya, bukan buy call tapi sebagai pembelajaran. Kena rujuk sifu lain untuk pengesahan juga. Saya ni newbies ajo. 

Berdasarkan kefahaman saya mengikut setup DiNapoli Level. Kaunter Hiaptek telah berada dalam fasa uptrend. Tetapi sepanjang kenaikan ia membuat beberapa retracement. Jika diperhatikan fibonacci retracement yang dilukis, apabila ia menyentuh fibo 2 level. Pada fasa pertama kenaikan, harga telah menjadi uptrend apabila telah melepasi garisan hijau 25DMA. Anda juga boleh mengambil 3DMA sebagai aras penentu trend, tetapi hendaklah diselarikan dengan MACD melintasi zero line (uptrend). Menurut diNapoli, pembelian hendaklah pada retracement, bukan pada breakout. Untuk menarik fibonacci retracement, tunggu SlowSo crossover kebawah garisan 75, maka puncak telah terhasil (swing high). Maka tariklah fibonacci retracement dari swing low  ke swing high pada harga 0.179 sen sehingga 0.360.

Jika diperhatikan fasa 1, apabila harga menyentuh garisan fibo 0.382, ia tembus kemudian merangkak naik semula. Stoplos boleh diletakkan bawah 0.618 iaitu sebanyak 15% (jika mahu kurang, letaklah antara 0.382 & 0.618). Biasalah, kalau trade guna chart weekly, konfirm la stop loss besar. Setelah entry dibuat, samaada tunggu slowso crossover, atau lihat candle action atau pakai tadah buta ajo kat level 0.382 dan tunggu harga bergerak ke atas. Kalau ikut teknik DiNapoli, beliau cadangkan tadah buta ajo kat level 0.382 atau 0.618.

Untuk mengetahui projection TP, tarik fibo projection 3 titik, dari puncak terendah 0.179 ke 0.360 (HH) dan ke 0.270 (HL). Maka 3 levels terhasil iaitu 0.380, 0.448 dan 0.558. Jika diperhatikan, apabila harga bergerak 0.380 ia terus patah balik dan membentuk new Higher High (HH). Itu bermakna kat situ ramai duk TP. Apa boleh buat, patutnya kita nak tunggu kat level fibo 1.00 = 0.448.

Kemudian harga patah balik membentuk Higher Low (HL) pada harga 0.293. Kat situ boleh tarik balik fibo retracement, entry, pastu tarik fibo projection. Lihat stochastik sebagai panduan untuk penentuan HH, HL. Perhatikan MACD agar tidak cross below zero line (dead cross, kalau terjadi maunya kena lari tak cukup tanah).

Begitulah teknik trend following + entry setepat mungkin & TP setepat mungkin. RRR sangat bagus.

Langkah-langkah di atas boleh diulangi sehingga trend patah. Terdapat major double top. Ada candle hijau panjang dengan ultra volume panjang. Dan fibo projection tu dah sentuh 161.8% ke. Tu dikira dah nak habis trend. Saya rasa kalau kita berjaya entry fasa 2 dan 3 pun kenyang tak habis makan. Kalau trend patah sekalipun, ada cara sebenarnya nak tahu sampai mana ia melingkup. Dan tidak hairan mungkin cycle uptrend seterusnya akan datang kembali. Cuma sementara tu, boleh lupakan dulu kaunter ni, bedal kaunter lain pulak.

Saya letih nak letak banyak contoh disini, kerana sehari dua ini agak tidak sihat. Harap contoh di atas jelas untuk pembaca.

Boleh juga nak guna timeframe daily, 4hour, 30-minit. Tetapi akan terdapat banyak fibo-fibo point kena tarik. Kalau fulltime trader duk ngadap PC 24 jam ok la. Saya bagi contoh senang nak faham, selebihnya pembaca boleh cuba kat timeframe dan gabungkan dengan setup kegemaran masing-masing. Pastikan setup tu boleh kenalpasti trend, turning point (HH, HL) dan tambahkan fibo DiNapoli Levels. Stochastik paramaters tu semua saya ikut DiNapoli, dan ianya lebih leading berbanding setup default.

Kesimpulannya: 

  • Teknik DiNapoli bukanlah suatu teknik yang baru secara total. Ia cuma pelengkap setup kita agar entry dan exit menjadi lebih baik.
  • Teknik trend following sebenarnya bagus, tetapi jika kita tidak mengetahui hala tuju dan target secara tepat, hati pasti menjadi gusar setiap kali pullback / retracement berlaku. Kadang-kala retracement berlaku terlalu deep sehingga floating profit kita menjadi floating loss, andaikata kita tahu bahawa kita perlu mengambil profit pada projection 1.00 dan tunggu retracement berlaku, maka hati lebih tenang.
  • Ia adalah salah satu teknik “buy low sell high”. Mungkin sesetengah orang mengatakan teknik ni agak karut, saya rasa ia tidak mustahil, kerana saya pernah melihat geng-geng harmonic trader, mereka trade fcpo berjaya tangkap hujung-hujung ekor pada turning point yang sangat tepat.
  • Gabungan trend following (lagging indicator) dan Leading indicator DiNapoli levels adalah suatu idea dan setup yang terbaik pernah saya baca sebelum ini. Jika ada yang lebih baik, saya akan kongsikan semula di blog ini.
  • Perbezaan ketara jika entry menggunakan indicator ialah, teknik tadahan buta fibonacci DiNapoli level adalah paling leading, paling tepat kerana ia menadah buy pada potential turning point. Jika kita menggunakan crossover moving average akan terlambatlah entry sebanyak 4 candle, jika guna MACD risiko false crossover dan divergence dan lagging 3 candle, jika guna stochastic, delay 2 candle, jika guna candlestick pattern lagging 1-2-3 candle (bergantung pada jenis pattern terbentuk), jika guna teknik S&R tradisional, biasanya susah nak lukis dan terdapat false break support kerana support fibo biasanya kat bawah sikit. Kalau guna Parabolic SAR, pun terdapat delay 1-2 candle. Jadi kalau tak mahu terlambat, dan mahukan RRR yang bagus, maka gunakanlah teknik tadahan pada DiNapoli Levels.
  • Syarat utama nak yakin dan mahir ialah kena tahu struktur trend HH dan HL. Barulah tarik fibo itu menjadi lebih tepat dengan bantuan indicator slowstoc di atas.

Setakat itulah siri DiNapoli Fibonacci saya ingin kongsikan. Ia bukan bermakna saya sudah pandai, saya sebenarnya baru tahu, dan baru belajar gunakannya. Bila saya baca dan faham sesuatu ilmu, saya terus tulis kat sini, agar tak lupa. Harap pembaca boleh ambil manfaat dari post ini.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum dan selamat menyambut eidul adha.

Mood menulis kembali semula. Walaupun menyepi dari menulis, tetapi saya tetap akan belajar dan belajar tentang saham dan pasaran hadapan (FCPO). Jika sempat saya akan kongsikan secara percuma di blog ini.

Suatu hari, ketika melayari youtube, terlihat video suggestion oleh youtube bertajuk DiNapoli Levels. Terdapat juga video yang menggelarkan Joe DiNapoli sebagai GodFather of Fibonacci. Walaupun saya merasakan ianya hanya sekadar gimik marketing berlebih-lebihan. Tetapi perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hati saya dan terdetik, apa halnya dia ni hebat sampai digelar sedemikian. Setelah saya menonton video dan membaca bukunya, barulah saya akui beliau bukanlah calang-calang orang dalam bidang fibonacci ini.

Fibonacci bukanlah merupakan indicator kegemaran saya. Kerana saya merasakan ianya terlalu banyak level menjadikannya dari objektif kepada terlalu subjektif. Terdapat terlalu banyak jenis fibonacci seperti fibonacci retracement, projection, extension, timezone, arcs, angle dan macam-macam lagi kot. Dah la banyak jenis, pastu level-level fibonacci pulak banyak dari 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% and 100% 127% 161% dan seterusnya. Tu tak kira lagi level-level kat setiap jenis fibonacci. Paling pening ialah apabila teknik nak tarik fibo tu dari mana ke mana.

Pun begitu, setelah saya membaca buku DiNapoli Levels, beberapa persoalan saya telah terungkai dan saya mula yakin bahawa Fibonacci Indicator adalah antara “Leading Indicator / Predictive Indicator” yang terbaik.

DiNapoli Levels

Kembali pada konsep asas teknikal analisis. 

Saya yakin, ramai antara traders newbies, sudah diajar bahawa apabila kita hendak membeli sesuatu saham, maka hendaklah dibeli kaunter uptrend pada support atau semasa retracement berlaku atau buy on dip / retracement. Terdapat juga traders yang lebih advanced berani membeli setelah harga breakout dari fasa consolidation (pattern breakout) atau membeli setelah resistance pecah dan harga bertahan. Membeli di support adalah risiko paling rendah dan menjanjikan risk reward ratio (RRR) yang bagus. Manakala membeli setelah breakout lebih berisiko, terutama market dalam fasa sideway, di mana volume tidak cukup kuat, dan agak lemau untuk menolak kaunter tersebut untuk ke paras harga lebih tinggi. Seringkali juga terjadi false breakout. Jika market lemah, jika kita menggunakan teknik membeli setelah breakout, bermakna kita hanya menyambut jualan dari orang yang telah membeli di support lebih awal dari kita. Boleh dikatakan kita akan terperangkap di pucuk-pucuk harga.

Penentuan support dan resistance. 

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini. Saya telah mencuba beberapa kaedah untuk menentukan support dan resistance.

Kaedah pertama: Saya pernah mencuba untuk melukis support dan resistance menggunakan kaedah tradisional seperti melihat harga terendah dan tertinggi sebelum ini.

Akan tetapi, seringkali, apabila saya menunggu di support (buy on retracement) harga tidak-tidak turun juga untuk menyentuk RBS (resistance become support). Seringkali juga terjadi apabila harga mendekati support, ia pecah dan membuat adjustment support yang lebihi bawah. Hanya sedikit sahaja kes terjadi di mana RBS terjadi.  Ini menyebabkan emosi trader sentiasa kacau.

Kaedah kedua: Menggunakan dinamik support melalui moving average / indicator ichimoku kinko hyo. 

Moving average adalah indicator lagging / lambat. Ia juga boleh berfungsi sebagai dynamic support. Long term moving average seperti MA50, 120, 200 adalah bagus untuk long term trend. Manakala terdapat beberapa “mazhab” untuk short term trend. Ada yang menggunakan MA5, 6, 10, 18, 20. Jika rasa tak cukup, guna ajolah Guppy Multiple Moving Average (GMMA). Boleh juga guna kijun sen dan kumo cloud dalam ichimoku. Tetapi, ianya masih terlalu subjektif, seringkali MA dan kijun sen pecah dan kita tidak tahu dimanakah mereka akan patah balik (turning point). Jika tunggu mereka patah balik dan membuat signal buy, sudah pasti akan lewat beberapa candle, jika menggunakan indicator MACD pulak, sudah pasti lewat 3 candle. Jika guna stochastic, akan terperangkap dalam false signal, jika guna candlestick terlewat satu hingga dua candle atau tiga candle bergantung pada jenis pattern candlestick.

Kaedah ketiga: Pivot Point

Untuk timeframe daily saham. Pivot point terbaik ialah monthly pivot. Pivot point adalah antara leading indicator untuk mengira siap-siap aras support dan resistance. Akan tetapi, banyak pivot point monthly pecah paras pivot dan harga terjun ke paras S1. Tetapi perlu ingat, pivot point akan berubah setelah sebulan berlalu. Mungkin harga sekarang masih dikira uptrend (atas pivot level monthly) tetapi setelah masuk bulan baru, ia dikira bearish la pulak. Boleh jeng kepala duk main benda ni. Kadang kala terpaksa juga kira confluence pivot point antara monthly & weekly. Tidak hairan, tiba-tiba harga stop midpoint pivot level kerana ada level pivot yang tak disentuh sebelum ini. Aduhai. Terasa sakit hati juga bila guna pivot point.

Kaedah keempat: Fibonacci Levels

Saya juga pernah mencuba fibonacci. Tetapi oleh kerana keliru terlalu banyak jenis fibonacci seperti arcs, fans, timezone, retracement, extension, projection bla bla bla. Saya mula menyampah. Ditambah pulak terdapat banyak level-level membuatkan saya menyampah. Ye lah, nak tahan pukat kat mana ? Level mana 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% and 100%?  Nak cut loss kat mana? Nak TP kat mana? Sampai kesudah, nak kira RRR pun susah. Timeframe mana nak guna pulak?

Apakah kelebihan DiNapoli Levels? 

Saya tidak pasti adakah kelebihan teknik DiNapoli itu signifikan pada pandangan mata traders yang lain. Bagi saya, ia merungkai beberapa persoalan saya selama ini.

Nanti saya akan kongsikan pada siri ke-2. Insya Allah.

Sekian terima kasih.

p/s kalau nak cepat, cari dan bacalah buku di atas, ada 319 muka surat.