Assalamualaikum kepada para pembaca yang budiman.

Agak lama saya tidak post memandangkan kesibukan dengan urusan peribadi dan juga kerana keadaan market agak sideway sebelum PRU14. Setelah PRU14 berlalu, kita menyaksikan market agak volatile, kenaikan mendadak dan penurunan mendadak. Walaupun ilmu teknikal analisis seringkali digunakan untuk membuat jangkaan pergerakan harga. Tetapi, apabila terdapat major event seperti disaster, PRU14, dan perubahan polisi besar dalam kerajaan, maka ilmu teknikal analisis tidak berkesan. Adalah lebih baik menunggu keadaan lebih stabil sehingga pasaran bergerak mematuhi hukum Technical Analysis agar lebih mudah untuk kita membuat sebarang jangkaan hala tuju market.

Secara umumnya, indeks pasaran KLCI pada weekly timeframe (lebih sesuai untuk midterm term trader & long term trader) masih dalam keadaan bullish. Penurunan yang mendadak berlaku dalam minggu ini adalah dikira sebagai correction sahaja. Cuma perlu diperhatikan, adakah indeks mampu bertahan, jika paras 1700 pecah, konfirm saya pun akan lari lintang pukang. Jika anda meminati indicator Ichimoku Kinko Hyo, boleh la perhatikan, jika harga menyeberangi ke bawah awan hijau, maka itu petanda pasaran kita sudah memasuk fasa bearish. Buat masa ini tiada sebarang petanda reversal lagi walaupun harga sudah mencecah paras retracement fibonacci 61.8%. Saya harap terdapat reversal seminggu dua lagi dan pasaran memasuki fasa oversold secepat mungkin (stochastic < 20).

KLCI indeks weekly

Manakala, jika dilihat pula timeframe daily, maka pasaran kita telah berada dalam fasa bearish. Ini bermakna penurunan pada daily timeframe hanyalah sekadar correction untuk timeframe weekly. Timeframe daily sesuai digunakan untuk short term trader dan midterm. Kalau modal kecil tu, sebaiknya nak beli saham, rujuk KLCI indeks weekly terlebih dahulu. Supaya kita boleh beli swing trade kaunter waktu musim correction berlaku.

KLCI indeks daily

Apa yang melegakan hati ialah, pada carta daily, terdapat petanda candlestick Bullish Harami pattern. Ia merupakan salah satu petanda reversal. Jika pasaran bertahan pada paras 1770, maka kemungkinan besar ia akan kembali bullish.

Oleh itu, dengan menggunakan chartnexus xpertader, saya telah scan kaunter-kaunter yang telah jatuh pada retracement fibonacci samaada pada timeframe daily untuk last trading day. Nak scan yang seminggu lepas, agak penat pulak nak paste kat blog ni hahahaha. Kalau ada group telegram senang rasanya nak share semua ni.

AWAS!! INI BUKAN BUY CALL!

Kaunter yang saya senaraikan ini bukanlah buy call. Tiada jaminan untung. Saya lebih suka cakap jamin rugi. Ada diantara kaunter ini sudah bergerak naik, maka risiko untuk entry agak besar, tetapi kemungkinan besar untuk untung tu ada. Tetapi ada juga kaunter yang tiada sebarang petanda lagi. Terserah pada diri kita, nak beli yang ada petanda, atau nak tadah pisau secara berhemah. Apa pun kaedah entry yang kita gunakan, pastikan cut loss itu wajib. Jika tidak boleh la lihat akaun tu melebur.

Nampak cantik, telah memecahkan downtrend structure. Pending breakout. Sudah oversold. Tetapi belum breakout awan lagi.

 

Kembali retrest support. Adakan ia akan naik terus lagi? Stop loss agak besar. Sudah ada bullish candle datang.

 

Saya merasakan ianya sekadar rebound sahaja. Tetapi ia masih berpotensi untuk naik. Jika mahu beli pastikan cut loss dekat dengan label bottom tu. Kerana struktur downtrend masih lagi kelihatan tidak pecah.

 

Kaunter sentimen PRU. Sekarang dalam proses tutup gap. Ada sebatang candle bullish. Jika mau beli, pastikan letak cut loss bawah candle putih tu. Jika masih bertenaga naik lagi baguslah. Takut dah ramai campak kerana dah naik terlalu banyak hari tu.

 

Downtrend structure dah pecah. Sudah breakout dan retracement dengan volume menurun. Cuma belum ada petanda reversal.

 

Dengarnya kaunter sentimen PRU14. Sama pattern macam OPCOM. Maka rules nak beli pun kira samalah juga.

Ini adalah hasil scanner yang saya olah menggunakan chartnexus xpertrader. Takdelah perfect sangat, tapi lebih baik dari scanner yang keluar result sampai puluhan kaunter. Tu bukan scanner, tu pukat tunda scanner namanya. Saya lebih suka scanner yang narrow down result dan lebih spesifik. Naik ke tidak, saya tak pasti dan tak boleh jamin.

Sekian Terima kasih.

Teringat suatu ketika dahulu. Ketika saya masih newbies berhingus dalam pasaran saham. Sebenarnya sekarang masih newbies, cuma hingus dah pekat sedikit. Saya tidak pernah mengenal erti corretion. Saya ingatkan kalau saham tu naik, terus naik mencanak ajo. Marubozu, marubozu dan jadilah marubodo entah sampai bila. Itulah persepsi. Dengan semangat membara yang ditiup oleh penganjur kelas saham. Tidak pernah disebut testimoni anak muridnya melingkup, tetapi segala testimoni semuanya dah ke langit dan kaya raya.

Jika saham tiada correction, boleh pecah monitor komputer.

Hakikatnya tidak!. Jual beli saham sama seperti bisnes. Bahkan kadang kala ianya lebih “kotor” dari bisnes. Penuh dengan manipulasi pump and dump. Di dalam bisnes, kita juga terbeli barangan yang tidak berkualiti,  maka kita kerugian. Begitu juga, jika kita membuat bisnes, kita boleh rugi, untung, melingkup dan bangkit semula (modal kecil) dan paling ditakuti melingkup dan terus tidak bangkit. Jenis melingkup terus tidak bangkit ialah menggunakan modal besar dan margin sampai maksimum. Sekali kena hentak, bukan takat hilang 100% modal, bahkan kena top up berhutang dengan investment bank pulak. Biasanya yang tidak bernasib baik inilah akan serik, bila dengar perkataan saham pun pening.

Pada 7 April 2017, KLCI masih lagi mengekalkan struktur UPTREND, pergerakan masih dalam julat 1758-1738. Terdapat beberapa cubaan untuk memecahkan support dengan ekor candlestick mencucuk support sehingga indeks percah 1738. Tetapi pada akhir market ditutup, indeks mengekalkan dalam julat ini. Ini adalah lumrah permainan dalam pasaran saham. Ia menduga emosi trader. Agak sukar untuk mengetahui samaada support akan bertahan atau tidak. Selagi mana harga tidak ditutup di bawah garisan Kijun Sen atau dibawah julat harga, maka sebarang penurunan harga dikira sebagai minor correction. Adakah ia mempengaruhi portfolio kita? Ya, jika kaunter kita bergerak seiring dengan indeks. Tidak jika kaunter yang kita beli bersifat melawan arus dan ada sentimen bagus.

Bulatan hijau, minor corrrection.

Kenapakah indeks KLCI mengalami correction? 

Di dalam mana-mana kelas saham dan youtube, struktur market bergerak secara zig-zag. Iaitu turun naik turun naik berulang-ulang kali. Bahkan jika dilihat dari perspektif carta bulanan, mingguan, harian, 60 minit, 30 minit, 5 minit; corak pergerakan yang sama juga berlaku. Tetapi apabila dilukis struktur trend, jika ia menepati ciri-ciri uptrend, maka kita boleh menarik nafas lega.

Correction berlaku kerana ia adalah salah satu proses pergerakan yang sihat. Jika tidak berlaku correction, itu paling menakutkan. Boleh jadi pasaran sedang mengalami tahap gila “euphoria”. Ia boleh menjadi berisiko dan sebarang kejatuhan berlaku sudah pasti sangat laju. Pernah suatu ketika tahun 2014, pasaran tengah gila. Banyak kaunter menghijau. Ada orang meramalkan indeks KLCI boleh pergi 2000 mata.  Tetapi, suatu hari, ada satu kaunter saham, DSONIC namanya. Sekali sahaja market buka, terus menjunam 30%. Oh, jeng kreng siapa yang beli dengan kuantiti yang banyak bahkan lebih teruk apabila menggunakan margin (hutang) dan bermain kontra. Pembelian boleh dianggap pada pucuk sangat merbahaya. Jika yang membeli pada awal-awal kenaikan pecah awan kumo, akan terselamat. Jika membeli pada retracement / pullback, maka perlu cutloss secepat mungkin jika kejatuhan terlalu banyak dalam sehari dan memecahkan support.

Kaunter bersejarah DSONIC

Ada sifu saham mengatakan, untuk terkena candle merah panjang seperti ini tidaklah seringkali berlaku. Ianya jarang-jarang. Betul juga apa yang dia nasihatkan. Tetapi sekali berlaku, habis kaunter lain tengah untung pun dia sapu licin. Tetapi saya suka pandangan sifu agar kita membeli lebih dari satu kaunter supaya risiko boleh dikurangkan ke atas modal kita.

Setelah kejatuhan mendadak DSONIC, ia menyebabkan pasaran menjadi merah menyala, indeks juga jatuh teruk pada awal pagi sampai tengah hari. Ramai cutloss, portfolio menghijau sebelum ini menjadi merah. Bagi newbies, mereka akan panik dan menjual, ada juga pasrah ajo dan terus simpan sampailah bertahun-tahun. Yang berdisiplin akan terus cut loss. Yang sudah menunggu saat correction akan masuk membeli kaunter-kaunter yang membuat minor correction (bukan DSONIC).

Kebanyakan correction berlaku tanpa apa punca yang jelas. Ramai mencari-cari news “apakah berita menyebabkan ia jatuh?”. Sedangkan berita keluar mungkin selepas esoknya. Jadi adalah lebih baik fokus pada carta teknikal sahaja.

Apakah cara mengatasinya? 

Sentiasa ambil tahu pergerakan indeks KLCI sekurang-kurangnya sekali sehari. Tak susah pun, buka carta, tengok harga kat mana. Lagi mudah kalau guna indicator Ichimoku. Di manakah indeks berada. Support terdekat dan resistance terdekat. Ianya boleh jadi penyelamat dan membuka peluang untuk kita. Penyelamat dari kerugian besar apabila kita sudah perasan indeks dah gila dan akan mengalami major correction. Ia membuka peluang besar kerana apabila tempoh correction hampir berakhir (indeks landing atas support dan membuat reversal), banyak kaunter akan melantung dan naik semula.

Pastikan kita monitor portfolio kita. Untuk mengelakkan terkena kejatuhan yang besar, saya cadangkan install apps dalam smartphone KLSE screener yang boleh memberikan bunyi alert jika kaunter yang dibeli jatuh melebihi peratusan yang tidak diingini. Contohnya setkan alert jika harga jatuh 5% atau berapa % dalam sehari ia akan berbunyi. Maka alert akan berbunyi dan kita boleh clear position kita secepat mungkin.

Jangan ikut-ikutan membuta tuli 

Perlu diingat, tahap risk tolerance kita berbanding orang lain tidak sama. Matlamat keuntungan kita juga tidak sama. Ada yang makan-makan sikit tetapi konsisten. Ada mahu full swing sampai patah trend. Ada yang mahu jadi investor dengan hope analysis. Jadi kita perlu tetapkan matlamat sendiri apabila entry sesuatu kaunter. Jika saya, setiap kaunter yang saya entry, sebolehnya saya mahu pegang selagi mana trend masih mengekalkan kenaikan Uptrend. Short Term Swing bagi saya adalah lebih baik. Tetapi jika target telah tercapai lebih awal kerana market menggila dan kenaikan berlaku pantas sekali, maka hendaklah terus jual. Jangan tunggu lagi.

Akhir kata

Correction KLCI adalah pasti berlaku. Intai peluang dan juga monitor portfolio anda.

Bagi newbies seperti saya, diharapkan:

  1. Bermula dengan modal yang rendah!
  2. Belanja sedikit duit untuk beli ebook, pergi ke kelas dan belajar dengan youtube dan google sebanyaknya. Biar faham dulu konsep asas teknikal analisis.
  3. Survey dulu kelas, carilah yang murah dah berkualiti. Ada remiser yang offer kelas percuma (bersyarat buka akaun dan aktif trade) dan bayaran minimum sahaja dengan silibus yang mantap.
  4. Jual beli saham tidak semestinya buat duit sahaja. Kerana rugi itu pasti dan untung belum tentu. Jika untung konsisten melebihi rugi, maka beruntunglah kita.

Sekian. Terima kasih.