Tulisan entri kali ini merupakan peringatan kepada diri saya agar tidak terlalu tergesa-gesa membeli ketika pasaran sudah overbought. 

Setelah seminggu lebih menyaksikan KLCI masih lagi tidak bertenaga. Sebenarnya petanda KLCI sudah semput kelihatan apabila pasaran sudah overbought (terlebih beli). Stochastic weekly overbought, daily overbought. Pada carta weekly terdapat spinning top candlestick dengan volume yang agak tinggi. Berdasarkan keilmuan volume price analysis (sila baca buku Anna Coulling), ia dikira anomaly (tidak normal ) dan merupakan petunjuk market reversal.

Target correction masih sama iaitu 1800. Berdasarkan fibonacci confluence ditarik dari 3 titik rendah berbeza sehingga titik tertinggi yang sama.

 

Weekly timeframe: Petanda reversal spinning top candlestick with high volume, stochastic overbought. Trend masih uptrend.

Berdagang secara harmonic dengan indeks KLCI

Tidak dinafikan terdapat kaunter yang berkualiti melawan arus. Iaitu apabila KLCI merah, ia tetap menunjukkan kenaikan yang bagus. Kaunter ini disebut-sebut sebagai kaunter melawan arus. Akan tetapi, agak sukar untuk membeli kaunter sebegini memandangkan kita tiada prediktif yang kuat samaada ia akan melawan arus atau tidak sebelum correction berlaku. Ia hanya diketahui apabila indeks mengalami correction seperti sekarang. Oleh itu saya merasakan agak membuang masa mencari kaunter sebegini. Ia sukar didapati dan paling takut bila KLCI hijau, kaunter ini buat hal jadi merah pulak.

Elakkan membeli kaunter tidak ikut arus. Kaunter ini ialah kaunter yang masih meneruskan kejatuhan walaupun indeks sudah berlari 100 points. Kaunter sebegini mungkin mempunyai masalah.

Saya sekarang perasan, adalah lebih baik membeli kaunter yang uptrend seiring dengan kenaikan indeks KLCI. Ada juga kaunter-kaunter seiras pergerakan dengan indeks seperti DRBHCOM & FGV. Sebenarnya majoriti kaunter akan ikut arus indeks.

Emosi: Takut terlepas peluang

Seringkali kita takut terlepas peluang, terutama sesuatu kaunter disebut-sebut. Saya akui banyak membuat kesilapan seperti ini sampai sekarang. Kita tergesa-gesa membeli kaunter tersebut, sedangkan KLCI sudah menunjukkan petanda akan reversal. Alangkah baiknya jika kita bersabar, maka akan dapat diskaun lebih baik sewaktu market correction ini. Dengan mengambil pendekatan buy on dip / retracement, maka jika berlaku reversal, insya Allah kaunter tersebut bertahan. Kaunter tersebut jika mengalami penurunan tidaklah terlalu teruk sehingga mengganggu emosi dan cut loss. Kemungkinan besar cut loss point tidak dilanggar kecuali berlaku major correction.

Akan tetapi, paling malang, jika kita ambil pendekatan Buy on Breakout sewaktu market overbought. Untung mungkin dapat sedikit sahaja, silap-silap untung sebelum ini pun kena sapu oleh market waktu correction. Cut loss konfirm akan dilanggar sewaktu market correction bagi entry buy on breakout. Sebab itulah saya sangat-sangat tidak galakkan membeli “buy on breakout”.

Tips apabila market correction

Oleh itu untuk lebih selamat, sewaktu market mengalami correction ini, gunakan peluang yang ada. Study kaunter-kaunter famous disebut-sebut sebelum ini. Pilih FA yang terbaik + famous. Tarik fibo, perhatikan retracement pada 61.8%. Rujuk timeframe weekly terlebih dahulu, kemudian daily timeframe. Lihat jika terdapat petanda /trigger reversal seperti candlestick hammer, candlestick doji. Jika reversal candlestick terbentuk pada weekly timeframe, maka ia adalah petanda lebih kuat berbanding timeframe daily. Selepas itu, boleh letak dalam watchlist untuk entry. Entry boleh dibuat apabila terdapat 3 atau lebih candlestick sudah test support fibo tersebut. Jika ingin digambarkan seolah-olah candlestick tersebut cucuk-cucuk tapi tak tembus, kemudian candlestick tersebut membentuk ekor. Pastikan juga kaunter tersebut hendaklah masih lagi mengekalkan uptrend pada weekly atau daily chart.

Contohnya KGB (ini bukan buy call) mungkin ada peluang lagi untuk entry. Tetapi hati-hati, sebelum ini sudah naik banyak. Mungkin dah nak masuk wave a, b, c. Cut loss mesti strict agar kerugian minimum.

Mungkin ada peluang untuk entry KGB. Tetapi hati-hati ini adalah jangkaan semata-mata. Sebab itu adanya cut loss.

Buat masa ni, saya beralih ke chartnexus xpertrader. Saya agak letih membelek-belek carta secara manual. Guna scanner lebih senang. Agar kurangkan masa komitmen mengadap komputer. Insya Allah jika scanner itu sudah siap, saya akan kongsikan kaunter-kaunter kajian di blog ini.

Terima kasih.