Group telegram diarisaham: https://t.me/joinchat/AwDl7lHs0uNWZPVWH5OteQ

Saya mempunyai seorang bapa saudara. Beliau seorang yang aktif jual beli saham, tetapi isterinya pernah mengatakan bahawa beliau sudah rugi belasan ribu ringgit. Saya pernah berborak dengannya sewaktu saya masih zero tentang saham. Saya bertanya kepada beliau soalan agak bodoh (kerana masih zero tentang saham), kenapa boleh rugi? Beli la pada harga rendah dan jual pada harga tinggi? Beliau menyatakan, ianya tidak senang seperti disangka. Ingatkan harga dah murah, bila beli, jadi lebih murah lagi. Dan ingatkan harga nak naik, tapi jatuh pulak. Saya tidak faham apa diperkatakan, sehinggalah tiba suatu ketika saya mulai belajar saham…..

Setelah beberapa tahun berlalu, saya mulai belajar saham. Saya mulai tahu apa penangan saham. Rugi itu wajib. Untung belum pasti. Bukan senang hendak membeli kaunter saham dengan harga murah dan menjualnya dengan harga lebih tinggi. Kefahaman tentang trend, “harga diskaun” dan “harga tinggi” itu sangat penting. Apa pun saya tidak pernah putus asa. Saya yakin, masih ada peluang untuk membuat duit dengan saham jika “methodology” nya betul.

Setahun yang lepas, barulah saya terbaca ebook Joe Dinapoli dan seterusnya mendalami tentang ilmu fibonacci melalui ebooknya. Setakat ini terdapat 3 ebook fibonacci telah dibaca oleh saya berulang-ulang kali, insya Allah akan dibaca lagi bab-bab tertentu untuk lebih faham.

Saya juga telah menubuhkan Group Telegram untuk berkongsi info, ilmu dan kefahaman yang saya telah pelajari secara percuma, tiada caj, tiada sebarang pantang larang saya kenakan seperti “tak boleh berkongsi ilmu ini, nanti tak berkat”, nak tanya soalan lebih-lebih pun boleh tanpa perlu bayar cuma tak dijamin boleh dijawab, jika saya tak boleh jawab, nanti ada ahli group akan jawab.

Didalam group, tidak hairan, ramai juga ahli group saya dapati seperti saya sebelum ini. Rata-rata ada “penyakit” seperti saya waktu newbies iaitu:

  1. Membeli pada harga yang mahal, kemudian menjual pada harga yang murah.
  2. Beremosi takut ketinggalan dalam membeli kaunter yang dah naik, maka hasilnya mereka mengejar harga dan tersangkut di pucuk-pucuk kenaikan harga.
  3. Tidak mengetahui trend sesuatu kaunter.
  4. Terlalu ghairah hendak membeli pada paras terendah (bottom fishing) sedangkan kaunter downtrend, akhirnya terbeli pada pucuk harga kaunter downtrend.
  5. Tidak membuat pecahan modal portfolio yang seimbang. Bila tak balance portfolio, maka kerugian kaunter murah akan menyebabkan keuntungan kaunter mahal hangus, kerana % bid setiap kaunter murah dan mahal berbeza.
  6. Tidak tahu membezakan harga diskaun dan harga mahal secara analisa teknikal, sedangkan kaedahnya sangat-sangat mudah.
  7. Tidak mahu cut loss. Membiarkan modal tersangkut berbulan-bulan lamanya. Sedangkan jika cut loss dan di beli saham dengan kaedah yang betul, kerugian akan ditebus semula dalam masa lebih cepat.
  8. Cut loss level terlalu besar
  9. Potensi profit terlalu rendah.
  10. Terlalu rumit dan kompleks dalam analisa kaunter. Akhirnya terbeli kaunter downtrend di pucuk-pucuk harga. Jika terbeli kaunter uptrend pulak, dipucuk-pucuk harga juga.
  11. Terlalu yakin akan untung, tetapi lupa risiko yang dihadapi.
  12. Membeli ikut-ikutan buy call. Sehingga tidak tahu di mana perlu cut loss dan targe harga.

Akhir sekali, saya ada berjumpa pakcik saya awal tahun ini. Saya akan tanya beliau tentang kaunter dibeli. Pernah beliau menyebut tentang kaunter DRBHCOM, saya bertanya harga berapakah beliau beli? Harga RM2.00, tetapi beliau jual kerana harganya jatuh. Saya terkejut “wow…kerana saya juga beli kaunter tersebut pada harga RM1.00, ini bermakna apabila pakcik saya jual dia dah tak tahan kerugian, petanda besar kaunter itu akan naik kaw kaw”. Itu adalah salah satu “market psychology analysis” secara umumnya. Minggu depan selepas itu, kaunter DRBHCOM meletup dan saya memperolehi profit 20% dalam sehari.

Yang terkini, saya dapat tahu bapa saudara saya sudah tidak trade saham. Beliau dah beralih kepada instrumen pelaburan lain, mungkin ia juga petanda bahawa market saham semakin bagus. Jika dia kembali ke pasaran saham, saya kena hati-hati, mungkin petanda market sudah berakhir.

Setelah beberapa lama menggunakan teknik buy on dip / retracement, saya mulai memahami rentak pergerakan harga kaunter saham. Saya mulai rasa seronok. Setakat ini, saya mula aktif trade dengan portfolio yang seimbang. Kerugian hanyalah pada kaunter DNEX tetapi telah pun dicover oleh UCREST profit 29%, MENANG-WB 19%. Semuanya saya trade dengan modal kecil sahaja. Setakat ini, kaunter dijual semuanya ada profit walaupun profit yang kecil. Mungkin ada mengatakan kerana market dah bullish. Saya rasa itu adalah logik juga, waktu market bullish sepatutnya kita untung, waktu market bearish, sepatutnya kita rugi sedikit. Tetapi masalahnya, ramai juga yang sangkut diwaktu market bullish, kerana kejar mengejar harga berlaku sewaktu market bullish. Tiada orang kejar harga waktu market bearish.

Modal saya gunakan tidaklah besar buat masa ini, kerana saya perlu memahami rentak dan memilih kaunter dengan lebih berkesan. Selepas winning rate dan portfolio berkembang dengan baik, barulah saya akan tambah modal sedikit demi sedikit.

Saya kongsikan semua info teknik buy on dip, dalam group telegram secara percuma. Tidak kira siapa pun boleh join dan belajar. Cuma jangan langgar pantang saya iaitu jangan promosi kaunter saham menggunakan strategi entry breakout. Kerana saya tidak mahu melihat ahli group newbies lain kerugian akibat mengejar harga kaunter breakout.

Niat saya ialah berkongsi ilmu, diwaktu yang sama saya dapat belajar juga. Saya sangat puas hati jika ahli group berjaya mengurangkan kerugian seminimum mungkin dan memperolehi profit semaksimum mungkin.

p/s: untuk post kali ini saya agak malas untuk upload gambar. Kat telegram lagi senang nak share gambar dan kaunter kajian. Oleh itu silakan join group telegram.

Semoga ia memerikan manfaat pada semua.