• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Tentang Saya
  • Penafian
  • Hubungi Saya

Diari Saham

Catatan Perjalanan Pembelajaran Ilmu Saham

You are here: Home / Sharing / Pencarian Kaunter Saham Menggunakan Screener

Pencarian Kaunter Saham Menggunakan Screener

May 26, 2017 by diari saham 2 Comments

KLCI masih bullish

Indeks KLCI masih dalam fasa consolidation. Nama lain ialah sideway. Nak detail sikit ialah ia membentuk chart pattern iaitu Ascending Triangle. Tetapi bagi newbies seperti saya, cukuplah mengetahui bahawa KLCI masih sihat dan bullish.

Apa yang berlaku pada fasa ini? 

Pada fasa ini, berlaku profit taking, market lemau, banyak kaunter jatuh, ada yang cucuk-cucuk support sampai pecah. Ada yang terjun pandalela terutama yang dah naik banyak. Ada yang jatuh sikit sebab dah terlalu oversold dan banyak lagi. Pendek kata, nak mencari kaunter menaik pada fasa ini adalah susah. Tetapi ia bukan bermakna kita tiada peluang. Sepatutnya mindset kita diubah iaitu mengintai peluang pada waktu kejatuhan (dengan syarat trend bullish – fasa sideway / consolidation) dan beli pada harga di support. Golongan investor fundamental tidak terkesan sangat kerana mereka hold lama. Tetapi golongan trader agak terkesan. Untung ciput sebelum ini kadang kala disapu licin oleh kerugian pada fasa ini. Mengikut teori sindiket juga, fasa inilah goncangan untuk re-accumulation berlaku. Smart money menjatuhkan harga, menyebabkan retailer terutama kaki kontra terpaksa cut loss.

Apa pun, bukanlah saya bermaksud kita tidak patut cut loss jika kejatuhan berlaku. Jika dah terbeli pucuk, pastu jatuh merudum, adalah lebih baik cut loss, kerana kita tidak tahu sejauh mana ia boleh jatuh. Kadang-kala, walaupun breakout triangle tu berlaku, ia boleh terjadi false breakout. Benarlah kata-kata sifu / masta – jika entry awal-awal lagi dah silap, usah tanya nak exit kat mana.

Pencarian Kaunter Saham 

Saya kerap ditanya tentang teknik swing trading. Tetapi sukar bagi saya memberikan jawapan yang menepati cita rasa seseorang. Jawapan yang tepat ialah terpulang pada diri masing-masing. Berdasarkan pemahaman dari pembacaan ebook Saham Itu Seni Duit , sekurang-kurangnya kena tunggu 1 -20 hari barulah sesuatu kaunter boleh naik. Maknanya kenaikan boleh berlaku dalam julat masa ini. Ada yang naik cepat ada yang naik lambat. Oleh itu, untuk swing short / intermediate / long term bergantung juga pada pergerakan sesuatu kaunter.

Jika kita tidak dapat menetapkan jenis gaya trading apakah yang kita mahukan, maka pencarian kaunter agak sukar untuk dilakukan.

Gaya Trading dan Pencarian Kaunter Saham. 

Saya yakin, dengan berkembang pesat kelas saham, masing-masing sudah mempunyai teknik trading tersendiri. Persoalan yang penting ialah “bagaimanakah nak cari kaunter-kaunter yang memenuhi golden setup tersebut?” Takkan nak belek satu persatu dari seribu kaunter nak cari. Mak aih…boleh berpinar mata. Sampai ke pagi tak habis duk study. Last-last duk ikut buy call sifu, paling teruk sifu tu sebenarnya dah beli lama kaunter, tapi sengaja buat buy call supaya boleh push harga dan jual kat kita. Kalau boleh kita nak cari jumpa dulu kaunter tu, sebelum sifu tu jumpa barulah rasa seronok. Itulah dinamakan berdikari.

Sebagai contoh, jika anda pernah membeli ebook Sistem Saham, anda akan perasan setupnya adalah (swing mid term). Jika anda penggemar setup ini, sudah pasti anda mahu mencari kaunter memenuhi setup ini. Setup utama ialah EMA50 cross EMA200 dengan peningkatan volume sekurang-kurangnya melebihi volume purata 50 hari yang lepas. Tetapi untuk anda membelek-belek satu persatu kaunter sudah pasti meletihkan.

Teknik Mencari Kaunter Menggunakan Screener

Terdapat beberapa screener dalam pasaran. Ada yang berbayar dan juga percuma. Antara percuma ialah:

Trade Signum. 

Untuk mencari screener, boleh lawati link ini http://www.tradesignum.com/screener. Terdapat pre-defined screener dan anda boleh customize sedikit screener. Ianya adalah bagus untuk newbies yang tidak mempunyai modal besar dan mahu mencuba screener yang percuma.

Platform Trading

Terdapat platform trading yang menyediakan screener fundamental dan ada juga menyediakan screener TA. Seperti cimb i-trade. Kita juga boleh customize sedikit mengikut citrasa setup kita. Walaupun tak berapa banyak boleh customize, tetapi cukuplah rasanya.

Jstock Screener. 

Saya telah mengenali Jstock screener agak lama. Tetapi saya masih blurr dan tidak tahu tentang fungsi. Biasalah, barang percuma jarang dihargai. Sehingalah saya membeli dan mentelaah ebook SiSD berkali-kali, barulah saya terkejut dengan potensi Jstock ini. Perisian ini boleh download secara percuma di lini ini: http://jstock.org/. Jstock mempunya predefined indicator, tetapi anda boleh customize mengikut kesukaan anda dan setup masing-masing. Kehebatan ia boleh customize tanpa limit membuatkan ramai telah mula belajar tentang Jstock. Terdapat sifu-sifu telah mula mempelajari / mengupah designer untuk customize litar jstock supaya menepati setup “killer” masing-masing. Alhamdulillah, setelah membaca ebook Saham Itu Seni Duit, saya mula memahami kaedah membuat litar sedikit demi sedikit. Tak hairan, suatu hari nanti, kelas “membuat litar screener jstock” akan mula tumbuh dan caj ribu raban kepada para peserta. Mungkin juga ramai akan menjual litar-litar dengan harga sangat mahal. Dan tak hairan, jika ada orang membuat litar tersebut sebagai litar intraday trading. Insya Allah ada masa, saya akan kongsikan serba sedikit beberapa kaedah saya reka litar menggunakan Jstock, tetapi litar saya tidaklah sehebat sifu-sifu & masta-masta diluar sana. Ia sekadar asas nak design litar. Selebihnya kena buat kajian sendiri juga.

 

Pendekatan litar scanner yang boleh customize.

Jika anda tidak tahu nak design litar, tak mengapa. Boleh beli sahaja. Ada juga yang bagi free. Tetapi isu utama kita perlu fahami tentang fungsi litar tersebut. Adakah ia menepati setup dan strategi trading kita. Bila dapat free, tetapi kita pun tak tahu apa tujuan litar tersebut. Sekali scan, keluar 900 kaunter. Jenis litar seperti tu boleh diklasifikasikan litar sampah. Baik tak  payah scan kalau beratus-ratus kaunter yang keluar. Litar mestilah sensitif dan spesifik. Mungkin ada “false positive” result. Tetapi tidak mengapa asalkan ia boleh narrow down saringan kaunter menepati setup trading kita.

Anda juga boleh design sendiri mengikut citarasa anda, terutama jika litar-litar di pasaran tidak menepati cita rasa selera trading anda. Boleh belajar dengan geng-geng isaham, terdapat otai yang sudah mula mengajar design litar jstock dengan harga kelas yang berpatutan.

Kesimpulan

Setelah saya mempelajari ilmu TA, saya merasakan ilmu TA ini luas. Tiada siapa salah dan silap asalkan buat untung. Cukuplah pegang satu setup. Kalau tahu banyak pun buat pening sahaja. Isu utama setelah anda dah tepu belajar ilmu TA;  ialah pencarian kaunter yang menepati “golden setup” masing-masing. Siapa berjaya cari, temui terlebih dahulu dan beli, seterusnya kaunter tu naik maka merekalah yang beruntung. Lagi tepat screener yang mereka gunakan, lagi mudah kerja mereka. Saya juga dapat tahu, sebenarnya banyak screener nilaian ribuan ringgit di luar sana. Bahkan ia boleh memberikan alert realtime & intraday kepada fulltime trader. Cuma perlu ketahui, jika market lemau dan merah, semua jenis screener dan setup TA pun tak berkesan. Tak ada screener 100% berkesan.

Sekian terima kasih. Selamat berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia.

Filed Under: Sharing Tagged With: jstock, mencari kaunter saham, screener saham

Reader Interactions

Comments

  1. Izzo says

    September 16, 2017 at 7:14 pm

    yup…
    mana2 zaman pon, setelah kewujudan beribu2 klas ,coaching pon soalan pencarian mesti sama..
    “kaunter apa yg nak beli esok, arini, dll” dlm kata lain, kaedah pencarian dan pemilihan saham..

    hehe…sehinggakan kbnyakannya menjadi client kepada gen2 traders lain yg mencari makan dgn kaedah ni..sy tak kata tak setuju, tapi itulah realitinya..saya ader jumpe beberapa traders yg memperolehi pendatpn 5 angka sebulan dgn servis mcm ni..supplying potential counters berdasarkan fokus2 tertentu..

    stuju tuan, ilmu TA mmg sgt luas, xde sape bleh kata teknik dier superterbaik, apa2pun, seseorg perlu tahu apa yg serasi dgn diri dier.. 🙂 asalkan profit..

    Reply
  2. Raimi Jamil says

    June 11, 2020 at 10:30 pm

    Terima kasih Dr Solah atas ilmu yang bermanfaat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Subscribe Setiap Blog Post Terkini!

Masukkan email anda. Notifikasi akan dihantar ke email anda

Join 967 other subscribers

eBook Sistem Saham

Ebook berkisar tentang breakout dan swing trading. Adaptasi dari teknik William O Neil dan disesuaikan dengan pasaran bursa Malaysia.

eBook Alwi Adam

Jika anda masih newbies, maka ebook ini sangat sesuai. Tapi AWAS!! Memang untuk newbies. Jika anda sudah level sifu, jangan beli :)

Klik kat sini jika mahu baca post ikut kategori

  • Analisis Teknikal (20)
    • Analisa Timeframe (1)
    • Fasa Kitaran Saham (2)
    • Fibonacci (1)
    • Ichimoku Kinko Hyo (1)
    • Leading Indicator (2)
    • Risk Reward Ratio (3)
    • Support dan Resistance (3)
    • Teknik Dividen (1)
    • Teknik Entry dan Exit (4)
    • Trend (1)
    • Trendline (1)
  • Bahan Rujukan Saham (4)
  • Journal Saham (2)
    • Kaunter rugi melingkup (1)
    • Kaunter Untung (1)
  • Kelas Saham (3)
  • Sharing (18)
  • Uncategorized (9)

Recent Posts

  • Pengurusan modal trading saham
  • Asas Teknikal Analisis Paling Penting: Market Structure & kaitan dengan volume
  • “Penyakit” newbies dalam pelaburan saham.
  • Membeli pada paras support
  • Mahu belajar teknik fibonacci?

Top Posts & Pages

  • Pengurusan modal trading saham
  • Asas Teknikal Analisis Paling Penting: Market Structure & kaitan dengan volume
  • Group Buy Call: Apa yang kita perlu tahu?
  • Buy on Breakout: Awas!
  • Indikator Paling Laju - Leading Indicator
  • "Penyakit" newbies dalam pelaburan saham.
  • Subscribe setiap post di blog
  • Pencarian Kaunter Saham Menggunakan Screener
  • Mahu belajar teknik fibonacci?
  • Hubungi Saya

RSS Blog Hartanah Kelantan

  • Ketahui Proses-Proses Penjualan Rumah Yang Masih Dalam Pinjaman.
    Saya akan cuba terangkan tentang penjualan rumah subsale (rumah second hand) sahaja. Manakala berkenaan penjualan rumah yang sedang dibina, saya akan kupas pada post lain. Ada dua keadaaan: Rumah tersebut masih ada cagaran (loan) dengan bank atau kerajaan. Rumah tersebut tiada loan. Majoriti pelanggan saya yang menjual rumah mereka, masih ada baki loan perumahan. Sama […]

Kalendar

March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr    

Recent Comments

  • diari saham on CDS Trading Platform
  • Reen on CDS Trading Platform
  • Bunyamin Hassan on Risk Reward Ratio: Perkara sering diabaikan
  • Ikmal on “Penyakit” newbies dalam pelaburan saham.
  • Husaini Ujang on 5 Asas-Asas utama Ilmu Teknikal Analisis

Archives

  • April 2020
  • February 2019
  • August 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • November 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • July 2015
  • April 2015
  • October 2014
  • September 2014

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in