Asas TA

Asas Teknikal Analisis

Setelah setahun lebih belajar Ilmu Analisis Teknikal (Technical Analysis / TA), barulah saya sedar bahawa paling penting ialah kembali kepada ASAS-ASAS teknikal analisis. Indicator-indicator seperti MACD, stochastic, dan macam-macam lagi, ibarah sampah sarap pada monitor komputer jika asas-asas ini tidak dipedulikan. Ianya ibarat berjudi di bursa malaysia. Ya betul, jika kita beli sesuatu kaunter membabi buta. Kita tidak tahu kenapa kita entry? Adakah buy on support? Buy on pullback? Buy on breakout? Buy on demand? Buy on reversal signal? Begitu juga bila kita exit atau taking profit adakah kita sell on Resistance? atau sell secara pramatang sedangkan continuation pattern masih wujud. Paling teruk ialah membeli saham ketika downtrend.

Perkara ini sebenarnya secara ikhlasnya telah terjadi kepada diri saya. Akibat mengabaikan ASAS-ASAS penting, maka kerugian adalah harga yang terpaksa dibayar; yuran sebuah kebodohan.

Di sini saya ringkaskan terlebih dahulu 5 asas-asas penting yang saya fahami:

1. Trend: Wajib kenalpasti trend sebelum masuk membeli saham. Adakah ianya Uptrend? Downtrend? Atau Sideway (mendatar). Membeli di downtrend, ibarat operasi bunuh diri. Membeli di uptrend juga boleh menjadi operasi bunuh diri jika membeli dipucuk tanpa exit plan. Membeli di sideway, memerlukan kesabaran yang berakhir dengan kerugian kerana smart money sentiasa melakukan “testing – hammer” memecahkan support. Jadi kat mana nak beli? Belilah kaunter major trend adalah uptrend, samaada membeli dipermulaan uptrend, membeli apabila harga membuat pullback ke atas support dan membeli apabila harga berada di level demand / support terkuat dan juga membeli setelah harga breakout dengan volume yg tinggi.

2. Support and Resistance:  Biarlah teknik apa sekalipun digunakan, saamada teknik dari China Ying & Yang, teknik dari barat chart pattern, Gann Teknik, Teknik Volume spread analysis, Candlestick, Indicator-indicator hembusan naga atau teknik dewata raya sekalipun. Jika tidak tahu nak lukis kat mana support dan resistance, maka teknik tersebut tidak berguna. Setakat ini pembacaaan saya yang bertaraf hingusan, semua teknik-teknik mana-mana sekalipun, ia sangat mementingkan kita mengenalpasti support dan resistance. Kalau tak tahu jangan masuk trade. Nampak ajo macam simple, tetapi ianya sangat tricky. Kerana hendak melukis S&R memerlukan latihan yang banyak. Carta tak semua cantik-cantik, ada yang haru biru sampai pening nak lukis S&R. Ada yang simple dan cantik. Ianya elemen WAJIB diketahui! Ramai yang mengabaikan S&R ini berpotensi rugi besar. Terdapat juga “mazhab” fahaman menggunakan “supply and demand” zone / area sebagai aras support dan resistance. Saya cenderung dengan fahaman ini memandangkan kerapkali manipulasi smart money untuk memecahkan support / resistance level. Jika digunakan aras supply and demand zone, biasanya jarang ditembusi. “S&R vs Supply and demand” ni serupa tapi tak sama.

3. Entry & Exit Point: Terdapat banyak teknik-teknik entry dan exit. Yang paling selamat ialah membeli apabila kaunter sudah mengalami pengakhiran fasa pengumpulan, seperti saya jelaskan dalam post blog sebelum ini “Empat Fasa Kitaran Saham Wajib diketahui”. Ia adalah teknik “bottom fishing” membeli pada aras paling bawah ketika uptrend sudah terbentuk. Tetapi terdapat juga teknik-teknik entry lain bagi yang terlepas bas. Apa pun, teknik entry wajib diiringi dengan teknik exit. Kalau entry tanpa exit plan, maka ia adalah sangat berisiko. Exit point perlu dikenalpasti supaya minda bersedia untuk menjual pada profit sebaik mungkin atau pada kerugian seminimum mungkin. 

4 RRR – risk reward ratio: Topik ini berkisar tentang money management. Ianya penting supaya setiap pembelian kita adalah berbaloi. Contohnya senang sahaja, apabila entry cuba tanya diri sendiri kat mana stop loss point? kat mana Take Profit point terdekat?. Adakah stop loss nilainya lebih besar dari TP? Jika lebih besar, ibarat kita berniaga dengan risiko rugi lebih besar dari potensi untung. Hanya orang gila sahaja yang akan perjudikan duit mereka untuk entry pada harga risiko lebih besar dari potensi untung. Paling gila ialah yang kata tak perlu cut loss.

5 Timeframe: Ini adalah sangat subjektif. Ada orang trading berdasarkan Timeframe 30-min iaitu anak murid fahaman TAVA. Tetapi asas seperti support dan resistance, breakout juga wajib diketahui. Tetapi jika sifu saya, dia menggunakan Timeframe daily untuk trade, dan Timeframe weekly untuk mengetahui major trend. Isu timeframe kadang kala mengelirukan. Pada pendapat saya, tak perlu lihat sampai banyak timeframe. Cukuplah lihat weekly dan daily. Yang tu lebih stabil, tidak mengganggu tugasan kerja harian kita. Dan potensi untung lebih banyak. TAVA lebih sesuai untuk full time trader. Trade dulu berdasarkan timeframe daily. Kalau yang tu pun tak larat nak monitor sekali sehari, tak perlu mimpi nak trade pada timeframe 30 minit.

Insya Allah dimasa hadapan, saya akan cuba menulis setakat apa yang saya pelajari setiap perkara di atas iaitu Trend, Support & Resistance (Supply & demand), RRR dan Timeframe. Saya akan susunkan setiap post-post blog mengikut kategori di atas. Para pembaca boleh membaca secara teratur berdasarkan post kategori yang terdapat di bahagian sebelah kanan blog ini.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

Di manakah kaunter idaman hatiku?

Saya mempunyai impian, apabila mula melabur dalam bursa Malaysia, sudah pasti inginkan keuntungan lebih baik dari Unit Amanah.

Unit amanah hanya memberikan pulangan sekitar 10-12% setahun secara purata. Tetapi saham-saham adalah memberikan pulangan yang berbeza-beza. Tetapi perlu diingat, risiko pun sangat tinggi, terutama melabur tanpa ilmu, melabur dengan ilmu sesat, dan melabur menggunakan ilmu ikut-ikutan (ikut buy call) dan menggunakan Teknik Hopeless Analysis (analysis berharapan tinggi).

Apabila saya membeli sesebuah kaunter saham, sudah pasti saya inginkan pulangan maksium dalam jangka masa yang pendek hehehe. Kadang-kala saya meletakkan target ROI (return of investment) yang kurang logik. Ia menyebabkan kekecewaan pada akhirnya.

Sifu terakhir saya selalu berpesan, jika anda boleh bersabar selama sebulan untuk menerima gaji, maka kenapa untuk saham tidak boleh bersabar selama 2-3 minggu. Beliau juga berpesan, jika saham yang telah breakout chart pattern, biasanya mengikut pengalaman beliau, dalam masa 2 minggu biasanya pulangan boleh mencecah purata sekitar 20%. Tetapi jika lebih lagi dan lebih cepat berlaku, ia dikira rezeki dan bonus untuk kita. Jadi paling penting ialah letakkan target ROI yang munasabah.

Ok, selama saya keluar masuk buy call bebanyak group. Ada yang kongsi dengan kawan-kawan kos subscription. Hehehe. Siap buat akaun facebook asing pulak. Tetapi secara ikhlas saya katakan, buy call group-group yang saya masuk adalah tidak memberikan manfaat, kerana ia hanyalah ikut-ikutan buta tuli.

Selama itulah saya memerhatikan, sebenarnya kita semua menginginkan perkara sama. Iaitu mencari kaunter-kaunter yang mempunyai ciri-ciri idaman hati.

Berikut adalah ciri-ciri kaunter idaman hati saya:

1. Kaunter company yang untung. 

Yelah kan, takkan nak beli kaunter company yang rugi. Walaupun akhirnya ia naik mendadak, jangan menyesal kalau tak membelinya. Kerana sejarah syarikat adalah rugi. Malah beratus-ratus lagi pilihan boleh dibuat pada kaunter lain. Biasanya untuk melihat kaunter yang untung ialah dengan melihat quarter report, EPS value. Saya hanya melihat nilai EPS, kalau positif maknanya untung secara umumnya. Tetapi jika nak lebih detail, boleh la baca report company. Cuma saya pernah cuba menganalisa report, buat pening kepala sahaja dan ia mengambil masa terlalu lama.

2. Kaunter yang cepat terbang (untung).

Secara logiknya, kaunter yang cepat untung mestilah latarbelakangnya bagus, sentiasa membuat keuntungan. Tetapi kenapa sesetengah kaunter, walaupun buat untung lambat nak terbang?. Jika berbalik pada teori sindiket, ia adalah disebabkan floating share / share issued yang sedikit. Penjelasan yang saya faham setakat ini ialah, apabila sindiket telah menjual saham unit-unit saham kepada orang ramai, maka jumlah unit-unit yang dipegang oleh mereka telah habis. Maka mereka perlu melakukan operasi accumulation (pengumpulan) semula unit-unit terjual. Seperti kisah monyet yang saya tulis sebelum ini. Jika jumlah unit-unit tersebut terlalu banyak, maka masa diambil sudah pasti lama, dan kaunter tersebut agak lambat untuk naik. Jika unit-unit saham yang diapungkan di bursa adalah rendah, maka cepatlah mereka mengumpulnya semula. Mereka mengumpul dengan membuat berita-berita buruk, jatuhkan harga dan sewaktu market correction. Biasanya company seperti ini mempunyai floating share yang rendah.

Jerasia

Mak aih….laju terbang!

 

Screen Shot 11-16-15 at 08.04 PM

Bursa Station: Fact sheet tentang kaunter Jerasia

 

Screen Shot 11-16-15 at 08.14 PM

RHB Smart Trade: Perhatikan balance float 16.71% sahaja, bapak rendah!!!

 

3. Kaunter yang baru memulakan kenaikan

Jika mengikut ilmu group Zamsaham dan Don Trader. Mereka gemar membeli kaunter yang baru hendak bergerak. Iaitu seawal permulaan major trend dan peringkat pengumpulan berlaku. Ini adalah antara kelebihan belajar dengan Zamsaham dan Don Trader, kerana ianya lebih selamat memandangkan kita membeli pada awal kenaikan. Akan tetapi, sebaiknya beli lah kaunter share float kecil. Jika terbeli kaunter yang share float sangat besar, share issued sangat besar, maka agak sukar untuk naik dengan laju. Maka tunggulah berbulan-bulan kenaikannya. Tetapi intipati pengajaran dari ilmu mereka, saya juga secara peribadi suka membeli kaunter yang baru hendak naik kerana ia lebih selamat dan tidak perlu susah payah nak monitor setiap hari. Boleh juga beli kaunter yang sudah lama oversold secara teknikal, dan menunjukkan ciri-ciri rebound. Kaunter jenis ini sudah berada harga lantai, dan sukar untuk pecah support terdekat. Akan tetapi, hati-hati, ia masih boleh jatuh lebih rendah lagi. Pastikan stop loss sentiasa dipatuhi.

Screen Shot 11-16-15 at 08.29 PM

Kaunter dominan: pembelian risiko rendah, sebaik sahaja menyentuh major support, reversal candlestick pattern muncul. Sekarang ia menunggu untuk breakout awan kumo sahaja.

4. Risiko rendah 

Seboleh-bolehnya risiko rendah yang saya mahukan ialah RRR – Risk Reward Ratio adalah bagus. Contohnya membeli pada awal permulaan trend. Target price yang berpotensi untung adalah jauh, dan cut loss point adalah dekat. Boleh dikatakan, antara tekniknya ialah membeli di major support + terdapat tanda-tanda reversal, beli sewaktu harga melakukan pullback.

5. Kaunter yang mengumumkan untuk memberi dividen. 

Jenis kaunter ini saya belum cari lagi untuk dimasukkan dalam pengkalan database. Sebenarnya letih juga nak buat research. Tetapi jika ada kaunter yang mengumumkan untuk memberi dividen dalam masa terdekat, cuba perhatikan dari segi teknikal analisis. Biasanya ia akan membuat kenaikan sehingga hari dividen diberi. Tetapi pastikan membuat kiraan terlebih dahulu, adakah dividen tersebut tinggi atau tidak.

6. Kaunter yang tidak berada di pucuk.

Seboleh-bolehnya saya akan mengelak dari membeli kaunter dipucuk-pucuk. Akan tetapi, sifu terakhir saya telah mengajar jurus-jurus hebat untuk membeli dipucuk iaitu yang pecah harga tertinggi 52 minggu & kaunter breakout. Tetapi oleh kerana saya risau tidak dapat melihat monitor setiap hari, maka sebaiknya saya akan pilih kaunter yang masih belum terbang tinggi dan baru memasuki fasa uptrend atau baru reversal.

7. Teknikal Analisis adalah menyokong untuk membeli

Ya, betul. Jika analisa teknikal mengatakan kaunter ini akan ke laut, maka janganlah membeli walaupun fundamental bagus level 99 sekalipun. Belilah kaunter pada pandangan ilmu TA ianya bagus untuk entry. Adapaun ilmu TA setiap individu berbeza. Ada yang menggunakan Jurus Putar Alam, ada guna Teknik Tendangan Profit Tanpa Bayangan. Ada yang guna Teknik Pengharapan Tanpa Batasan. Biasanya Chart bergerak lebih laju berkali-kali ganda dari berita news fundamental dan sentimen semasa. Jika anda mahu mencari ilmu TA terbaik, maka saya sarankan jangan sesekali lupa untuk fokus juga kepada Ilmu Memilih Kaunter. Jika ilmu TA sebagus mana sekalipun, tersilap pilih kaunter ke laut, maka meraunglah kita.

Setakat ini dulu untuk post kali ini. Dengan rendah diri, saya mengakui penulisan saya adalah berdasarkan ilmu, dan pengalaman setahun ketiak jagung. Jika ianya bertentangan dengan sifu-sifu saham yang ada sijil MSTA dan seumpamanya, maka hendaklah pendapat mereka diambil kira berbanding pendapat saya. Saya menulis dengan harapan memberikan manfaat untuk newbies hingusan yang mencari-cari starting point. Jika ada silap salah, harap dapat berikan komen membina melalui contact form.

Semoga bermanfaat.

 

Screen Shot 11-11-15 at 11.06 PM

Sila isikan email untuk mendapat update terkini blog post.

Untuk pembaca budiman, jika tidak mahu ketinggalan untuk mendapat update post terkini. Boleh la mengisi email anda pada borang subscription.

Setiap kali saya update blog, anda akan mendapat notifikasi melalui email. Jika mahu unsubscribe pun senang sahaja.

Saya akan cuba update blog dan meletakkan isi kandungan setiap minggu.

Niat utama saya ialah untuk berkongsi ilmu tentang pasaran saham bursa Malaysia. Agar ramai tidak rugi.

Mungkin juga saya akan memberikan cadangan untuk hadir kelas tertentu, tetapi saya pastikan ia berdasarkan pengalaman sebenar, bukan sekadar review tanpa menghadirinya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Adakah anda mahu ebook berkenaan teknikal analisis secara percuma?

Anda boleh download ebook, letakkan dalam komputer, ipad atau print sebagai hardcopy.

Kebanyakan ebook teknikal analisis adalah dalam bahasa English. Tetapi ilmu teknikal analisis adalah sama sahaja. Cuma perlu disesuaikan untuk market Malaysia. Ia adalah persediaan yang bagus sebelum menghadiri kursus-kursus saham, agar lebih faham.

Jangan percaya kalau ada orang cakap dia jumpa teknik BARU yang konfirm untung. Nampak benor menipunya. Yang baru bukan teknik, cuma dia ajo BARU jumpa, sedangkan teknik tu dah wujud kat dunia ni ribuan tahun sebelum ini. Apa boleh buat dia ajo baru tahu, paling teruk orang lain yang tak tahu lagi duk fikir teknik ni memang BARU.

Di Malaysia, buku versi bahasa Melayu tidak banyak ditulis berkenaan teknikal analisis dan juga berkenaan saham bursa Malaysia. Kebanyakan ilmu teknikal analisis di Malaysia diserlahkan dalam bentuk kursus-kursus ribuan ringgit. Banyak ilmu sebenarnya dapat diperolehi dari ebook-ebook percuma.

Saya menganggap ebook yang saya baca adalah ribuan ringgit harganya walaupun saya dapat secara percuma. Banyak perkara saya pelajari dari ebook seperti candlestick charting, chart pattern & teknik menggunakan indikator Ichimoku Kinko Hyo.

Berikut adalah langkah-langkah mendapatkan ebook percuma.

Langkah Pertama: Buat carian berkenaan ebook di www.amazon.com

Screen Shot 11-10-15 at 10.50 PM

Carian di www.amazon.com untuk melihat markah review

Contohnya ialah buku kegemaran saya yang ditulis oleh anna coulling. Akan tetapi, saya membeli buku ini dari amazon, kerana saya sangat-sangat kagum dan menghargai ilmu yang diajar dalam buku ini. Tambahan pula, dalam ebook percuma, saya dapati terdapat beberapa muka surat hilang. Lihat rating star dan berapa ramai review tentang buku ini. Biasanya jika 4-5 bintang review, dan bilangan review ramai, ini bermakna ebook tersebut sangat bagus.

Langkah Kedua: Gunakan website Library Genesis : http://gen.lib.rus.ec/

Screen Shot 11-10-15 at 10.42 PM

Library Genesis ini adalah tempat ebook percuma (pirate) terbesar setakat ini. Ia akan ditutup bila-bila masa sahaja. Sebelum ini, ebook terbesar ialah gigapedia, tetapi ia telah ditutup oleh pihak berkuasa. Jadi gunakan peluang terbaik setakat ini untuk download kaw-kaw segala ebook berkenaan ilmu teknikal analisis saham.

Buat carian kat sini, fokus pada ebook dalam bentuk versi pdf file. Jika tiada, maka boleh download epub file format, atau mobi format. Gunakan converter untuk tukar format ebook tersebut kepada pdf. Atau boleh juga download epub reader. Nak convert senang sahaja, cuba tanya Syeikh Google.

Langkah Ketiga: Paling penting hargai ebook walaupun ianya percuma

Jangan pulak buat bisnes dengan ebook tersebut. Hargai dengan membacanya. Jika ianya sangat bagus, maka boleh la membelinya yang original.

Kebanyakan ramai tidak menghargai ebook percuma. Maklumlah percuma kan. Itu masalah dengan freebies!

Tapi apa boleh buat, mungkin sebab itulah kelas-kelas saham yang mahal ribu raban ramai peserta berbanding kelas yang harga murah-murah.

Jangan menilai kualiti berdasarkan harga, tetapi nilailah kualiti berdasarkan isi penyampaian.

Bagi saya ebook percuma sangat bernilai. Sebelum saya terjumpa ebook anna coulling – Volume price analysis. Ada seorang sifu saham, membuat kelas berharga RM1500.00 sehari, berdasarkan konsep dalam ebook tersebut. Terus terang saya katakan, teknik beliau berkesan, cuma pemilihan kaunter tidak diajar dengan baik, maka sukar membuat untung. Kalau lah saya sudah terjumpa ebook itu sebelum hadir kelas tersebut, sudah pasti selamat RM1500.00. Boleh buat modal pelaburan.

Dan ada yang membuat group subscription dengan yuran bulanan. Ilmu disampaikan sama konsep sebijik dalam ebook tersebut. Cuma ia disesuaikan dengan keadaan realiti market Malaysia. Tetapi saya keluar dari group tersebut memandangkan ia tidak mengajar dengan baik kaedah pemilihan kaunter.

Nanti saya akan terangkan kenapa pentingnya Ilmu Pilih Kaunter Saham dalam post seterusnya. Biarlah ilmu Teknikal Analisis Level HP 999 999, tahap 11 petala langit, tendangan tanpa bayangan dan Teknik Putar Alam sekalipun, jika tersilap pilih kaunter tersungkur juga akhirnya huhuhuhuhu. Apatah lagi ikut buy call group-group secara membabi buta. Akhirnya muncullah Hope Analisis, kaunter dipegang berbulan-bulan dengan harapan akan naik. Akhirnya jadilah, seperti kisah orang kampung dengan monyet dalam blog post yang lepas.  Itu pengalaman sebenar, saya harap ianya tidak berlaku pada orang lain. Bukan tak bagus duk dalam buy call group, yang tak bagus ialah ikut-ikutan membabi buta tanpa faham apa yang dibuat.

Semoga bermanfaat, sekian.

Monyet dan kitaran saham

Kitaran Saham dan Kisah Monyet. 

Untuk memahami kitaran saham secara santai, cuba dengarkan kisah monyet. Ianya diceduk dan diubahsuai dari blog lucu dari negeri antah berantah.

Suatu ketika dahulu, ada seorang sangat kaya di sebuah kampung. Beliau mengumumkan akan membeli semua monyet-monyet dikampung dengan harga RM50.00 seekor. Nilai itu agak tinggi bagi orang kampung, maka mereka telah menangkap segala monyet di kampung dan dijualnya kepada orang kaya tersebut. Habis monyet-monyet di kampung ditangkap. Yang tinggal hanya beruk mat yeh sahaja.

Setelah mengetahui monyet telah habis di kampung, orang kaya membuat pengumuman kedua iaitu beliau sanggup membeli monyet pada harga RM100.00. Wow! Penduduk kampung sangat tertarik dengan harga tersebut, maka mereka pergi ke hutan & kawasan bukit berdekatan untuk menangkap monyet. Maka habislah monyet di hutan & kawasan bukit ditangkap untuk dijual kepada orang kaya tersebut dengan harga RM100.00 seekor.

Setelah itu, orang kaya membuat pengumuman kali ketiga, keempat dan kelima, beliau sanggup membeli monyet pada harga RM400.00 seekor. Akan tetapi, tiada seorang pun penduduk kampung berjaya menjualnya kerana segala keturunan monyet sudah habis ditangkap. Setiap hari selama 40 hari berturut-turut akan keluar notis di surat khabar, bahawa orang kaya tersebut sanggup membeli monyet dengan harga RM400.00, RM500.00 dan pernah RM1000.00 seekor. Tetapi orang kampung tidak berjaya menjualnya lagi kerana sudah tiada monyet dijumpai.

Selang tak lama kemudian, orang kaya pergi ke bandar atas urusan bisnes. Maka segala urusan beliau di kampung diserahkan kepada pembantu beliau. Pembantu beliau diberi kuasa penuh untuk menguruskan stok monyet-monyet yang ada di kawasan rumah yang sangat luas.

Pembantu rumah tersebut berkata kepada orang kampung, “lihatlah stok monyet-monyet, aku diberi kuasa menjualnya. Aku ingin menjualnya dengan harga RM300.00 seekor”. Maka terpegunlah orang kampung dan berlari-lari balik ke rumah untuk mengorek segala macam duit, dalam tabung ayam, tabung buluh dan tabung BR1M. Mereka berlumba-lumba membeli sebanyak mungkin monyet-monyet pada harga RM300.00. Kerana mereka yakin harganya paling busuk kalau orang kaya itu beli ialah RM400.00 seekor.

Tidak sampai sehari, habis monyet-monyet dibeli semula oleh orang kampung. Ada yang sudah berangan untuk berhenti kerja dan menikmati hidup pencen yang penuh kemewahan. Ada yang ingin kawin nombor dua. Ada yang ingin melancong seluruh dunia.

Esoknya, didapati pembantu rumah tersebut menghilangkan diri. Begitu juga orang kaya tersebut, beliau tidak pernah pulang ke kampung tersebut.

Orang kampung sudah takut, ada yang menjadi gila kerana segala duit simpanan sudah hangus. Mereka menunggu berminggu-minggu. Banyak berita tersebar bahawa monyet sudah tidak berguna dan tidak bernilai.

Suatu hari, datang seorang saudagar, beliau tiba-tiba ingin membeli monyet dengan harga RM10.00 kerana ingin usahakan akademi panjat pokok kelapa. Maka semua orang kampung panik dan datang menjualnya. Ada juga yang sanggup menjual stok monyet mereka dengan harga RM1.00 sahaja. Asalkan dapat semula duit modal mereka, walaupun seciput.

Sekian.

VSA-phases

Ilustrasi Kitaran Saham Menurut Perspektif Smart Money

Kitaran Saham Secara Teori

Begitulah realiti pasaran saham. Kitaran saham terbahagi kepada 4 fasa menurut pembacaan saya dalam buku Volume Price Analysis.

  1. Pengumpulan (Accumulation)
  2. Kenaikan (Markup)
  3.  Mendatar (Distribution)
  4.  Penurunan (Markdown)

Setiap kaunter /  company yang terdapat di Bursa Malaysia, mereka mempunyai jumlah unit-unit tertentu saham di apungkan di Bursa Malaysia. Bilangan unit-unit tersebut ibarat bilangan monyet di kampung, dihutan dan kawasan bukit.

Fasa Pengumpulan

Fasa pengumpulan bermula, apabila pihak smart money / sindiket / jerung  mula mengumpulkan unit-unit monyet tersebut. Mereka menggoncang pasaran dengan berita-berita tertentu dan menjatuhkan harga saham dengan tujuan agar pemegang saham (penduduk kampung) menjual kepada mereka dengan harga yang murah.

Fasa pengumpulan berlaku untuk beberapa lama. Bergantung pada bilangan unit-unit saham pada kaunter tersebut. Jika kaunter tersebut tidak banyak unit saham, maka senanglah smart money ingin melambungkan harga sesuka hati.

Apabila fasa pengumpulan hampir berakhir, smart money perlu melakukan testing untuk memastikan segala bilangan unit-unit saham (monyet) telah habis dikutip. Ini untuk memastikan operasi mereka menaikkan harga monyet tersebut tidak diganggu oleh sebilangan orang kampung yang masih menyimpan monyet. Itulah dinamakan testing. Ada istilah lain ia disebut “spring” candlestick. Spring ini ibarat candlestick pattern Hammer yang mempunyai volume yang rendah. Itu petanda stok unit monyet sudah tiada di luar  pasaran. Ibarat orang kaya meletakkan iklan notis. Itu untuk memastikan segala macam stok monyet telah habis dikutipnya.

WAKTU TERBAIK membeli saham ialah jika kita dapat mengesan pengakhiran Fasa Pengumpulan dan PERMULAAN Fasa Kenaikan. 

Fasa kenaikan (Markup) 

Fasa ini bermula, apabila smart money mula menjual unit-unit saham monyet tadi dengan harga lebih tinggi. Pada fasa ini terjadi “breakout” harga dengan volume yang tinggi. Volume tinggi kerana orang kampung beramai-ramai datang membeli monyet tersebut. Penjualan dilakukan dengan berhati-hati supaya kaunter tidak digantung kerana UMA (Unusual Market Activity). Ia juga untuk memastikan stok monyet tidak terus habis. Kerana target smart money ialah menjual unit-unit saham pada harga tertinggi. Mereka tak target 10% keuntungan, tetapi 100% keuntungan dan ke atas. Pada fasa kenaikan ini, berlaku jumpa fasa mini-accumulation. Di mana harga dijatuhkan kerana profit taking dan juga operasi oleh pihak smart money. Pada ketika inilah ramai terjual lebih awal, contohnya saya hehehe. Kerana ingatkan harga nak jatuh. Banyak berlaku, apabila kita jual harga terus naik, apabila kita beli, esoknya harga turun. Oleh itu, ilmu yang mantap perlu ada untuk mengetahui ianya adalah operasi smart money dengan melihat pergerakan harga dan volume. Stop loss seperti biasa wajib dijaga.

fasa kitaran saham ifcamsc

Kaunter IFCAMSC yang mantap. Kenaikan antara paling laju. Nampak benor manipulasi sindiket.

Fasa Mendatar (Distribution)

Harga unit-unit saham monyet dijual paling maksimum. Volume transaksi sangat tinggi, tetapi kenaikan harga hanya julat yang kecil. Pada waktu inilah terjadinya candlestick pattern Shooting star dengan volume sangat tinggi, ataupun Doji dengan volume sangat tinggi. Testing akan dilakukan untuk memastikan orang kampung membeli dengan maksimum segala stok monyet. Pada fasa ini, segala macam berita bagus akan keluar di suratkhabar tentang company tersebut. Akan tetapi, ramai menggila membeli unit-unit saham monyet. Pada fasa inilah, WAKTU TERBAIK untuk MENJUAL kerana smart money sedang gila menjual. Siapa terbeli / membeli / cari pasal membeli pada waktu ini, maka bala besar akan terjadi.

Fasa Penurunan (Markdown)

Pada waktu ini, berlaku penurunan harga, panik selling berlaku. Berita buruk tiba-tiba keluar. Orang ramai mulai takut. Tetapi ada juga yang sengal membeli pada waktu ini. Sentimen dunia, pasaran semasa tidak bagus untuk kaunter ini. Tiba-tiba company ini kena samanla. Nenek director meninggal la. Macam-macam berita akan keluar. Memaksa orang ramai menjual secara panik. Maka harga akan jatuh menjunam. Bahkan lebih laju dari kenaikan. Harga jatuh ke longkang.

Maka smart money / sindiket akan mengutip harga longkang. Hanya mereka tahu berapa harga longkang yang patut dikutip. Dan mereka merancang untuk memulakan fasa pengumpulan semula. Jeng jeng jeng !!!! Apabila segala kisah tentang company ini telah dilupakan.

Begitulah asas kitaran saham. Ianya sangat jijik dan meloyakan. Akan tetapi, ianya jual beli yang sah. Bahkan patuh syariah. Hakikatnya jika semua untung siapa yang rugi? Jika semua rugi siapa yang untung? Ada orang untung, tetapi di sana wajib ada orang yang rugi. Ia adalah Zero Sum Game.

Begitulah kitaran saham, dari perspektif pemahaman saya yang setahun jagung.

Saya menulis berkongsi maklumat di sini, agar ramai yang ingin terjun ke pasaran saham tahu perkara asas ini. Fasa kitaran saham ini wajib diketahui secara detail agar jiwa dan psikologi kental dengan ilmu yang diyakini. Apabila masuk pasaran saham dengan ilmu, maka risiko kerugian dapat dikurangkan. Potensi keuntungan dapat ditingkatkan.

Sebenarnya, untuk mengetahui secara detail kitaran saham ini, boleh lah membaca buku Volume Price Analysis – Anna Coulling.

Untuk disesuaikan dengan market malaysia, perlulah dicari tok guru / sifu yang bermazhabkan teori ini. Ada juga tok guru saham yang tak percaya teori ini. Terpulanglah pada kepercayaan masing. Yang penting ialah ABU – Asalkan Buat Untung!.

Insya Allah, jika ada masa saya akan tulis secara terperinci setiap kitaran saham ini.

Chart Pattern

Saya pernah tertanya-tanya, apakah indicator paling laju dalam ilmu Technical Analysis? Sebolehnya saya mahu menjumpai indikator yang boleh memberitahu secara tepat apa akan berlaku di masa hadapan hehehe. Sudah pasti ia adalah mustahil untuk menemui indikator tersebut.

Sudah nama pun indicator, ia hanya indicate – memberitahu keadaan tertentu.

Dalam ilmu technical analysis. Berdasarkan kefahaman saya yang tidak bertauliah ini, terdapat 2 kategori indicator iaitu Leading dan Lagging. Ada juga yang mengklasifikasikan sebagai Primary dan Secondary. Apa pun, kita sudah pasti mahu yang cepat dan tepat!.

Lagging Indicator paling terkenal ialah Moving Average. Contoh lain indicator ialah ADX, Bollinger Band. Manakala Leading indicator ialah Stochastic, MACD, CCI, RSI. TETAPI ramai yang baru belajar terlupa, bahawa indicator yang sering diabaikan ialah Support and Resistance, Japanese Candlestick & Chart Pattern.

Ilmu Japanese Candlestick

Sewaktu saya mula-mula belajar Technical Analysis, saya tidak suka akan Japanese Candlestick, ianya mengelirukan. Tidak menarik dan sukar untuk dipraktikkan. Ada yang membuat kelas ribu-raban hanya menceritakan secara teori tentang ilmu Candlestick dan tidak disesuaikan pattern-pattern tertentu dengan market Bursa Malaysia.

Setelah rugi, saya mula belajar melalui google dan Youtube. Sehinggalah seorang kawan saya menyebut tentang Secret of Samurai Trader oleh Steve Nison. Saya telah berjaya mendapatkan DVD candlestick. Setelah menonton sehingga sakit kepala, barulah saya tahu, bahawa Steve Nison adalah pengasas ilmu japanese candlestick di barat. Boleh dikatakan segala macam buku dan ilmu candlestick di google & youtube adalah berasal dari rujukan Steve Nison.

Setelah belajar selama 2 minggu melalui DVD beliau, rupa-rupanya ilmu candlestick tidaklah susah. Kita hanya perlu memahami psikologi pergerakan harga melalu setiap batang candlestick. Paling penting ialah memerhati pattern reversal apabila harga menghampiri support atau resistance.

Pattern-pattern candlestick tidak perlu diingat namanya. Cuma perlu faham dan ingat rupa bentuknya jika ia muncul.

Jika diperhatikan, kaunter gadang carta mingguan

9261.MY

 

Petanda kenaikan Bullish engulfing pattern sudah pun muncul pada carta minggu iaitu lebih awal jika dibandingkan dengan lagging indicator Moving Average dan MACD. Iaitu lebih awal 3-5 candle (3-5 minggu lebih awal, atau 3-5 hari lebih awal, bergantung pada carta dilihat). Oleh itu, jika ingin entry pada harga lebih awal, sudah pasti Candlestick adalah indicator terbaik.

Tips untuk candlestick

  1. Download candlestick cheat sheet kat google. Download ebook percuma berlambak-lambak kat google.
  2. Pelajari semua jenis pattern yang ada dalam cheat sheet, kalau boleh print dan lekatkan kat dinding.
  3. Atau beli buku candlestik ditulis of Fred KH Tam yang fokus pada market bursa Malaysia.
  4. Tidak perlu pergi kelas berharga ribu raban hanya sekadar mahu mengenali pattern candlestick.
  5. Perhatikan reversal candlestick pattern apabila harga mendekati paras support dan resistance.
  6. Kenalpasti continuation pattern agar tidak terkeluar dari trading terlalu awal. Atau cut loss terlalu awal. Nanti menyesal pula.

Naked Trading

Sekarang famous pulak, naked trading. Bukan trading sambil telanjang, tapi trading tanpa menggunakan indicator yang terlalu banyak. Tetapi asasnya, candlestick adalah wajib, volume dan Support and Resistance (S&R). Ada juga mazhab Supply and Demand (S&D).

Sepanjang pencarian saya, 3 perkara wajib diketahui jika mahu entry lebih awal iaitu ilmu Japanese Candlestick, Ilmu Chart Pattern (Western Leading Indicator), dan Ilmu Support and Resistance / Supply and Demand Area.

Jika sudah mahir 3 ilmu wajib, maka boleh lah ‘telanjangkan’ carta dan analisis menjadi KISS – Keep It Simple Stupid.

Tiada ilmu baharu dalam dunia trading saham. Ilmu teknikal analisis adalah sama sejak dahulu kala lagi. Cuma kaedah ilmu itu ibarat naik kereta lembu atau kereta ferrari. Jika guna ilmu leading indicator (Candlestick, S&R, Volume, Chart Pattern) maka akan lebih laju berbanding guna indicator lagging. Ilmu teknikal analisis juga perlu disesuaikan dengan market tertentu. Untuk bursa Malaysia, maka carilah tok guru / sifu-sifu yang trading guna 3 jenis leading indicator ini dan telah konsisten kejayaannya.

Jika ada orang mendakwa ini ilmu / setup baru dalam dunia saham. Maka saya percaya, ia hanya rebranding kaedah-kaedah lama. Dan juga ianya baru kerana dia baru tahu, sedangkan seluruh dunia dah tahu.

Pernah terbaca di internet “you have to combine with other indicator” – lebih kurang maksudnya begini, jika kita baca pasal indicator MACD, akhirnya konklusi terakhir disuruh gabung dengan indicator lain untuk buat decision entry / exit. Ini menunjukkan indicator MACD sahaja semata-mata sememangnya tidak cukup untuk membuat keputusan.

Jika dibaca di www.babypips.com. Kadar kejayaan indicator MACD adalah rendah. Paling tinggi kejayaan pun ialah indicator Ichimoku Kinko Hyo. Itupun kerana indicator ini adalah gabungan 5-in-1 indicator.  Waahh!! Indicator apa pulak ni? Nanti akan ada orang buat kelas ribu raban hanya duk cerita indicator ini sahaja secara teori semata-mata.

Kesimpulannya 3 Jenis Leading indicator wajib tahu ialah

  1. Japanese Candlestick (Price)
  2. Volume (to validate the price)
  3. Chart Pattern (Western Most Leading Indicator – sebab western ni guna bar OHLC, jadi senjata terhebat mereka chart pattern).
  4. Support and Resistance

Semoga bermanfaat.

Belajar Dari Jam Dinding

 

Sejak dahulu lagi saya tertanya-tanya “Apakah Time Frame yang paling sesuai untuk Teknikal Analisis???”

Dalam mempelajari ilmu teknikal analisis. Akan terdapat banyak timeframe dalam platform iaitu monthly, weekly, daily, hourly, 30-min, 15-min, 5-min, 1-min dan tick chart.

Untuk saham equity bursa Malaysia. Saya melihat pada timeframe daily barulah candlestick cukup sifat dan boleh ditafsirkan dengan baik. Jika timeframe lebih rendah iaitu hourly , 30-minit dan kebawah, maka indicator-indicator tertentu terpaksa digunakan kerana candlestick tidak cukup sifat.

Akan tetapi, menggunakan banyak timeframe berbeza-beza adalah sangat mengelirukan.

Contohnya kaunter Gadang, menggunakan indicator Ichimoku Kinko Hyo (indikator kegemaran saya).

Jika diperhatikan pada Timeframe Monthly (Carta Bulanan)

9261.MY 1 month

Pada carta bulanan, ia menunjukkan kaunter ini masih lagi berada pada fasa menaik (uptrend). Akan tetapi telah berlaku major pullback kerana harga telah jatuh dan melintasi garisan Tenkan Sen dan Kijun Sen. Jika harga masih kekal dibawah garisan ini, maka ia kemungkinan akan terus jatuh dan melintasi awan Kumo dibawahnya sehingga menembusinya. Jika awan tersebut tembus, maka tibalah masa fasa downtrend. Harga akan terus ke longkang.

Akan tetapi, jika diperhatikan pada Timeframe Weekly (Carta Mingguan)

9261.MY weekly

Kaunter ini telah pun jatuh ke fasa bearish (downtrend) dan telah berusaha untuk naik. Harga berada dalam awan, ini bermakna harga akan mendatar dalam julat tertentu untuk beberapa minggu lagi. Jika ia menembusi awan, maka fasa uptrend telah berlaku.

Jika diperhatikan pada Timeframe Daily (Carta Harian)

9261.MY daily

Harga telahpun menembusi awan, ia dinamakan Kumo Breakout. Dan harga telah melakukan kenaikan dalam bentuk zig zag. Paras sokongan terdekat adalah garisan hijau dan seterusnya garisan pink.

 

Jika diperhatikan pada Timeframe Hourly (Carta 60-minit)

9261.MY hourly

Bagi peminat timeframe yang lebih kecil, Harga kaunter ini sebenarnya telah meroket dan telah melakukan pullback berulang kali. Naik turun beberapa kali. Entry price pada timeframe ini lebih awal berbanding timeframe daily dan ke atas.

Ini adalah interpretasi saya secara ringkas. Sepatutnya saya sebutkan dengan lebih tepat, paras sokongan, rintangan (resistance). Untuk memudahkan faham konsep timeframe, jadi saya ringkaskan penerangan.

Oleh itu, jika diperhatikan, fasa uptrend, sideway dan downtrend adalah berbeza-beza mengikut timeframe. Perubahan paling awal sudah pasti berlaku pada timeframe yang lebih kecil. Kerana ia bergerak paling pantas.

Akan tetapi, jika kita masuk trading saham, timeframe manakah paling sesuai untuk kita?

Jika kita bukan fulltime trader, maka timeframe harian (daily) adalah paling sesuai kerana tidak terlalu agresif dan tidak memerlukan komitmen yang teruk.

Persoalannya berapakah timeframe yang perlu diperhatikan sekaligus?

Untuk kelas terakhir saya, Tuan USB aka Kamarudin hanya menggunakan timeframe daily (harian) dan weekly sahaja. Weekly hanya untuk melihat samaada trend masih dalam fasa uptrend atau tidak. Tetapi kebanyakan entry dibuat adalah pada timeframe daily.

Tidak dinafikan, terdapat group-group lain seperti Zamsaham menggunakan kaedah teknik STORSI menggunakan timeframe hourly (60-min) untuk entry dengan lebih tepat. Terdapat juga group TAVA menggunakan setup timeframe 30-min sahaja untuk trading.

Akhirnya ia terserah pada diri kita, samaada mahu agresif. Jika masih newbie dengan pasaran saham, sebaiknya belajarlah untuk timeframe yang lebih perlahan iaitu daily. Ibarat belajar menunggang motor, mana mungkin terus hentam merempit dengan kelajuan tinggi jika kelajuan perlahan pun sentiasa terbalik dan terbabas kemalangan. Jika sudah mahir dengan kelajuan perlahan, maka boleh laa difikirkan mahu upgrade kepada timeframe lebih laju. Tetapi pastikan jantung diganti dengan jantung Titanium supaya dapat bertahan dengan tekanan perasaan.

Saya lebih selesa dengan timeframe daily. Timeframe weekly saya lihat sekali sekala sahaja. Ia lebih menenangkan hati dan boleh fokus pada kerja harian saya.

P/S: saya sudah membeli kaunter ini pada harga RM1.38, akan tetapi kerana masih tidak mahir lagi dan tidak tahan tekanan emosi, saya jual pada harga 1.44 sen. Akhirnya tiba-tiba ia naik mendadak. Nanti saya akan jelaskan dalam post seterusnya bagaimana sindiket / smart money menggoncang keyakinan pelabur agar menjual awal.

Semoga bermanfaat.

traders

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang kelas terakhir yang saya telah hadiri.

Saya telah memohon izin sifu tersebut untuk meletakkan nombor contact beliau di sini jika sesiapa berminat untuk menghadiri kelasnya. Beliau adalah Encik Kamarudin, dari Kota Kinabalu Sabah, boleh dihubungi melalui telegram dengan username: @USAHAWANSAHAMBURSA – 014-8603724

KENALI APAKAH JENIS TRADER YANG ANDA MAHU?

Kalau lihat dalam website investopedia, ia akan mengklasifikasikan trader kepada beberapa jenis. Setelah dibaca, maka kepeningan akan berlaku. Ya, secara formal, banyak istilah trader seperti swing, day trader, scalper, position dan long term.

Oleh kerana saya bukanlah pemegang sijil rasmi MSTA seumpamanya, maka saya tidaklah tahu bahkan jahil dengan istilah-istilah yang hebat ini.

Apa pun, menurut kefahaman saya, jenis-jenis trader yang saya perhatikan ialah:

  1. Intraday : Jenis trader macam ni adalah jenis yang nak untung cepat, modal besar. Dapat kenaikan 1-2 bid mereka akan lari. Fokus utama mereka ialah penny stocks yang harga bawah 70 sen. Ada juga yang beli harga atas 70 sen. Biasanya jenis macam ni jarang boleh buat untung besar. Mereka ni fokus mahu dapatkan income secara harian. Akan tetapi, kebanyakan sifu-sifu saham TIDAK galakkan intraday trading, kerana ia sangat berisiko. Jika anda menggunakan margin (duit hutang) maka bersedialah untuk hangus duit pelaburan sekelip mata. Mungkin benarlah kata-kata orang tua dulu, ada yang gila main saham. Kebanyakan intraday trader adalah full time trader dan mata mereka melekat 3 inci kat laptop skrin.
  2. Kaki Kontra: Kaki kontra juga adalah fast in and out (FIFO) trader. Mereka beli dan jual sebelum berlaku force selling, bergantung pada investment bank. Mereka juga kerap guna margin, maka mengikut kata zamsaham, kaki kontra ni cepat bungkus. Mengikut sifu terakhir saya, kaki kontra ni merempit kat pasaran saham. Biasanya banyak berlaku eksiden dan cedera parah.
  3. Swing Trader: Trader jenis ni membeli mengikut trend ( atau nama glamer trend follower). Mereka beli apabila permulaan trend, beli pada pullback / retracement / breakout dan menjual apabila trend berakhir. Mereka beli dan simpan untuk jangka masa tertentu. Tetapi swing trader tak simpan sampai berbulan-bulan. Biasanya dalam 2 minggu hingga sebulan sahaja. Untung mereka sebenarnya lebih besar dan kurang letih kerjanya. Jenis trader ini sesuai untuk mereka yang bekerja yang tidak sibuk. 
  4. Investor: Trader jenis ni beli dan simpan buat bodoh. Biasanya anak murid zamsaham mengamalkan kaedah ini. Beli permulaan trend dan jual akhir trend. Apa yang paling bahaya ialah jika tidak mengamalkan emergency exit / Stop loss / Cut loss policy. Jika harga pecah support maka ramai masih simpan sehingga harga sudah jatuh sampai ke longkang. Ada juga yang jenis tidak tahu nak ambil untung (Take Profit), dan masih menunggu mengharap sampai untung 100%. Jika terbeli harga lantai tidak mengapa, tetapi jika terbeli harga tengah-tengah, maka parah jawabnya. Jenis trader ini sesuai untuk kebanyakan orang bekerja yang sibuk tetapi ada hati nak main saham.

Kenapa perlu tahu jenis trader saham? Apa pentingnya?

Tidak dinafikan, semua yang minat dengan saham, bercita-cita nak jadi FTT (full time trader). Oleh itu, ramai yang suka masuk keluar pasaran saham dengan kerap setiap hari. Ini sebenarnya hanya menguntungkan remiser. Remiser tersenyum apabila setiap hari komisen masuk ke dalam akaun mereka tanpa perlu bekerja keras.

Hakikatnya, kaki rempit di pasaran saham adalah mereka yang banyak terkorban. Terlalu kerap masuk keluar pasaran saham akan menyebabkan ketagihan. Sedangkan market bukannya sentiasa sihat. Ada hari dan bulan ia bercuti dan melakukan correction minor atau major. Jika berlaku correction major dan menjadi bearish, maka kebanyakan pelabur asing dan institusi keluar dari pasaran. Maka pasaran tidak bertenaga. Banyak kaunter jatuh tersungkur. Pada waktu inilah jerung-jerung sindiket akan menunggu harga jatuh ke lantai untuk dikutip. Akan Sedangkan ramai orang awam terkorban kerana mereka membeli harga pucuk. Itulah hakikat pasaran saham, anda untung, sudah pasti di sana ada yang rugi. Yang pasti jerung sindiket tidak pernah rugi, mereka sememangnya sentiasa untung. Orang awam (retailer investor) adalah lauk pauk jerung ini. Oleh itu, adalah penting untuk memahami kitaran saham yang dinyatakan dalam buku Anna Coulling – Volume Price Analysis yang saya sebut dalam post sebelum ini.

Oleh itu, sebelum memilih kelas, pastikan anda tahu apakah jenis sifu / tok guru saham tersebut. Jika zamsaham terkenal dengan jenis investor trader, maka jangan pula pergi belajar dengan dia untuk menjadi scalper trader.

Guru terakhir saya ialah swing trader / momentum trader. Beliau membeli kaunter yang mahal-mahal minimum 0.70 sen ke atas. Kaunter yang dibeli hanyalah kaunter bertenaga untuk naik dan mempunyai volume yang cukup kuat. Secara peribadi, saya merasakan kaedah beliau adalah sesuai untuk mereka yang bekerja tetapi tidak sibuk.

Saya telah meletakkan azam dan janji pada diri, NO KONTRA, NO SCALPER, NO INTRADAY, Minimum Capital. Expand dahulu modal yang ada sehingga mahir. Untuk berjaya bukannya overnight process, tetapi long term learning. Bab kata kawan saya ” Ilmu teknikal saham ini luas, ibarat lautan lagi menyelam lagi banyak perkara yang kita tidak ketahui sebenarnya”.

Sekian.

download

Setelah menghadiri beberapa kelas saham, dah 4 kelas saham dihadiri.

Kelas terakhir menjawab persoalan saya iaitu bagaimana nak pilih kaunter-kaunter yang berpotensi akan naik?

Sebelum ini, banyak bergantung pada group facebook, ada juga kongsi subscribe buy call oleh group-group tertentu.

Akan tetapi, secara ikhlas saya katakan, buy call yang terlalu banyak adalah tidak berkesan. Buang masa dan buang duit.

Apabila market KLCI merah, banyak kaunter-kaunter jatuh harga, akhinya melanggar cut loss punya harga.

Jika nak hold, bilakah ia akan naik?

Jika jual, sudah pasti realized loss akan berlaku.

Oleh kerana sentimen di Greece dan juga sentimen 1MDB hangat diperkatakan, saya tidak lagi memegang sebarang kaunter saham.

Agak pelik dengan pasaran saham di Malaysia, naiknya sedikit, tapi turunnya banyak dan laju.

Berbalik pada isu : bagaimana nak pilih kaunter saham. 

Jarang kelas mengajarnya dengan baik.

Kebanyakan anak murid mana-mana mazhab saham, sifu-sifu, otai-otai dan traders bergantung pada buy call oleh group.

Ada yang memandai pilih kaunter ikut-ikutan berita sensasi yang keluar.

Ada yang mengatakan ikut sentimen. Sentimen? Terlalu subjektif.

Akhirnya saya rasa analysis paralysis. Letih dengan information overloaded.

Kenapa pentingnya pandai memilih kaunter?

Kerana adalah mustahil bagi kita untuk menyemak satu persatu ratusan kaunter di bursa malaysia.

Ia ibarat “memberi mata kail dan pancing lebih baik dari memberi ikan”.

Semua sifu mengatakan ibarat ini, tetapi hakikatnya ikan-ikan diberi. Tidak diajar macam mana nak cari mata kail dan pancing.

Setakat apa yang saya pelajari (tidak semestinya bagus):

  1. Pemilihan kaunter secara percuma boleh di lihat di http://www.tradesignum.com/screener. Pilih kategori bullish dan pilihlah mengikut kesukaan hati. Kemudian buat analisis sendiri mengikut kemahiran teknikal analysis yang dipelajari dengan harga beribu-ribu.
  2. Subscribe Bursa Station, pilih kaunter-kaunter yang top gainers (apabila KLCI merah) + new 52 weeks high (apabila KLCI hijau). Tetapi terdapat beberapa kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi agar ia berpotensi naik  (ia adalah informasi rahsia kelas terakhir saya).

Kursus terakhir yang saya hadiri antara paling murah, 2 hari group coaching, live trading dan termasuk harga subscription bursa station selama 6 bulan.

Saya rasa puas hati dengan kelas terakhir, kerana ia menjawab persoalan utama saya “bagaimana nak pilih kaunter?”. Kerana ia menjadikan saya lebih yakin untuk berdikari dan tidak mengharap buy call / sell call dari mana-mana group.

Saya dengan ini membuat keputusan tidak akan menghadiri mana-mana kelas saham selepas ini. Kerana ilmu teknikal analisis yang diajar sebenarnya sama sahaja. Cuma yang berbeza ialah caj beribu-raban.

Cakap ajolah setup rahsia sekalipun, last-last duk guna indicator-indicator yang sama seperti MACD, Stochastic, support and resistance. Tiada benda baru dalam setup trading saham sebenarnya. Cuma yang baru ialah pengalaman yang dijadikan lesson membolehkan anak murid konsisten profit.

Nasihat saya, bagi yang nak masuk kelas saham mana-mana sekalipun, jangan lupa tanya sifu saham secara detail “macam mana saya nak pilih kaunter-kaunter saham yang berpotensi”. Kalau boleh yang akan naik dengan cepat, tak perlu tunggu bertahun-tahun. Pastikan sifu tu terangkan, at least berapa lama jangkaan nak naik, jangka masa perlu diperhatikan dan apa perlu dibuat jika melebihi tempoh tertentu.

Insya Allah di masa hadapan, saya ingin kongsikan apa yang saya pelajari tentang ilmu teknikal analisis disini secara percuma.

Tetapi ia tidak bermakna tidak perlu hadir sebarang kelas. Perlu juga hadir kelas, cuma pastikan pilih kelas yang paling murah, tetapi ilmu disampaikan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Sekian.

 

Buku yang menerangkan modus operandi sindiket / smart money / market maker.

Buku yang menerangkan modus operandi sindiket / smart money / market maker.

Setelah beberapa bulan saya bergiat dalam pasaran saham, saya mula menjual saham-saham. Clearkan portofolio. Tidak dinafikan terdapat sedikit untung dan juga rugi. Saya mula ragu-ragu. Adakah ilmu teknikal analisis yang dipelajari di dalam kursus itu sahih dan berkesan?

Saya juga mula was-was, adakah benar sifu-sifu saham membuat untung hanya dari trading mereka atau semata-mata kerana bayaran ribuan ringgit kelas yang dianjurkan?

Saya juga pelik, kenapa ramai tidak mahu berkongsi ilmu teknikal analisis secara terbuka, bahkan mahu bayaran yang amat mahal baru diajar.

Ada yang mengenakan caj yang sangat mahal hanya sekadar ilmu asas candlestick. Yang tidak langsung berkesan pada kaunter-kaunter yang tidak cukup volume.

Tidak ramai sifu-sifu saham yang mampu membuat live trading. Tidak ramai juga antara mereka yang sanggup menunjukkan bukti konsisten untung dalam akaun mereka.

Pelik dan ajaib, testimoni 100% untung sahaja ditunjukkan dalam promosi kelas-kelas mereka.

Dimanakah mereka yang telah rugi?

Jika untung, sudah pasti testimoni dipinta, jika rugi, maka anak murid akan disalahkan.

Dimanakah responsible teaching?

Benarkah ilmu yang mereka ajarkan?

Saya mengambil keputusan untuk belajar sendiri ilmu-ilmu teknikal analisis.

Saya merasakan indicator-indicator dalam ilmu teknikal analisis ini banyak yang tidak tepat, lembab, dan false alarm.

Saya mulai sedar, candlestick dan volume ialah indicator paling leading dan tepat!

Terdapat beberapa persoalan yang saya utarakan untuk diri saya, kebanyakan persoalan itu telah terjawab dengan membaca buku seperti dalam gambar di atas. Buku tersebut boleh dibeli di www.amazon.com. Atau jika ingin tahu mendapatkan softcopy secara percuma, boleh lah email kepada saya.

Antara persoalan-persoalan yang kita perlu jawab apabila ingin melabur dipasaran bursa malaysia ialah:

  1. Disaat kenaikan harga saham, siapakah paling banyak menjual dan siapakah paling banyak membeli?
  2. Sudah pasti untuk membuat untung, penjual perlu menjual pada harga lebih tinggi dari harga belian mereka.
  3. Tetapi siapakah yang membeli?
  4. Siapakah “market maker/ smart money / sindiket”?
  5. Disaat kejatuhan teruk harga saham, siapakah paling banyak membeli dari menjual?
  6. Tetapi kenapakah mereka begitu yakin membeli?
  7. Di aras harga manakah mereka menadah dan membeli?
  8. Kenapakah mereka begitu yakin membeli?
  9. Siapakah pemangsa dan mangsa dalam pasaran saham Bursa Malaysia?
  10. Kenapakah ilmu teknikal analisis tidak berkesan dalam kebanyakan kaunter?
  11. Kenapakah apabila kita panik menjual, tiba-tiba harga akan naik selang tidak berapa lama
  12. Kenapakah apabila kita gila membeli, tiba-tiba harga terus jatuh menjunam?
  13. Berapakah harga yang dikira murah? Yang murah sudah pasti boleh menjadi lebih murah
  14. Berapakah harga yang dikira mahal? Yang mahal sudah pasti boleh menjadi lebih mahal
  15. Apakah “indicator” yang paling tepat untuk mengetahui “sindiket / smart money / market maker” menjual dan membeli?
  16. Bagaimanakah modus operandi mereka?
  17. Jika semua membeli, sudah pasti pasaran tidak bergerak
  18. Jika semua menjual, sudah pasti pasaran tidak bergerak
  19. Siapakah yang boleh melihat dari dua aspek?
  20. Kenapakah ilmu TA dan indicator-indicator lembab dicipta? Siapakah pencipta? Kenapa terlalu banyak false alarm apabila digunakan?
  21. Bagaimanakah kita hendak mencapai tahap “ilmu yakin”, iaitu apabila kita membeli harga PASTI akan naik? dan apabila kita menjual harga tertinggi telah dicapai dan pasti akan turun selepas itu?
  22. Kenapakah saham naik? Adakah kerana sekadar syarikat membuat keuntungan?
  23. Kenapakah syarikat yang sudah lama rugi, tiba-tiba hanya untung suku tahunan, terus melonjak naik? Adakah kerana sentimen emosi?
  24. Kenapakah syarikat yang sangat kukuh, memberi dividen tetapi harga saham jatuh teruk?
  25. Siapakah yang menjatuhkan dan menaikkan harga?
  26. Kenapakah berita baik yang keluar tidak memberikan kenaikan yang tinggi kepada saham?
  27. Kenapakah berita buruk keluar, harga saham terus jatuh, sedangkan aliran tunai syarikat belum sempat terjejas?
  28. Jika satu syarikat mempunyai 1 juta unit saham, apakah akan berlaku jika semua unit-unit saham tersebut habis terjual? atau habis dibeli?
  29. Siapakah yang menentukan “demand and supply” sentiasa mencukupi bagi unit-unit saham?
  30. Kenapakah kerap kali “buy call” oleh investment bank disusuli oleh kejatuhan harga? Apakah motif mereka mengeluarkan buy call? Apakah motif sell call mereka?
  31. Sejauh manakah kebenaran “buy on rumours, sell on news” dan apakah ia boleh dipraktikkan?

Banyak lagi persoalan yang berlegar difikiran saya. Kini majoriti persoalan telah terjawab setelah membaca buku di atas.

Cuma masalah utama ialah: bagaimanakah ingin mempraktikkan konsep yang diperkenalkan dalam buku tersebut dalam konteks pasaran saham di Malaysia?