Kesilapan di awal pelaburan

Dahulu saya berangan-angan untuk mendapat pulangan yang tak masuk akal dalam jual beli saham. Target 100% return dalam 6 bulan untuk 1 kaunter yang dibeli. Ataupun untuk semua kaunter yang dibeli.

Memang ada kaunter-kaunter yang memberikan pulangan yang tinggi seperti IFCAMSC. Buy call dibuat oleh group X pada seawal 0.095. Jika hold dan sabar selama setahun lebih, mahunya dapat pulangan 1000%. Saya untung kaunter tersebut sebanyak 11%. Tetapi oleh kerana tidak tahu target price, tidak tahu ilmu cut loss, tidak tahu ilmu trailing profit, tidak tahu kat mana support dan resistance saya jual awal. Jika tahu sekalipun, saya tidak hiraukan. Oleh itu saya hanya untung 11% sahaja. Tu cerita lama, selebihnya selepas itu saya rugi. Oleh itu saya berehat sekejap dan belajar semula tentang ilmu saham. Sekarang market banyak correction, lemau. Maka sukar terpijak kaunter emas seperti ini. Lagipun beratus-ratus kaunter di Bursa Malaysia, bukan senang nak cari kaunter-kaunter emas seperti ini. Hanya otai-otai dan sifu-sifu sahaja yang boleh tunjuk kaunter tersebut. Hihihihi.

Kuasa compounding 5%

Sewaktu berehat dari trading, saya sentiasa meyambung pembelajaran saya melalui youtube, ebook-ebook yang ditulis oleh Saadnudin Syawal bertajuk Saham itu Seni Duit dan ebook Alwi Adam.

Di sini saya ingin kongsikan antara tips paling saya sukai dari ebook Saadnudin Syawal.

Sebenarnya tips tersebut dinyatakan oleh beliau diambil dari sumber website ini.

Daripada tips tersebut, saya mula muhasabah diri saya, apakah matlamat saya jual beli saham?

Adakah inginkan duit harian? duit bulanan?

Adakah ingin menjadi full time trader dengan duit berkepok-kepok?

Apakah matlamat kewangan? Apakah yang saya ingin capai sebenarnya?

Adakah saya ingin selamanya bergiat dalam saham? Sedangkan trading itu memenatkan.

Perlukah kita meletakkan modal yang besar untuk jual beli saham?

Saya terdiam…..

Di dalam ebook tersebut, saya ringkaskan seperti dalam gambar dibawah:

Kuasa compounding 52 minggu tahun pertama

Kuasa compounding tahun pertama, perkataan minggu boleh digantikan dengan Level, macam main game.

 

Kuasa compounding tahun kedua

Kuasa compounding tahun kedua, perkataan minggu boleh digantikan dengan Level, macam main game.

Bermula dengan modal yang kecil

Sebenarnya kita tidak perlu bermula dengan modal yang sangat besar dalam saham. Jual beli saham sangat berisiko, ia mencabar emosi dan ilmu yang kita ada. Tidak cukup bergantung dengan “buy call” atau “sell call”. Kadangkala buy call ajo yang bergegar-gegar. Sell call atau cut loss call tak pula dibuat. Tiada siapa pun sebenarnya kisah kalau kita rugi.

Dari gambar ini, modal sebenarnya boleh dikecilkan seperti RM5000. Tetapi saya tidak membuat kiraan untuk RM5000. Tuan puan boleh buat kiraan menggunakan microsoft excel. Boleh lihat youtube cara kira compounding interest.

Dari modal RM10k, untuk mencapai 5% seminggu adalah perkara yang logik dan boleh dicapai oleh kebanyakan trader.

Saya sudah bertanya pendapat dari seorang pengikut TAVA, beliau berkata ianya boleh dicapai dan tidaklah terlalu susah. Cuma beliau ialah trader fulltime, jadi senang nak monitor portfolio. Tapi saya rasa tidak susah untuk monitor kenaikan 5%, boleh guna apps smartphone percuma iaitu KLSE screener. Kat situ boleh setkan alert sampai 15 kaunter.

Ok, setelah mencapai 5% seminggu, duit untung JANGAN sesekali dikeluarkan, tetapi ditambah kepada nilai pokok asal modal dan dilaburkan. Perkara ini diulangi sehingga mencapai 104 kali winning trade.

Ada orang berkata, sudah pasti ada losing trade. Ya betul, jika losing trade, maka tandakan minggu (level) ke berapa kita terpaksa turun semula. Contohnya trade pertama kali untung 5%, maka kita sudah naik level minggu ke-2. Sehinggalah 10 trade, kita rugi 2 trade, maka undur semula la. Yang penting kita tahu kat minggu ke berapa kita berada berdasarkan nilai modal yang ada dalam akaun. Tidak semestinya 2 tahun mesti tercapai, ianya mungkin lewat sedikit dan mungkin lebih cepat, bergantung pada rezeki masing-masing yang ditentukan oleh Allah swt. Jika tercapai 60% dari nilai target pun sudah cukup bagus.

Mungkin saya perlu tukarkan perkataan “MINGGU” kepada “LEVEL”. Supaya tiada timeframe terlibat.

Bagaimana dengan money management, contohnya jika terkumpul RM100k?

Itu saya belum fikirkan lagi, jika sudah tercapai sampai tahap tu, saya rasa jawapan pasti ada nanti. Hahahaha

Jika saya berjaya gandakan RM10k kepada RM100k dalam masa setahun dengan prestasi 52 compounding winning trades dan good Risk Reward Ratio. Maka apa perlunya saya laburkan modal yang besar!!! Bahkan bermula dengan modal RM5k sudah cukup bagus.

Teringat kata-kata Chef Li – Biar kecil asalkan berhasil, jangan besar tetapi akhirnya bubar.

Jual beli saham ini adalah bisnes / perniagaan. Hakikat untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah modal besar, tetapi bermula apa yang ada, bab kata Puan Ainon Mohd “lean startup”. Ataupun modal seminimum mungkin. Jika berjaya gandakan, kembangkan modal tersebut, barulah dikira otai dan berjaya.

Meletakkan modal seminimum mungkin adalah wajib, jika loss sekalipun, maka tekanan emosi juga minimum. Bahkan boleh bangkit berkali-kali. Lagipun saya tidak pernah dengar lagi pelabur saham total loss 100% dari modal asal. Paling bengap dan teruk sekalipun mungkin 70%. Itupun kerana mereka tak pakai ilmu cut loss. Jika pakai ilmu cut loss, maka maksimum rugi hanya sekitar 3-5% sahaja. Tak caya? Belajarlah ilmu cut loss. Belajarlah ilmu cut loss, belajarlah ilmu cut loss. Saya ulang 3x tu!!.

Tapi kalau loss RM50 hinggit pun dan menangis sambil tekup bantal kat muka, baik tak payah main saham. Baik main kutu ajolah.

Tapi kalau loss 50% dari modal masih senyum, harap tinggal kat tanjung rambutan.

Kesimpulan:

  1. Kuasa compounding adalah sangat besar potensinya berbanding pulangan tanpa compounding.
  2. Bermulalah dengan modal yang kecil, gandakan dan kembangkan. Sepanjang proses untung rugi tersebut, kita pasti akan belajar sesuatu yang sangat bermakna
  3.  Limit kan loss pada 3%-4%, dan jagalah RRR dengan baik.
  4. Letakkan target yang rasional masuk akal.
  5. Tidak perlu mendapat untung giler-giler untuk berjaya, cukuplah untung 5% seminggu tetapi konsisten untuk berakhir dengan untung yang lebih besar.

Bermula Jun 2016 ini, saya berazam untuk mengikuti matlamat seperti dalam jadual di atas.

Kaunter untung di bulan Jun 2016: Dufu

Dufu: nama tak best, tapi cantik carta nya.

Dufu: nama tak best, tapi cantik carta nya.

Berikut adalah kaunter yang saya beli pada 26 Mei 2016 dan jual pada 3 Jun 2016. Untung hanya 5.5% sahaja dalam masa 7 hari bekerja. Cukuplah tu. Target 5% tercapai, 0.5% lagi tu harapnya boleh buat cover kos brokerage. Tapi ni modal sedikit, hari ini baru deposit duit. Insya Allah bulan Jun ni start dengan modal seperti yang dirancang dalam jadual di atas.

Hari ini saya sudah beli kaunter baru pula, harapnya minggu depan mencapai 5% dan ke atas. Kalau tercapai, boleh cabut lari cepat-cepat hahahaha. Saya sudah kira siap-siap support. Beli di support, risiko rugi 3.5%, potensi untung ialah 5.2% (TP1), dan 13.8% (TP2). Harapnya ada rezeki di minggu hadapan. Kalau rugi, tak naik level minggu la nampaknya. Huhuhuhu.

Semoga bermanfaat.

Penafian: Segala idea di atas adalah dari pembacaan saya, jika ianya bercanggah dengan pendapat sifu-sifu atau otai-otai. Maka ikutilah pendapat mereka. Abaikan pendapat saya ini. Lagipun bukan saya yang duk deposit duit dalam akaun tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga tidak menjamin pulangan seperti di atas. Ianya adalah illustrasi dalam menetapkan matlamat. Sudah pasti saya tersadung & terhantuk beberapa kali dalam mencapai matlamat di atas. Saya juga tidak membuat buy call, saya tidak bertanggungjawab jika tuan puan terbeli kaunter penny cap ayam yang menyebabkan kerugian walaupun harga jatuh satu tick sahaja.

6 Thoughts on “Matlamat pelaburan saham? Kuasa compounding 5%

  1. Ahmad Kamarulzaman Hamid on January 14, 2018 at 10:51 am said:

    Assalamualaikum tuan.

    Suka betul saya baca blog tuan ni, sangat bermanfaat.
    Soalan untuk keuntungan 5% setiap minggu ni tuan, adakah ia sentiasa relevan?
    Maksud saya, perlukah dikaitkan dengan faktor semasa seperti pra-PRU, pasca PRU dan sebagainya?

    Dan adakah kaedah compouding 5% ini berkesan tuan?

    • Agak sukar nak guna kaedah ini kecuali modal besar. Kerana short term trader ambil profit lebih kecil, modal mereka besar. Jadi skrg saya sudah kecilkan modal dan target swing jauh2 sikit. Tetapi model 5% ni, bahkan ada yg guna model 3% seminggu masih relevan. Untuj sentimen pre-PRU Atau post-PRU, bagi technical trader mereka tidak peduli. Selagi mana chart masih bullish, dan tiada reversal berlaku, mereka tetap akan membeli & strict cut loss jika berlaku sebaliknya

      • Ahmad Kamarulzaman Hamid on January 14, 2018 at 1:38 pm said:

        Ok tuan. Cuma, untuk target swing jauh-jauh tu biasanya berapa lama tuan?

        • Untuk swing biasanya sebulan dua juga. Bergantung pada sifat kaunter tu. Ada yg laju. Ada yg perlahan. Tapi yg penting kita dah ada target price 1,2,3.

          • Ahmad Kamarulzaman Hamid on January 14, 2018 at 3:24 pm said:

            Baik tuan. Saya dah abis baca page 4 blog tuan ni. Sekarang kat page 3 pulak hehehe…

          • Yg latest adalah setup terkini saya gunakan. Yg lama saya tak guna sangat dah. Jadi harap berpegang pada post terkini. Cuma asasnya tetap sama dalam ilmu teknikal analisis iaitu trend & support resistance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation