Cadangan buku yang bagus untuk fundamental analysis

Sejak sebulan dua ini, saya mulai menaruh minat terhadap fundamental analysis. Kadang kala merasa penat apabila terpaksa membaca chart saham berpuluh-puluh kaunter dalam seminggu & sehari. Tetapi itulah hakikatnya kalau nak short term  to mid term swing. Kalau fundamental analysis rupa-rupanya pun kena baca aliran tunai. Lagi memenatkan. Pokoknya, duit itu tidak datang bergolek dengan senang. Minat kepada FA ialah kerana ada seorang sifu tu tak habis-habis duk promosi pasal FA. Maka saya pun ambil lah tahu sedikit, mana tahu ianya bermanfaat.

Buku di atas adalah buku fundamental yang saya berjaya habiskan. Beberapa buku fundamental yang saya baca sebelum ini menceritakan EPS, PE ratio, ROE dan sebagainya terlalu teknikal dan sukar difahami. Mungkin lebih kepada financial / accounting background barulah boleh faham.

Tetapi buku di atas menceritakan dengan simple gaya bahasa, penceritaan juga dengan gaya metafora yang senang difahami. Tetapi hanya 2 point utama FA yang diceritakan sepanjang 12 chapter. Konsep mudah & ringkas.

Gaya pelaburan di dalam buku ini ialah gaya pelaburan Long Term. Seperti gaya fund manager. Saya rasa tidak ramai yang berminat kerana jika nak melabur long term. Ianya memerlukan kesabaran. Lagipun market malaysia ni, kaunter fundamental pun boleh jatuh teruk pada awalnya, tetapi untuk long term naik mencanak juga. Manakala, Kaunter cap ayam, cap cicak & cap tokek boleh pulak naik mencanak (kaunter goreng), TETAPI kalau jatuh, fuhh boleh terbeliak biji mata. Ini perkara biasa dalam mana-mana market saham. Aktiviti “pump and dump” atau goreng sampai hangus tu perkara biasa. Kalau tak berani, fokus kaunter fundamental sahaja. Slow dan selamat tapi untuk Long Term.

Pecahan modal pelaburan

Tak ramai yang menekankan isu pecahan modal. Dari buku ini, ia mencadangkan agar pecahan modal dibuat untuk membeli 20-30 kaunter yang menepati ciri-ciri fundamental dinyatakan. Keuntungan adalah berdasarkan average prestasi 20-30 kaunter tersebut. Jika terdapat kaunter rugi, sebagai contoh 5 kaunter rugi, 25 untung. Maka secara umumnya portfolio pelaburan kita masih untung. Dengan syarat pembahagian portfolio hendaklah seimbang.

Antara sebab kenapa kita WAJIB membuat pecahan modal, kerana agak mustahil kita boleh boleh hentam satu kaunter, kemudian konfirm untung 100% dengan kaunter tu sahaja. Mungkin kali pertama (beginner’s luck) kita akan untung, kemudian masuk kali kedua terus lingkup. Kerana terbeli kaunter cap ayam, sekali jatuh tergolek-golek. Jadi itulah pentingnya pembahagian modal, yang jatuh akan dicover berkali-kali ganda oleh kaunter yang untung (jika Risk Reward Ratio adalah bagus).

Berdasarkan dari intipati ini, saya telah mengambil langkah membahagikan portfolio saya dengan seimbang seperti berikut:

1. Pecahan beberapa kaunter

Jika saya mempunyai modal minimum RM10 000. Maka saya akan beli dalam 4-5 kaunter yang berbeza. Pembelian kaunter ini tidaklah sekaligus satu-satu masa. Saya mungkin membeli 2 kaunter dahulu, kemudian 3 kaunter minggu depan. Setelah mendapat keuntungan yang saya inginkan, maka saya akan jual satu dua kaunter. Sambil rolling modal pelaburan. Tidak bermakna saya memegang 5 kaunter pada satu-satu masa, beli sekaligus 5 kaunter dan jual sekaligus 5 kaunter. Kerana pergerakan sesuatu kaunter itu bergiliran dan jarang berlaku serentak. Minimum kaunter saya akan pastikan 4-5 kaunter. Gaya pembeliaan saya gunakan ialah sama iaitu gaya oversold. Kerana saya inginkan konsistensi dalam teknik digunakan. Dari situ, saya boleh analisa keberkesanan gaya ini.

Tetapi pembaca boleh guna gaya lain, seperti “buy on breakout” berdasarkan ebook SistemSaham atau “buy oversold” atau “buy on retracement” dan sebagainya. Tidak digalakkan untuk campur aduk gaya pelaburan ini. Tetapi jika nak campur aduk, ianya tidak salah asalkan seimbang seperti 5 kaunter gaya oversold, 5 kaunter gaya buy on breakout. Yang penting kena seimbang. Tetapi kalau beli 5 kaunter dengan 5 gaya berbeza ianya akan menjadi sukar untuk analisa gaya mana lebih bagus.

2. Portfolio seimbang

Saya juga memastikan portfolio saya seimbang. Contohnya, jika saya membeli kaunter di bawah RM0.50 sen sebanyak 4000 unit bersamaan RM2000.00. Kemudian jika saya ingin membeli kaunter berharga RM1.00, saya akan beli lebih banyak seperti sekurang-kurangnya nilaian yang sama iaitu RM2000.00 sebanyak 2000 unit juga. Elakkan portfolio tak seimbang seperti membeli kaunter RM0.10 dengan nilaian RM5000.00, tetapi kaunter RM1.00 beli hanya RM1000 sahaja (1000 unit). Ini kerana, jika kaunter RM0.10 tadi kerugian, 1 bid kejatuhan sudah banyak boleh rugi. Paling menyedihkan ialah, kaunter yang kita harapkan iaitu kaunter penny RM0.10 tu rugi banyak dan menyapu habis keuntungan kaunter berharga RM1.00. Jadi kalau 5 kaunter saya pegang, rugi 1 kaunter pun, saya masih boleh senyum. Kalau rugi 2 kaunter boleh lagi senyum tawar. Rugi 3 kaunter boleh lah jual untuk dapatkan modal semula dan muhasabah semula di mana silapnya.

3. Brokerage fees

Untuk pelaburan jangka pendek swing (bukan kontra), maka brokerage fee perlu diambil kira. Sebagai contoh, minimum charge untuk ialah RM8.00 (jika membeli kuantiti sedikit). Maka jika dicampur dengan kos stamp duty & GST, katakan charge ialah RM12.00 untuk membeli, dan RM12.00 untuk menjual. Total RM24.00.

Jika saya membeli nilai kaunter sebanyak RM1000.00, maka RM24.00 ialah 2.4%. Maka nak untung selesa, saya kena target paling busuk ialah dalam lingkungan 8-10% satu-satu kaunter berharga RM1000.00. Ianya agak sukar sedikit. Katakan saya naikkan modal kepada RM2000.00 untuk satu kaunter, maka RM24.00 menjadi 1.2% sahaja. Maka jika saya dapat untung 7% atas satu kaunter, saya sudah untuk bersih dalam 5.8%. Insya Allah ianya menjadi lebih senang.

Jika saya membeli satu-satu kaunter, saya akan pastikan projection untung minimum yang saya inginkan mestilah dalam julat yang selesa agar senang nak cover kos brokerage. Kalau tak, bila jual ingatkan untung, tetapi kira balik, tak lepas pun brokerage. Lagi rugi pulak tu.

Kenapa saya target untung sikit sahaja dalam 7-10%? Kerana saya inginkan compounding atas modal. Dan juga pencarian kaunter saya tidaklah susah kerana saya menggunakan scanner litar Saham itu Seni Duit (SiSD).

Akan tetapi, saya juga melihat kepada risiko, jika risiko Cut Loss terdekat ialah 5%, tetapi potensi profit 5%, saya tidak akan membeli kaunter tersebut. Paling teruk saya pastikan potensi profit saya ialah 2X atau sebaiknya melebih 3X dari risiko saya. Kerana jika saya rugi sekali dan untung sekali = maka saya tetap untung.

4. Fokus SATU gaya sahaja

SATU Gaya yang berkesan lebih baik dari 1000 gaya yang tidak berkesan.

Tidak bermaksud selama-lamanya kena guna 1 teknik / gaya sahaja. Fokus satu gaya ialah supaya kita senang nak analisa gaya mana paling berkesan /  winning rate gaya tersebut. Jika saya gatal tangan ingin guna gaya lain seperti gaya buy high sell higher / buy on breakout / gaya dividen. Maka saya kena pastikan peruntukan modal dan portfolio seimbang. Saya tidak mahu keuntungan gaya oversold saya hilang oleh gaya buy on breakout. Tetapi sebaiknya jika nak guna gaya lain, saya akan buka akaun dengan brokerage lain. Seperti gaya dividen, saya akan cari brokerage mplus  atau aminvesment bank yang menawarkan fees lebih murah.

Boleh juga nak buat pecahan 2 modal besar walaupun 1 akaun:

RM10k – gaya oversold, beli 4-5 kaunter

RM10k – gaya dividen, beli 4-5 kaunter (gaya paling rendah risiko ikut kaedah SiSD).

Paling penting, hendaklah buat trading journal iaitu rekod transaksi dan kos brokerage dalam microsoft excel. Senang nak trace duit keluar masuk.

Kesimpulan: 

  1. Apa yang saya terangkan ini adalah pengalaman saya dan berdasarkan juga pembacaan saya. Jika terdapat sifu-sifu / masta-masta mempunyai pendapat lain, maka saya hormati pendapat mereka dan pembaca boleh abaikan perkongsian saya ini.
  2. Pecahan modal adalah wajib untuk mengurangkan risiko kerugian atas modal kita.
  3. Perlu ingat, walaupun serendah mana risiko gaya / teknik trading. Atau sehebat mana gaya trading sekalipun. Apabila market correction berlaku, semua kaunter akan jatuh juga. Tetapi cuba intai peluang apabila correction berlaku. Beli kaunter yang bertahan pada support. Itu pun, jika modal tak sangkut kat mana-mana kaunter. Sebab tu jangan hentam sampai habis modal dalam satu-satu masa, kerana peluang waktu market correction datang, kita akan ada cash untuk beli kaunter.
  4. Pecahan modal biasanya memberi ketenangan hati apabila melihat ada portfolio yang tidak terjejas teruk akibat market correction. Ada yang bertahan di support. Lagi bagus ada yang naik.
  5. Jangan sesekali letak semua modal pada SATU kaunter sahaja. Ini adalah perkara yang saya sangat-sangat TIDAK galakkan. Sebab saya pun dah terkena.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation