Indikator Analisis Teknikal: Encik Guppy GMMA

Sejak sebulan yang lepas, saya mula menaruh minat terhadap indikator ini. Walaupun telah diperkenalkan oleh kawan saya setahun yang lepas, saya tidak menyukainya kerana ianya nampak tidak menyakinkan. Sebenarnya, mana-mana indikator ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau banyak kekurangannya, maka tinggalkan. Jika banyak kelebihan maka gunakannya sepenuhnya.

Apa pun secara umumnya kita perlu ketahui, bahawa indikator-indikator analisis teknikal terdapat ratusan banyaknya di dalam pasaran. Yang perlu kita tahu ialah “leading indicator” di mana ianya memberitahu signal beli / jual lebih awal berbanding indikator-indikator lain.

Berikut secara ringkas saya senaraikan “indikator” yang bersifat leading:

1. Candlestick pattern (price)
2. Volume
2. Support and resistance / Supply and demand area
3. Trendline
4. Channel trendline
5. Chart pattern
6. Sifat Que buy / sell (digunakan oleh intraday trader, short term trader)

Akan tetapi, untuk mahirkan diri dengan leading indicator diatas agak sukar dan memakan masa yang agak panjang.

Maka di sini, saya kongsikan video ceramah Encik Daryl Guppy. Beliau mencipta indikator GMMA (Guppy Multiple Moving Average) pada tahun 1997. Setelah melihat video beliau, saya kagum dan lebih yakin dalam menggunakan indikator ini. Harap pembaca dapat download video ini secepat mungkin, takut nanti dipadamkan oleh youtube.

Ringkasan video dari pemahaman saya. 

Saya ingin ringkaskan intipati apa yang saya faham dari video ceramah beliau. Semoga pembaca juga mendapat pemahaman yang sama atau lebih lagi dari saya.

  1. Untuk mencipta indikator GMMA, Encik Guppy sebenarnya perlu mahirkan segala “leading indicator” yang saya senaraikan di atas. Setelah beliau mengenalpasti masalah-masalah yang timbul seperti sukarnya untuk mahir dengan indikator di atas, maka beliau mencipta indikator baru.
  2. Indikator beliau adalah sesuai untuk trend follower, ia agak lagging, tetapi lebih selamat.
  3. Sistem stoploss juga diajar oleh beliau iaitu teknik “3 CBL”
  4. Antara kelemahan menggunakan trendline ialah: ia bersifat subjektif dan berubah-rubah.
  5. Chart pattern merupakan teknik yang bagus, tetapi ia juga subjektif bergantung pada pengalaman individu yang melukisnya.
  6. Indikator GMMA lebih bersifat objektif.
  7. Indikator ini terbentuk hasil dari pergerakan tindakan trader dan investor.
  8. Beliu juga menekankan pentingnya Stoploss dan Trailing profit. Di mana saya lihat, ramai pelabur newbie seperti saya tidak tahu bila nak keluar jika sudah untung.
  9. Trend follower juga berpotensi untung maksimum dalam satu-satu kaunter.
  10. Indikator GMMA adalah hasil dari gabungan indikator Moving Average, dari duk guna satu garisan, dua garisan, tiga garisan. Maka GMMA terdapat banyakkkk garisan sudah pasti lebih baik.

Semoga video ini banyak membantu. Para pembaca boleh menggunakan ichimoku, GMMA indikator, MACD dan sebagainya. Tetapi pilihlah indikator paling senang nak digunakan. Supaya sekilas pandang sudah tahu trend, pullback / retracement sesuatu kaunter. Indikator seperti ini bersifat “visual screening” bab kata pepatah, sekilas pandang ikan dilaut, sudah tahu jantan betina. Lagipun kaunter-kaunter di Bursa Malaysia bukannya sedikit, ada beratus. Jadi indikator ini sangat membantu untuk screening kaunter-kaunter yang berpotensi.

Sekarang, indikator kegemaran saya ada dua iaitu Ichimoku Kinko Hyo dan Gupply Multiple Moving Average (GMMA). Para pembaca boleh gunakan indikator ini untuk melihat kaunter-kaunter sebagai latihan. Insya Allah ia pasti akan lebih mudah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation