Ebook Sistem Saham Revisited

Ebook Sistem Saham

Ebook Sistem Saham

Saya tidak pasti sudah berapa lama saya beli ebook sistem saham ini.

Tetapi ia adalah ebook terawal yang saya beli sewaktu minat ingin “main saham”.

Di Malaysia, tidak banyak ebook ditulis tentang ilmu teknikal analisis.

Akan tetapi, dengan perkembangan minat orang ramai terhadap saham, maka terdapat beberapa ebook telah keluar seperti:

  1. Combo Ebook  Saham 101 & 201 ditulis oleh Alwi Adam
  2. SiSD oleh Saadnudin Syawal

Terdapat juga buku-buku hardcopy di pasaran. Antara buku yang saya sangat suka iaitu :

  1. Visual pattern oleh USB (perlu direct order dari Mr USB)
  2. Fred tam – chart pattern analysis – pembelian melalui mphonline.

Minggu lepas, sambil santai-santai, saya membuka semula ebook sistem saham, ini adalah kerana saya telah mengambil iktibar dari ebook SISD.

Pada mulanya saya membaca SISD, saya kurang faham dan tidak yakin. Setelah membaca kali ke-3, saya mula mengikut langkah dalam ebook tersebut, iaitu membina pangkalan data, dan membuat scanning menggunakan litar rahsia SISD. Maka keluar beberapa kaunter saham yang sangat berpotensi. Dari situ saya tapis mengikut kriteria Mr USB saya untuk mencari saham kelas ferari yang laju terbang.

Saya sangat kagum, kerana kebanyakan kaunter naik meroket melebihi 5% seminggu. Bahkan saya terlepas kerana ia sangat laju naiknya.

Setelah itu, hati saya terdetik untuk membaca semula ebook Sistem Saham.

Oleh kerana ebook tersebut sekitar 60 muka surat, maka satu petang sudah habis saya baca.

Aduhai, alangkah terkejutnya saya. Kenapalah saya tidak cuba memahami dengan lebih detail apa yang diajar dalam ebook tersebut.

Intipati ebook yang saya fahami ialah:

  1. Teknik yang diajar saya yakin diolah dari trader terkenal iaitu William O’Neil.
  2. Majoriti saham di Malaysia mempunyai pattern yang besar atau kecil-kecil (fractional). Tetapi biasanya pattern besar ialah berbentuk “Cup and Handle” pattern. Pattern lain pula ialah flat base, double bottom cup without handle.
  3. Akan tetapi, apakah kaitan dengan chart pattern yang Mr USB ajar? Sebenarnya jika dilihat monthly atau yearly chart, kebanyakan kaunter saham akan membuat pattern saucer / cup pattern dalam jangka masa panjang. Ini adalah disebabkan oleh proses accumulation. Didalam perjalanan menyempurnakan pattern yang besar, akan terdapat pattern-pattern Mr USB (aliran Dan Zanger) terbentuk pada setiap kali consolidation proses berlaku.

Saya sertakan contoh carta saham kaunter Dufu yang hampir sama pattern iaitu cup and handle.

7233.MYmonthly

Carta Kaunter Dufu pada monthly chart

Carta weekly chart

Carta weekly chart

7233.MYdaily

Carta daily

Oleh itu, apabila kita mengetahui long term target pembentukkan pattern ini, maka kita akan boleh entry dan exit dengan konfiden. Dengan kata lain, potensi untuk swing habis-habis. Entry dilakukan apabila terdapat breakout harga pivot yang tertinggi sebelum ini disertai dengan volume yang tinggi melebihi 40-50% dari purata volume (average EMA volume 50), dan proses breakout mestilah berlaku di atas EMA50.

Apa kaitan dengan ebook SISD?

Dalam membentuk pattern yang besar, scanner SISD akan memberikan signal buy / sell kaunter ini. Ia akan memudahkan saya untuk entry kaunter ini berulang-ulang kali sehingga ia tamat kitaran. Litar-litar scanner ebook SiSD yang di install pada J-stock juga memberikan signal jika potensi berlaku breakout. Seperti persilangan antara MA5 dan MA10.

Saya telah membuka beberapa carta saham lain, majoriti sekarang saya lihat mempunyai pattern tersebut.

Saya kagum dengan penulis ebook Sistem Saham kerana kebolehan beliau mengadaptasi teknik william o’neil untuk pasaran saham malaysia.

Dalam ebook tersebut juga dinyatakan teknik entry iaitu pada aras 1 point lebih tinggi dari pivot dengan volume yang 50% dari volume ema50. Secara umumnya ia adalah teknik buy on breakout (momentum trader) yang berpotensi menjana untung dengan cepat.

Kebiasaannya ramai takut untuk entry pada high point, kerana tidak tahu ke mana arah tuju dan di manakah emergency exit. Di dalam ebook sistem saham telah diterangkan terperinci kaedah entry dan exit.

Untuk menambahkan kefahaman saya telah membaca ebook William O’Neil yang bertajuk “How to Make Money in Stocks: A Winning System in Good Times and Bad”.

Alahai…ada 400 muka surat lebih. Rasanya pening nak baca kesemuanya. Tetapi sepanjang saya baca sekitar 200 muka surat, terdapat intipati yang baru saya belajar iaitu analisa fundamental secara mudah dan juga penambahan detail tentang teknik yang diterangkan dalam ebook sistem saham.

Apa pun, jika tidak kerana ebook sistem saham, sudah pasti saya tidak berminat untuk membaca ebook setebal itu.

Kesimpulannya, teknikal analisis adalah ilmu yang luas ibarat lautan.

Kerapkali kita akan keliru dan merasa lemas dengan info yang terlalu banyak.

Saya lebih sukakan pendekatan yang simple tetapi berkesan.

Saya lebih suka melihat overall picture dan memahami konsep asas.

Kebanyakan kekeliruan saya sebelum ini adalah kerana terlalu bergantung harap pada indikator-indikator tanpa mahu memahami “kisah sebenar” disebalik pergerakan harga dan kitaran saham. Bukanlah ingin menafikan kepentingan indikator, tetapi perkara asas wajib diketahui agar tidak keliru.

Jangan putus asa untuk terus belajar…..

Mulakan dengan modal yang kecil untuk pelaburan.

Laburlah terlebih dahulu untuk ilmu.

Semoga kita semua berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation