CDS akaun mana paling best?

Sewaktu awal-awal buka akaun CDS, saya jahil. Saya ingatkan sama ajo mana-mana investment bank atau broker. Bila dah buka akaun, barulah saya tahu brokerage fees adalah berbeza-beza. Setakat ini, walaupun saya sudah buka beberapa CDS, bukan kerana banyak duit, tapi sebab nak cuba-cuba ajo. Tetapi saya tetap setia kepada CIMB investment bank. Kerana ianya islamic account. Pun begitu, caj brokerage fee agak mahal oleh cimb investment bank.

Berikut adalah link yang membuat perbandingan brokerage fees oleh investment bank di Malaysia:

http://klse.i3investor.com/jsp/hti/brokers.jsp

Antara brokerage fees paling murah ialah ditawarkan oleh Mplus. Berita baik pula, Mplus juga telah menawarkan islamic account baru-baru ini. Tetapi saya belum lagi buka akaun. Kerana tunggu islamic akaun dilancarkan. Berdasarkan info dari kawan saya, terdapat kelemahan iaitu charting platform yang ditawarkan oleh mplus adalah “berbayar”. Iaitu kita perlu melakukan urusan jual beli saham beberapa kali sebulan untuk membolehkan kita menggunakan charting platform. Tetapi berita update saya tidak ketahui.

Bagi saya, ianya masalah kecil sahaja. Kalau nak charting platform yang bagus, register ajo akaun dengan RHB investment bank. Nanti akan dapat RHB TradeSmart desktop application. Kos register hanya RM10.60 (termasuk GST). Kat RHB TradeSmart platformnya bagus. Ia menggunakan software chartnexus. Terdapat data-data untuk counter melebihi tiga tahun. Jadi tak perlu subscribe chartnexus. Tambahan pula, terdapat analisa dan aras support / resistance (S&R). Sesuai untuk newbies yang tak tahu nak plot S&R atau tak konfiden lagi. Saya pun akui, kadang kala susah juga nak plot S&R ni. Bergantung pada carta sesebuah kaunter. Dengarnya, kenanga pun ada charting platform yang sama seperti RHB.

Di sini saya sertakan screen shot RHB TradeSmart. Kat bahagian bawah tu dah siap ada analisa untuk setiap kaunter. Selepas tu boleh tekan butang Support and Resistance (S&R). Kat situ boleh dah nak kira berapa Risk Reward Ratio. Keputusan nak beli ke tidak boleh dibuat secepat mungkin. Tetapi pemilihan kaunter dibuat seperti yang saya terangkan melalui post sebelum ini.

Kaunter melewar ni termasuk dalam 5 page active counter. Ia telah membuat kenaikan dah mencapai Target yang saya kehendaki. Untung ciput ajo, tapi syukurlah. Sekarang kaunter ini membuat retracement (pullback) dari last swing sebanyak hampir 78.6% aras fibonacci.

Kaunter Melewar.

Kaunter Melewar. Masih lagi uptrend, kerana indicator MACD masih berada di atas garisan centreline. Harga sudah menghampiri support terdekat iaitu RM0.555 dan support seterusnya ialah RM0.515. Jarak harga terkini dari support terdekat ialah 4.3%  dan jarak harga terkini dari resistance (target profit terdekat) ialah 9%. Ini menjadikan nisbah risiko: untung ialah sekitar 1:2.09.

Ini adalah screen shot RHB TradeSmart. Terdapat fungsi saya suka yang tiada pada chartnexus percuma. Secara peribadi, saya akan tunggu harga kaunter ini mendekati support sedikit lagi, RRR akan menjadi lebih baik, kemudian menunggu candlestick putih dan reversal candle di support. Jika perkara tersebut terjadi, barulah saya akan masuk beli. Ada orang sanggup mengambil risiko, beratur Q buy siap-siap di harga support. Terserah pada personaliti masing-masing. Ada suka sambut pisau semberono, ada yang sambut pisau dengan berhemah, ada yang tunggu ia menunjukkan tanda-tanda reversal.

Jika mahukan alert, platform ini boleh setkan alert. Tetapi saya lebih suka menggunakan KLSE screener apps di smartphone. Ia memberikan alert jika harga yang saya kehendaki tercapai. Nanti boleh terus beli atau jual jika alert berbunyi. Tak perlu mengadap komputer sepanjang hari.

Kesimpulan: 

  1. Pilih CDS akaun islamic (bagi orang islam) dan brokerage seminimum mungkin.
  2. Terdapat banyak jenis trading platform yang “percuma”. Tidak perlu subscribe kepada software yang mahal-mahal. Terutama untuk newbies yang baru bermula dengan modal yang kecil.
  3. Explore sebaik mungkin fungsi platform. Ada platform yang dah tambahbaik fungsi dengan menyediakan TA screener yang percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation