Suatu hari, remiser saya mencadangkan membeli kaunter ini Vivocom.

Maklumlah, sudah banyak berita baik tentang kaunter ini. Segala macam berita indah dah  keluar tentang vivocom.

Fundamental analisis sepintas lalu pun cantik. Tapi pelik, sampai sekarang tak pernah issue sebarang dividen.

Sedangkan dividen ni salah satu petanda company sihat dan untung. Tapi malangnya saya terlepas pandang perkara tersebut.

Harga belian : 0.290 pada 8 June 2016

Harga jualan: 0.280 pada 9 June 2016

Rugi: 4.41%

Analisis Fundamental 

EPS: 0.00642 (positive tu kiranya untung).

PE: 39.720 (agak tinggi)

Dividend tak pernah bagi! (Eh ni pelik ni).

Issued & Paid-up shares : 1,300,800,000 (ni dikira kaunter jentolak, memang berat nak naik).

FA sepintas lalu

FA sepintas lalu

Analisis Teknikal

0069.MY

Pembelian di lakukan pada harga di dalam awan Kumo (sideway / consolidation phase). Di bawah garisan EMA50, di atas garisan EMA200.

Secara umumnya ia telah membuat major pullback apabila ia memasuki awan kumo. Terdapat reversal candle hijau menelan candle doji sebelum itu. Atas sebab inilah saya masuk membeli.

Apapun, perlu diketahui bahawa reversal candle tidak semestinya menandakan pertukaran arah sesuatu trend, tetapi ia juga bermakna pengakhiran sesuatu trend. Ada 2 kebarangkalian apabila reversal candle muncul. Downtrend berubah kepada uptrend atau downtrend semakin lemah menjadi sideway dan kembali downtrend semula.

Harga juga sebenarnya tidak kuat apabila sudah mula memasuki awan Kumo, terutama jika awan tersebut adalah sangat tebal.

Maka disini saya telah membuat percaturan yang silap. Sedangkan KPI saya ialah untuk mencapai 5-7% seminggu.

Tambahan pula, saya tidak sepatutnya membeli kaunter di bawah harga 0.50 sen kerana jika turun 1 tick sudah menjadi hampir 2% loss. Maka adalah sukar untuk mengawal losses. Saya membuat pembelian ini sebelum membuat bacaan ulangan eBook Sistem Saham. Selepas ini saya bertekad tidak akan sesekali membeli lagi kaunter di bawah RM0.50.

Biasanya kaunter yang mahal atas RM1.00 adalah lebih stabil dan kurang berlaku spekulasi dan buang harga oleh pelabur retailer.

Share issued yang terlalu besar juga menyebabkan kaunter ini tiada tenaga untuk naik kerana proses pengumpulan oleh smart money mengambil masa yang sangat lama.

Pengajaran dari kaunter ini:

  1. Bias dari awal iaitu mempercayai buy call dari remiser.
  2. Tidak kritis dari segi membuat fundamental analisis
  3. Membeli saham yang shared issue terlalu tinggi (kategori jentolak).
  4. Pembelian dilakukan dari segi teknikal adalah salah – harga tidak kuat. Sepatutnya sebarang breakout dan pembelian harga mestilah di atas garisan EMA50 barulah dikira bertenaga untuk naik (Tips dari ebook Sistem Saham)
  5. Tidak berpegang pada prinsip ilmu Ichimoku yang sedia ada, kalau duk dalam awan kumo, kan dah cakap jangan beli huhuhu.
  6. Stric cut loss adalah penting untuk meminimumkan kerugian.
  7. Pembelian tanpa sebarang breakout volume EMA50
  8. Padah membeli kaunter bawah 0.50.

Setakat itu dulu journal rugi melingkup. Mujurlah rugi dalam RM230 termasuk brokerage fees. Kerugian telahpun dicover oleh kaunter Dufu 2x entry, dan Kaunter Keinhin. Total ROI untung ialah 8% dalam masa 2 minggu. Pastu pulak, mujurlah Dufu berikan dividen, maka kerugian telah diminimumkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Dalam permainan saham ini, jangan percaya kepada sesiapa pun, buat analisa sendiri, study sendiri. Tetapi pastikan ilmu diperolehi dari kelas adalah sohih.