Indikator Analisis Teknikal: Encik Guppy GMMA

Sejak sebulan yang lepas, saya mula menaruh minat terhadap indikator ini. Walaupun telah diperkenalkan oleh kawan saya setahun yang lepas, saya tidak menyukainya kerana ianya nampak tidak menyakinkan. Sebenarnya, mana-mana indikator ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau banyak kekurangannya, maka tinggalkan. Jika banyak kelebihan maka gunakannya sepenuhnya.

Apa pun secara umumnya kita perlu ketahui, bahawa indikator-indikator analisis teknikal terdapat ratusan banyaknya di dalam pasaran. Yang perlu kita tahu ialah “leading indicator” di mana ianya memberitahu signal beli / jual lebih awal berbanding indikator-indikator lain.

Berikut secara ringkas saya senaraikan “indikator” yang bersifat leading:

1. Candlestick pattern (price)
2. Volume
2. Support and resistance / Supply and demand area
3. Trendline
4. Channel trendline
5. Chart pattern
6. Sifat Que buy / sell (digunakan oleh intraday trader, short term trader)

Akan tetapi, untuk mahirkan diri dengan leading indicator diatas agak sukar dan memakan masa yang agak panjang.

Maka di sini, saya kongsikan video ceramah Encik Daryl Guppy. Beliau mencipta indikator GMMA (Guppy Multiple Moving Average) pada tahun 1997. Setelah melihat video beliau, saya kagum dan lebih yakin dalam menggunakan indikator ini. Harap pembaca dapat download video ini secepat mungkin, takut nanti dipadamkan oleh youtube.

Ringkasan video dari pemahaman saya. 

Saya ingin ringkaskan intipati apa yang saya faham dari video ceramah beliau. Semoga pembaca juga mendapat pemahaman yang sama atau lebih lagi dari saya.

  1. Untuk mencipta indikator GMMA, Encik Guppy sebenarnya perlu mahirkan segala “leading indicator” yang saya senaraikan di atas. Setelah beliau mengenalpasti masalah-masalah yang timbul seperti sukarnya untuk mahir dengan indikator di atas, maka beliau mencipta indikator baru.
  2. Indikator beliau adalah sesuai untuk trend follower, ia agak lagging, tetapi lebih selamat.
  3. Sistem stoploss juga diajar oleh beliau iaitu teknik “3 CBL”
  4. Antara kelemahan menggunakan trendline ialah: ia bersifat subjektif dan berubah-rubah.
  5. Chart pattern merupakan teknik yang bagus, tetapi ia juga subjektif bergantung pada pengalaman individu yang melukisnya.
  6. Indikator GMMA lebih bersifat objektif.
  7. Indikator ini terbentuk hasil dari pergerakan tindakan trader dan investor.
  8. Beliu juga menekankan pentingnya Stoploss dan Trailing profit. Di mana saya lihat, ramai pelabur newbie seperti saya tidak tahu bila nak keluar jika sudah untung.
  9. Trend follower juga berpotensi untung maksimum dalam satu-satu kaunter.
  10. Indikator GMMA adalah hasil dari gabungan indikator Moving Average, dari duk guna satu garisan, dua garisan, tiga garisan. Maka GMMA terdapat banyakkkk garisan sudah pasti lebih baik.

Semoga video ini banyak membantu. Para pembaca boleh menggunakan ichimoku, GMMA indikator, MACD dan sebagainya. Tetapi pilihlah indikator paling senang nak digunakan. Supaya sekilas pandang sudah tahu trend, pullback / retracement sesuatu kaunter. Indikator seperti ini bersifat “visual screening” bab kata pepatah, sekilas pandang ikan dilaut, sudah tahu jantan betina. Lagipun kaunter-kaunter di Bursa Malaysia bukannya sedikit, ada beratus. Jadi indikator ini sangat membantu untuk screening kaunter-kaunter yang berpotensi.

Sekarang, indikator kegemaran saya ada dua iaitu Ichimoku Kinko Hyo dan Gupply Multiple Moving Average (GMMA). Para pembaca boleh gunakan indikator ini untuk melihat kaunter-kaunter sebagai latihan. Insya Allah ia pasti akan lebih mudah.

Semoga bermanfaat.

Ichimoku Kinko Hyo merupakan indicator paling cantik pernah saya temui. Ia tidaklah terkenal seperti MACD, STOCHASTIC, dan juga RSI. Tetapi ia adalah indicator paling sempurna kerana sifatnya 5 dalam 1.

Indicator ini berasal dari Jepun, dah nama pun bunyi jepun! Hehehe.

Ia bermakna ” Equilibrium Chart At A Glance”. Kalau bahasa kampungnya ialah, sekali pandang dah tahu jantan betina.

Saya suka menggunakan indicator ini kerana ia berupaya membantu kita untuk “scan” kaunter-kaunter secara visual. Sekali pandang sudah tahu trend, support and resistance, target price.

Akan tetapi, ramai daripada rakan-rakan seperjuangan saham agak takut-takut untuk menggunakan indicator ini.

Ramai yang menyangka ia adalah sukar difahami, kerana terdapat banyak istilah-istilah jepun seperti Tenkan Sen, Kijun Sen, Senkou Span, Kumo.

Tetapi istilah hanya berbeza, jika sukar nak faham istilah tu, boleh ajo ubah kepada bahasa kampung. Beri nama mudah difahami.

Kat sini saya kongsikan sembilan tips tentang Ichimoku:

1. Kalau nak dapat ebook percuma yang menceritakan secara ringkas dan lengkap boleh download kat sini. Penulis ini adalah otai ichimoku. Beliau telah menulis ebook lengkap tentang ichimoku. Saya telah habis baca ebook tersebut, tetapi terdapat banyak sangat maklumat perlu dihadam. Maka lebih baik, jika anda baru bermula dan tiada masa untuk membaca, download ebook percuma ringkasan teknik ichimoku di website tersebut.

2. Sewaktu membaca ebook ichimoku, cuba perhatikan keyword ini “buy signal / sell signal – weak, neutral, strong”. Kenalpasti kaedah mengenali support dan resistance berdasarkan ichimoku. Juga kenalpasti teknik target price melalui ichimoku. Apa pun, dalam trading saham, benda asas ini juga kot mana pun tak boleh ditinggalkan.

3. Ichimoku Kinko Hyo ni lebih sesuai untuk trend follower, midterm sehingga long term trader. Kurang sesuai untuk intraday trader.

4. Ia sesuai untuk semua timeframe, tetapi timeframe semakin kecil, maka banyak “false trap”.

5. Boleh digabungkan dengan teknik lain seperti Elliott Wave, Fibonacci dan Candlestick Pattern (terbaik!!).

6. Entry agak lambat sedikit, tetapi lebih selamat dan kurang berisiko.

7. Nampak ajo susah, bila dah belajar nanti akan ketagih nak guna indicator ini. Kerana ia sangat mudah dan menyenangkan kerja.

8. Walaupun ia berdasarkan kiraan moving average, tetapi cara kiraan mengambil kira intraday volatility, jadi ia lebih tepat dan “leading” berbanding moving average biasa.

9. Sesuai jika nak trade ikut teknik BOB (Buy on Brekaout) terutama apabila ia breakout awan-awan (Kumo). Boleh juga guna teknik Buy on Pullback guna indicator ini.

 

Berikut adalah kaunter yang saya beli berdasarkan Indicator Ichimoku Kinko Hyo

 

7126.MY

Kaunter London Biscuit (LONBISC) – Weekly Chart

 

7126.MY daily

Kaunter London Biscuit (LONBISC) – Daily Chart

Sebab kenapa saya memilih kaunter ini:

Secara Teknikal: 

  1. Kaunter uptrend, weekly chart menunjukkan ia melakukan pullback sehingga menyentuh awan dan terpelanting ke atas.
  2. Daily chart pula menunjukkan ia telah breakout dari awan.
  3. Tetapi awan tersebut adalah flat bahagian atasnya, maka saya tunggu sehingga harga menyentuk awan semula, kerana flat top biasanya harga akan patah balik.
  4. Saya entry pada harga 0.80 sen.
  5. Saya jual pada harga 0.835 sen, untung sikit ajo, sebab tak sabar huhuhu.
  6. Saya entry menggunakan teknik “chart pattern”, saya lihat ia membentuk decending triangle dengan support sekitar 0.80 sen. Jadi pembelian adalah risiko rendah kerana membeli pada support. Tetapi saya pastikan support tersebut telah dihentam 2-3 hari tanpa tembus baru beli.
  7. Sebaiknya beli bila sudah breakout pattern, baru tempoh menunggu tidak lama.
  8. Tempoh untung ialah hampir 2 minggu – 4%. Ok laa kot untuk permulaan bagi nubis hingusan seperti saya.

Secara Fundamental: 

  1. Kaunter ini untung
  2. Kaunter ini ada share issued sikit sahaja, jadi ringan untuk terbang.

Sekarang kaunter ini telah membuat pullback, jika mahu beli, perhatikan support seterusnya. Tetapi pastikan juga kat mana Stop loss. Jangan pakai hentam kromo sahaja. Tahu masuk WAJIB tahu keluar.

P/s: ini bukan buat buy call. Kalau nak beli kena kaji betul-betul dulu. 

Jadi saya sarankan kepada mereka baru hendak bermula saham, cuba-cuba lah jenguk pasal indicator ini. Tetapi jangan lupa asas utama saham, Support & Resistance (Supply & Demand), Trend, RRR, Entry Exit, Candlestick & Chart Pattern.

Kalau ikutkan nasihat penulis buku Ichimoku – Manesh Patel. Dia cakap, kalau fokus betul-betul kat indicator ini pun dah boleh berjaya. Tetapi kena mahir betul-betul laa. Dan paling best ialah, indicator ini sesuai untuk semua jenis trading saham, komoditi dan forex. Sekali belajar boleh guna banyak tempat.

Setakat itu sahaja. Semoga bermanfaat.