Setelah lama tidak update blog ini, terasa rindu pulak nak update.

Saya lebih suka fokus pada perbincangan di telegram. Kerana menulis di sana lebih santai dan mudah nak upload gambar kajian. Bagi sesiapa yang belum lagi join group telegram, boleh la klik link dibahagian tepi kanan blog ini. Klik gambar telegram. Kemasukan group adalah percuma (perlu mematuhi syarat-syarat ditetapkan). Ilmu percuma dan perkongsian kaunter kajian percuma.

Ataupun klik link ini: Group telegram diarisaham: https://t.me/joinchat/AwDl7lHs0uNWZPVWH5OteQ

Menggunakan ilmu asas market structure untuk mengenalpasti perubahan trend

Market structure dan volume

Post kali ini, saya ingin bincangkan tentang kepentingan struktur market “market structure” dan juga sedikit tentang volume.

Antara salah faham newbies (sama seperti saya suatu ketika dahulu) ialah menganggap volume adalah segala-galanya. Bagi mereka volume ialah penentu trend, volume ialah petanda harga akan naik, volume menunjukkan kaunter itu berpotensi. Di situ ada sedikit salah faham yang perlu diperbetulkan.

*Bukanlah ia bermaksud saya menafikan kepentingan volume.

Volume itu penting, jika tiada volume harga tidak akan bergerak. Jika tiada volume, tiada transaksi jual beli berlaku. Maka agak sukar untuk kita membeli dan menjual.

Tetapi asas utama yang ramai tidak tahu, tidak mahu tahu dan merasakan agak susah ialah “market structure”. Sedangkan ia senang sebenarnya, setengah hari pun dah boleh kuasai jika belajar dengan guru yang betul. Ataupun boleh juga belajar dari youtube…

Kelebihan utama jika memahami market structure ialah;

  1. Kita akan dapat melihat perubahan trend berlaku.
  2. Boleh mengetahui titik perubahan dari downtrend kepada uptrend.
  3. Boleh masuk beli kaunter seawal mungkin.
  4. Dapat mengenalpasti support & resistance
  5. Boleh mengetahui entry point dan exit point dengan tepat
  6. Dapat memahami Elliott wave secara umum
  7. Dapat melihat divergence (apabila digabungkan dengan volume dan indicator)
  8. Dapat memahami dan melihat chart pattern dengan mudah
  9. Bahkan dapat menguasai ilmu breakout.

Wow, mesti seronok kalau dapat menguasai ilmu market structure kan?

Di sini saya berikan link, untuk mengetahui lebih lanjut dan cepat mahir. Rajin-rajinlah membaca dan praktis untuk 20-30 carta saham. Insya Allah akan mahir dalam masa singkat.

Di sini link https://www.tradingview.com/chart/GBPUSD/TM7QujQf-How-To-Read-Structure-Charts-Tutorial-Charts-1-5/

Terdapat banyak juga video youtube yang anda boleh cari berkaitan market structure. Oleh itu, sebelum menguasa mana-mana ilmu indicator, kuasailah dulu market structure. Bahkan nak trade naked chart pun tiada masalah.

Berkenaan volume pula, perlu kita fahami

  1. Volume ialah menunjukkan transaksi berlaku, jika kaunter itu dalam fasa downtrend, maka aktiviti transaksi menjual mendominasi. Jika kaunter sudah memasuki fasa uptrend, maka lebih banyak aktiviti membeli dari menjual.
  2. Volume adalah subjektif. Ia mungkin banyak apabila kaunter berharga murah. Ia mungkin sedikit apabila harga semakin mahal. Tetapi bergantung juga jumlah float shares “saham diapungkan” di bursa. Oleh itu agak sukar untuk meletakkan cut point value volume tertentu yang signifikan untuk kenaikan harga saham.
  3. Volume perlu digabungkan dengan indicator lain. Paling penting hendaklah dikaitkan dengan petanda signal harga (candlestick). Ini telah diterangkan dalam buku Anna Coulling iaitu Price Volume Analysis.
  4. Dalam buku William O neil juga dijelaskan kepentingan volume, tetapi ia digabungkan dengan pergerakan harga (market structure) hampir sama seperti di atas. Tak perlu susah-susah nak pening kepala baca buku William O Neil yang tebal tu, beli ajo ebook ditulis oleh penulis tempatan iaitu Sistem Saham. Ia adaptasi teknik William O Neil, disesuaikan dengan keadaan pasaran bursa Malaysia. Klik link ini: Sistem Saham untuk tahu lebih lanjut.
  5. Volume juga boleh menunjukkan signal divergence, tetapi agak sukar untuk membacanya. Saya lebih suka menggunakan indicator MACD untuk mengenalpasti signal ini.
  6. Volume breakout memang penting, kerana ia menunjukkan kekuatan perubahan fasa bearish kepada bullish. Sila lihat gambar di atas, terdapat volume breakout volume EMA50. Jika tiada halangan, harga akan bergerak ke atas untuk sesuatu tempoh tertentu. Kaunter tersebut telah saya update dalam group telegram, ia sumbangan dari ahli group yang boleh dikira hebat juga.

Masalah dalam menggunakan market structure

Tidak dinafikan, saya sebenarnya tidaklah menggunakan secara kerap market structure. Kerana apabila sudah mampu melihat dan memahaminya. Maka hanya perlu dilihat sekilas pandang sahaja. Lagipun proses analisa kaunter saham sebenarnya mengambil komitemen masa dan tenaga setiap hari. Rasa malas pun ada. Terutama penat-penat analisa, harga jatuh melanggar cut loss. Untuk newbies, perlu belajar sampai faham dahulu, tiada short cut.

Tetapi bila dah faham, di sini saya bagitau short cut nya hehehe. 

  1. Gunakan indicator Zig, banyak dalam platform lain selain bursa malaysia. Cuba check platform masing-masing. Ataupun guna ajo tradingview atau investing.com
  2. Letakkan parameter sehingga market structure nampak jelas. Biasanya default (10). Walaupun ada indicator, perlu belajar dan fahami dulu. Nanti nampak tapi tak faham.
  3. Trendline sebenarnya tak penting bagi saya, kerana apabila perubahan market structure berlaku, secara automatik trendline akan pecah. Cuma untuk nampak cantik dan lebih gah, lukislah trendline, ramai peminat trendline ni.
  4. Untuk perubahan trend, antara indicator terbaik boleh digunakan ialah GMMA (Guppy Multiple Moving Average). Tak perlu susah payah dah nak lukis market structure. Tapi awas, perlu faham juga pasal market structure. Biasanya jika short term MA cross Long Term MA, maka perubahan trend akan berlaku. Cuma kadang kala, jika menggunakan market structure, kita boleh melihat perubahan trend lebih awal dari indicator GMMA.
  5. Sila rujuk gambar di bawah. Letak ajolah banyak indicator tak salah pun, asalkan faham, tahu dan menjimatkan masa analisa. Yang penting untung.

Penggunaan indicator untuk menjimatkan masa. GMMA untuk melihat perubahan trend. Ichimoku juga trend indicator kedua bagus selepas GMMA.

Kesimpulan:

  1. Market structure sangat penting seperti dinyatakan di atas.
  2. Volume perlu digabungkan dengan indicator lain, price (candlestick) dan pergerakan harga.
  3. Indicator adalah untuk memudahkan analisa, jangan letakkan indicator, tetapi tidak tahu apa fungsinya.
  4. Perlu ingat, walaupun sehebat mana analisa dan kaedah digunakan. Tiada jaminan 100% akan tepat.

Setakat ini dahulu. Sila share blog ini jika anda rasa ia bermanfaat.

Sekian terima kasih.

One Thought on “Asas Teknikal Analisis Paling Penting: Market Structure & kaitan dengan volume

  1. Mohd faisol on July 15, 2019 at 8:03 am said:

    Assalamualaikum Dr.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu2 berguna secara percuma di blog. Berkenaan link telegram, sy cuba aksess dan popup shown group seem not exist.
    Group ini masih ada? Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation