DRBHCOM: Target swing jauh berdasarkan weekly chart.

Kerapkali saya bertemu individu yang amat takut dengan pelaburan saham. Bagi mereka, pelaburan saham adalah suatu aktiviti yang berisiko tinggi, konfirm rugi, konfirm lingkup serta merta dan terus mati tanpa sempat mengucap.

Mungkin mereka ni banyak sangat mereka menonton DVD orang terjun bangunan bunuh diri setelah pasaran saham merudum.

Mungkin juga mereka banyak mendengar cerita kisah kaki kontra yang berhutang, menggunakan margin menghentam saham cap ayam, kemudian rugi kaw kaw.

Mungkin orang melayu kita mahukan “janji-janji manismu” agar duit mereka dirasakan secure, menjana pendapatan setiap bulan sebanyak 10% dan jaminan tiada risiko.

Anehnya, ada antara individu tersebut telah pun tersontot dalam skim cepat kaya. Di mana skim tersebut telah menawarkan pulangan tetap bulanan tanpa risiko. Bahkan amaun sontotan tinggi pulak tu. Mereka boleh bersabar pulak & pasrah. Tetapi amat pelik,  nak ambil risiko jual beli saham yang sah disisi undang-undang, patuh syariah takut pulak.

Ini menunjukkan asas utama pemahaman mereka masih belum kukuh tentang pelaburan.

Dalam Islam, setiap pelaburan mesti ada risiko.

Setiap perniagaan mesti ada risiko.

Tiada seorang pun ahli perniagaan boleh menjamin perniagaan mereka WAJIB untung dan memberikan pulangan konsisten. Kecuali Arwah Pak Man Telo.

Antara sebab ketakutan golongan yang tidak mahu memulakan pelaburan saham ialah:

1. Modal yang besar diperlukan untuk “main saham”

Sebenarnya modal paling minimum untuk memulakan pelaburan saham ialah bergantung pada harga saham yang ingin dibeli. Katakan kaunter yang bagus fundamentalnya seperti JAYCORP yang berharga RM1.40. Maka modal minimum ialah pembelian 100 unit = RM140.00 + kos brokerage sekitar RM20 (in & out). Maka kos minimum ialah RM160.00. Katakan kita cukupkan kepada RM200.00. maka kita sudah boleh bergelar sebagai shareholder kepada company JAYCORP dan boleh menghadiri AGM. Mungkin dapat makan free sewaktu hadir AGM (dah untung kat sini). Jika JAYCORP mengisytiharkan bonus, maka kita layak. Tetapi bonus ciput la, modal pun RM200 ajo. Modal kecil sudah boleh melabur, walaupun pelaburan itu bersifat lebih kepada pembelajaran. Nak breakeven untuk cover balik kos brokerage tu terpaksalah tunggu untung dalam 20% juga. Maka pendekatan terbaik untuk modal kecil ialah investor long term swing.

2. Sangat berisiko

Kaunter yang disenaraikan di Bursa Malaysia ada jenis cap ayam yang koyak fundamentalnya. Maka kaunter sebegini hendaklah dielakkan walaupun kenaikannya dikatakan sangat laju dan tinggi. Sebelum ini, saya mendapat tips dari sifu Spider Tips (telegram channel). Beliau mengatakan, kaunter ayam perlu dijauhi, jika dibeli 10 kaunter sebegini, yang naik mungkin hanya 1 dan 9 akan rugi. Jadi sebaiknya dibeli kaunter fundamental yang bagus, memberikan dividen setiap tahun & sentiasa untung sebelum ini.

3. Nanti kaunter akan lingkup

Company disenaraikan dibursa malaysia, yang bagus FA nya. Biasanya company yang kukuh. Seperti dinyatakan dalam buku Joel Greenblatt. Pilihlah company terbaik antara yang terbaik. Maka risiko untuk company tersebut dinyah senarai dari bursa malaysia adalah sangat-sangat tipis. Sebenarnya saya merasakan tidak logik untuk company tersebut dinyahsenaraikan. Bayangkan company yang bagus banyak lingkup dalam bursa Malaysia, maka sudah pasti company lain akan turut serta. Takkan satu bursa mahu lingkup. Kadang kala pemikiran tak logik seperti negara akan bankrap, bursa akan bankrap adalah ketakutan berlebihan yang merugikan. Bukannya nak suruh letak seluruh duit kita dalam bursa Malaysia, tetapi modal sedikit sahaja dahulu.

4. Perlu komitmen masa di depan komputer setiap saat.

Ini satu lagi pahaman sesat yang perlu dibuang jauh-jauh. Jika kita memilih untuk menjadi intraday trader, maka logiklah menghadap komputer setiap masa, tapi takdelah nak melihat setiap saat pergerakan harga. Golongan intraday trader ni adalah golongan berisiko tinggi, mereka guna modal besar. Tak ramai yang berjaya (ada juga berjaya). Dari duk main saham intraday, baik belasah komoditi (lagi besar risiko & pulangannya). Nak untung besar dalam saham dengan modal yang lebih kecil, hendaklah guna pendekatan swing trader / investor. Beli sewaktu market mengalami fasa correction, cari kaunter fundamental yang sudah oversold. Biasanya banyak diskaun sewaktu market correction, beli pada level fibonacci retracement. Gunakan chart weekly untuk swing lebih jauh. Insya allah potensi untung lebih besar, tak perlu hadap monitor setiap hari, cuma lihat sekali sekala sahaja. Ibarat duduk diam dapat duit atau rugi sedikit. Dengan adanya apps KLSE screener, tak perlu tengok chart kat komputer. Boleh lihat harga 2x setiap hari (waktu rehat tengah hari & petang). Bahkan boleh setkan alert jika harga tertentu telah dicapai. Terdapat apps dari broker yang membolehkan kita beli & jual melalui smartphone sahaja. Maka jual beli saham kaedah swing sangat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja.

5. Kisah trader lingkup serta merta

Hakikatnya ramai tak tahu. Yang melingkup main saham ialah satu jenis spesis sahaja. Iaitu kaki kontra yang menggunakan margin. Contohnya encik X masukkan duit dalam CDS akaun, investment bank tersebut berikan margin untuk trading 2x dari nilai duit encik X. Encik X masukkan RM50 000. Trading akaun bagi extra trading limit RM100 000. Total encik X boleh belasah beli saham sampai RM150 000. Ibarat beli rumah la, deposti 10%, tapi 90% bank bayar. Istilah lain ialah “leverage” atas duit bank. Masalahnya kaki kontra ni, biasanya jadi mangsa. Mereka hanya boleh trade sampai hari ke-4 atau T0, T1, T2, T3, T. Bila tgh hari T3, mereka kena jual (forced selling) saham2 tadi. Jika rugi, katakan beli saham kat pucuk, pastu kaunter cap ayam, pastu bodo pergi belasah semua duit 1 kaunter sahaja. Rugi 30% sebab QR report keluar kata rugi, harga gap down esoknya. Maka jumlah kerugian itu ialah 30% x RM150 000 = RM45 000. Maka duit asal encik X hanya tinggal RM50 000 – RM45 000 = RM5000 sahaja. Jumlah kerugian sebenar Encik X dari modal ialah 90%. Itulah kisah sebenar orang yg lingkup dalam pasaran saham. Dah bodo apa boleh buat. Sebab itulah sifu Zamsaham selalu pesan, jauhi kontra! Ianya ibarat dadah yang sukar dipulihkan. Bila dah terkena memang terduduk la. Saya tak pernah main kontra. Saya pernah lihat rakan trader rugi. Belasah semborono tak ingat, letak modal besar 1 kaunter. Bila jatuh terus terduduk rugi. Jadi macam mana nak jauhi kerugian sebegitu? Pertama jauhi kontra, mulakan dengan modal yang kecil seperti bawah RM5000 dahulu. Buat pecahan modal beli kaunter fundamental sewaktu musim conrrection. Macam mana nak cari kaunter? boleh study post-post sebleum ini dalam blog ini.

6. Ilmu saham ni susah giler!!

Saya graduan ilmu perubatan. Ada juga doktor yang jadi remiser saham. Nama gelarannya mahersaham. Bahkan ramai trader-trader / investor saham bukan berasal dari latar belakang graduan kewangan. Ada yang sampai sijil SPM sahaja, tetapi komited belajar ilmu saham. Ilmu teknikal analisis sebenarnya tidaklah sukar mana. Asalkan cari mentor / pengajar yang boleh simplified ilmu tersebut. Saya belajar melalui long learning curve. Belajar ibarat susun puzzle sedikit demi sedikit. Saya akui banyak perkara yang belum saya mahir lagi. Tetapi untuk mahirkan konsep palingggg asas sebenarnya sekejap sahaja. Saya tidak jamin mana-mana kelas boleh ajar lengkap ilmu dalam sehari dua. Pembelajaran ilmu teknikal analisis ni setiasa berterusan, tetapi asasnya tetap sama. Pulas la kot mana pun, ikutlah ajaran mazhab mana pun seperti wyckoff, syndicate, naked chart, mazhab awan ichimoku, TAVA trader, BBMA method, fibo musang, channelist, chart pattern, harmonic trader etc. Asasnya tetap sama iaitu S&R, RRR, Entry Exit, money management & pemilihan kaunter untuk pasaran saham. Kesimpulannya, banyakkan belajar dari ebook, video youtube, jumpa guru yang boleh mengajar. Jika tiada duit nak pergi kelas, beli ebook. Atau download ebook percuma. Youtube pun percuma.

7. Lebih baik beli hartanah untuk pelaburan

Ada orang membandingkan hartanah lebih baik dari trade saham atau letak duit dalam ASB. Bagi saya, tiada masalah. Asalkan tahu tujuan / matlamat kewangan masing-masing. Ada orang mahukan untung 100% dalam masa sebulan, maka pelaburan yang sesuai untuk mereka ialah skim cepat kaya pak man telo al-lingkupi. Ada orang cukuplah untung 5% setahun memandangkan mereka ada duit cash berjuta-juta, maka tak perlu susah-susah bagi mereka buka akaun CDS. Mereka hanya perlu buka akaun Tabung Haji atau ASB sahaja. Ada orang mahukan pulangan 30-50% setahun, maka instrument yang betul mungkin saham. Tetapi perlu belajar terlebih dahulu.

Tetapi ramai tak sedar, properties / hartanah juga berisiko. Bayangkan dengan modal RM20 000, kita boleh beli sebuah rumah berharga RM200 000 (deposit RM20 000 + RM180 000). Ini juga dikira leverage. Tetapi ramai tidak tahu, banyak rumah tak dapat disewakan setelah siap, banyak yang dilelong akibat pembeli tidak mampu “holding power” untuk bayar loan setiap bulan selama 30 tahun. Saham tak perlu loan, tak perlu instalment. Setelah rumah dilelong dengan harga RM150 00. Maka terpaksa pulak top up hutang bank RM30 000. Berbekalkan modal asal RM20 000, rugi RM30 000. Maka kerugian ialah 150%. Itulah bahaya guna leverage / margin. Ini namanya “kontra” dalam bidang hartanah. Rasanya kalau main saham, tak guna kontra, takdelah sampai tahap seperti ini. Saya pun pelik, ramai sangggup berhutang dengan bank beli hartanah mahal gila sampai setengah juta, seolah-olah hartanah ni konfirm tak rugi. Tetapi nak buka akaun CDS saham RM10.60 fikir lebih dari masak-masak, nak melabur RM500 pun berkira-kira.

Kesimpulan

Apa pun pelaburan yang ada di dunia ini. Tidak boleh lari dari risiko. Cuma risiko rendah, sederhana atau tinggi. Perlunya belajar terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko. Bagi yang mahu memulakan pelaburan saham, saya nasihatkan banyakkan membaca. Mulakan modal yang kecil, jangan gelojoh nampak untung sahaja. Ramai orang rugi di luar sana akibat gelojoh, tidak ambil tahu risiko dan rasa cukup dengan menghadiri kelas sehari dua.

15 Thoughts on “7 Faktor Penghalang Untuk Trade Saham

  1. Tuan boleh kongsikan sikit pecahan modal yang Tuan amalkan?

    • Kalau modal RM10k, saya pecahkan RM2k untuk setiap kaunter. Saya beli dalam 5 kaunter. Tapi ada juga yang modal besar, mereka guna strategi beli 10 000 unit setiap kali pembelian. Strategi ni nampaknya untuk short term trader. Tetapi saya tak berani, kerana baru guna teknik baru. Jadi testing dulu dengan modal kecil-kecil

  2. Boleh tuan cadangkan buku apa yg saya patut baca sebagai newbie ni.

    2. Swing trading yg tuan cadangkan, biasa nya berapa lama sy kena pegang saham tu sehingga dijual?

    Terima kasih

    • Banyak buku boleh dibaca, Tetapi kebanyakan lebih fokus pada market luar negara. Untuk market malaysia, saya cadangkan baca buku DiNapoli Levels. Buku fred tam seperti chart pattern analysis (untuk market malaysia & SGX).

    • Tempoh pegangan tu bergantung kecepatan kaunter bergerak. Contohnya kaunter DRBHCOM saya beli awal pada harga RM1.730 (buy before breakout), hanya 1 hari sahaja terus sampai target price 1 (TP1), hari kedua dah sampai TP2. Lain kaunter lain jangka masanya. Jika mahu swing dgn modal kecil, biasanya tempoh pegangan sebulan hingga 2 bulan.

  3. terima kasih tuan

    • Tuan jika berkelapangan boleh x menulis pasal common patern patern dalam saham yang perlu diambil perhatian….

      Cthnya dlm buku ebook dinapoli tu …. double repo dan sbgainya…. saya ada cuba baca tapi x berapa nak faham

      • Untuk chart pattern, DiNapoli ubah tema nama sahaja. Biasanya double repo tu merujuk pada double top / double bottom. Saya hanya ekstrak konsep DiNapoli fibonacci. Indicator lain saya guna seperti ichimoku, stochastic & MACD. Saya juga guna BBand untuk mencari squeeze. Squeeze adalah antara signal paling bagus untuk meletup (weekly chart). Untuk rujukan / faham lebih lanjut pasal chart pattern, saya cadangkan baca buku fred tam (beli kat mphonline) tentang chart pattern. Memang bagus cara dia terangkan, simple, ringkas, mudah difahami.

  4. kahazmi on January 1, 2018 at 10:08 am said:

    nasihat yg baik saya pun masih newbie

  5. Terima kasih sharing. Tuan salah seorang yang membuka mata saya dengan saham kerana point no 6. Bidang lain pun pun boleh belajar dan melabur saham. Saya bidang engineering.

    Point no 7 tu salah satu sebab saya utamakan belajar saham dulu sebelum belajar hartanah.

    Sebelum ni baca tentang saham begitu-begitu saja, sekarang ni baru betul-betul fokus belajar saham saja sambil-sambil buat master engineering. Akaun CDS pun sudah buka sebulan lebih tetapi belum melabur saham lagi sebab tengah utamakan dan fokus melabur pada diri dan ilmu dulu.

    • Tahniah tuan, buka akaun tu dikira langkah yg mempunyai komitmen. Jika datang kuantan, boleh ajo berjumpa saya. Nanti saya kongsi ilmu percuma sahaja. Kat sini saya dah ajar beberapa kawan secara percuma. Harapan saya agar newbies jangan terjebak dengan kerugian yg besar dan berpontensi untung yang bagus.

  6. Tkasih tuan share article2x yg bagi saya sangat bagus dan senang paham. Dari blog tuan saya berguru dengan tuan USB dan beli ebook SiSD. Mohon diteruskan lagi.

  7. Tuan, DiNapoli Level tuan belu mana buku dia? Tgk online MPH, POPULAR takde jual. Berminat nak study.

  8. Pingback: Market correction itu peluang rezeki – Diari Saham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Navigation