Fibonacci antara technical tools yang terbaik pernah saya pelajari. Setakat ini saya tidak tahu ada yang lebih baik darinya.

Akan tetapi, ramai newbies dalam technical analysis takut untuk mempelajari tentang teknik fibonacci. Ada yang masih keliru yang mana satu perlu digunakan, retracement, extension, projection? Fibonacci fans? Angle? timezone? Ada yang takut dan melihatnya sebagai silibus yang sangat advanced. Sedangkan hakikatnya fibonacci ini senang sahaja. Saya mempelajari ilmu fibonacci ini melalui pembacaan ebook dan youtube. Tetapi rujukan utama saya ialah ebooks, kerana melalui youtube saya lihat terdapat pelbagai variasi dan methodologi yang tidak menyakinkan. Bagi saya mempelajari mestilah melalui buku teks / ebooks yang diterbitkan oleh penulis-penulis terkenal dalam bidang ini. Saya juga akan memastikan melihat review dan rating ebook tersebut di laman web www.amazon.com terlebih dahulu.

Antara ebook terbaik dan komprehensif untuk fibonacci ialah tulisan oleh Carolyn Boroden bertajuk “Fibonacci Trading: How to Master the Time and Price Advantage”.

Buku terbaik tentang fibonacci pernah saya baca

Buku ini juga saya gunakan sebagai silibus asas untuk mengajar adik saya yang zero tentang technical analysis. Hasilnya agak baik, iaitu saya terpaksa telan panadol 2 biji untuk hilangkan sakit kepala selepas sesi pembelajaran dengannya. Sebenarnya buku ini sesuai untuk mereka yang telah mengenal ilmu teknikal analisis dan sekurang-kurangnya tahu nak buka carta kat investing.com. Kenal apa itu open, high low close kat candlestick. Kalau zero knowledge sampai lihat carta saham pun dah pening, maka agar sukar nak faham.

Sebenarnya ebook ini senang sahaja nak faham. Walaupun ada 300 m.s lebih. Tetapi terdapat 3 teknik setup utama yang perlu ditekankan. Untuk fibonacci time tu boleh skip, kerana ia agak subjektif dan sukar dipraktikkan menggunakan kebanyakan platform. Saya skip bahagian fibonacci time analysis, walaupun ia agak mengujakan untuk dipraktikkan. Selebihnya banyak contoh-contoh diletakkan dalam ebook ini. Maka usah risau, jika minat dan komited, insya Allah tiada masalah nak faham apa yang disampaikan dalam ebook ini. Jangan lupa lihat juga youtube penulis ebook ini. Cara dia analisis sesuatu indeks / kaunter memang sistematik dan tepat.

Dalam ebook ini, dia tak kisah pun pasal chart pattern, pasal trendline. Tak perlu letak banyak indicator-indicator. Kerana jika menggunakan fibonacci, kena mahir dan yakin dengan analisa dibuat.

Untuk market bursa malaysia, boleh gabungkan fibo retracement support dengan teknik klasik mengenal pasti Support & Resistance.

Asas utama nak mahir fibonacci ialah kena faham ialah trend structure. Boleh rujuk youtube, terdapat remiser melayu yang ajar trend structure dengan mudah. Selepas itu, nak tarik fibo senang.

Perlu diingatkan, walaupun teknik fibo ini hebat sekalipun. Jika market mengalami correction, ia juga tidak berkesan.

Antara lain kelebihan fibonacci adalah ia bersifat predictive indicator. Dalam erti kata lain, ia paling leading indicator berbanding candlestick pattern atau price action. Bahkan jika berani boleh terus sambut pisau kat level-level confluence fibo (kalau berani dan sudah mahir).

Ilmu fibonacci juga boleh digabungkan dengan setup kegemaran masing-masing. Kalau ada yang fanatik guna MACD, EMA dan BB pun boleh guna fibo. Tak kisah setup apa sekalipun, kalau masukkan ilmu fibo, insya Allah akan menjadi lebih tepat entry dan exit.

Jika dinilaikan ilmu dari ebook ini, saya rasa kat luar sana jika dibuat kelas, harganya boleh cecah ribu-raban ringgit. Cuma kalau kawan-kawan yang telah belajar dengan saya setakat ini, free ajo saya ajarkan. Yang dah ada basic ilmu TA, biasanya ambil masa 2 jam ajo nak faham. Ajar trend structure, kemudian ajar tarik fibo. Lepas tu cari confluence. Settle masalah. Selebihnya balik praktis dan praktis. Saya pun masih praktis sampai sekarang. Tiada jalan singkat nak mahir.

Kesimpulannya, jika nak belajar ilmu advance, free, dan mantap. Boleh la cari ebook ini dan baca sendiri.