KLCI masih bullish

Indeks KLCI masih dalam fasa consolidation. Nama lain ialah sideway. Nak detail sikit ialah ia membentuk chart pattern iaitu Ascending Triangle. Tetapi bagi newbies seperti saya, cukuplah mengetahui bahawa KLCI masih sihat dan bullish.

Apa yang berlaku pada fasa ini? 

Pada fasa ini, berlaku profit taking, market lemau, banyak kaunter jatuh, ada yang cucuk-cucuk support sampai pecah. Ada yang terjun pandalela terutama yang dah naik banyak. Ada yang jatuh sikit sebab dah terlalu oversold dan banyak lagi. Pendek kata, nak mencari kaunter menaik pada fasa ini adalah susah. Tetapi ia bukan bermakna kita tiada peluang. Sepatutnya mindset kita diubah iaitu mengintai peluang pada waktu kejatuhan (dengan syarat trend bullish – fasa sideway / consolidation) dan beli pada harga di support. Golongan investor fundamental tidak terkesan sangat kerana mereka hold lama. Tetapi golongan trader agak terkesan. Untung ciput sebelum ini kadang kala disapu licin oleh kerugian pada fasa ini. Mengikut teori sindiket juga, fasa inilah goncangan untuk re-accumulation berlaku. Smart money menjatuhkan harga, menyebabkan retailer terutama kaki kontra terpaksa cut loss.

Apa pun, bukanlah saya bermaksud kita tidak patut cut loss jika kejatuhan berlaku. Jika dah terbeli pucuk, pastu jatuh merudum, adalah lebih baik cut loss, kerana kita tidak tahu sejauh mana ia boleh jatuh. Kadang-kala, walaupun breakout triangle tu berlaku, ia boleh terjadi false breakout. Benarlah kata-kata sifu / masta – jika entry awal-awal lagi dah silap, usah tanya nak exit kat mana.

Pencarian Kaunter Saham 

Saya kerap ditanya tentang teknik swing trading. Tetapi sukar bagi saya memberikan jawapan yang menepati cita rasa seseorang. Jawapan yang tepat ialah terpulang pada diri masing-masing. Berdasarkan pemahaman dari pembacaan ebook Saham Itu Seni Duit , sekurang-kurangnya kena tunggu 1 -20 hari barulah sesuatu kaunter boleh naik. Maknanya kenaikan boleh berlaku dalam julat masa ini. Ada yang naik cepat ada yang naik lambat. Oleh itu, untuk swing short / intermediate / long term bergantung juga pada pergerakan sesuatu kaunter.

Jika kita tidak dapat menetapkan jenis gaya trading apakah yang kita mahukan, maka pencarian kaunter agak sukar untuk dilakukan.

Gaya Trading dan Pencarian Kaunter Saham. 

Saya yakin, dengan berkembang pesat kelas saham, masing-masing sudah mempunyai teknik trading tersendiri. Persoalan yang penting ialah “bagaimanakah nak cari kaunter-kaunter yang memenuhi golden setup tersebut?” Takkan nak belek satu persatu dari seribu kaunter nak cari. Mak aih…boleh berpinar mata. Sampai ke pagi tak habis duk study. Last-last duk ikut buy call sifu, paling teruk sifu tu sebenarnya dah beli lama kaunter, tapi sengaja buat buy call supaya boleh push harga dan jual kat kita. Kalau boleh kita nak cari jumpa dulu kaunter tu, sebelum sifu tu jumpa barulah rasa seronok. Itulah dinamakan berdikari.

Sebagai contoh, jika anda pernah membeli ebook Sistem Saham, anda akan perasan setupnya adalah (swing mid term). Jika anda penggemar setup ini, sudah pasti anda mahu mencari kaunter memenuhi setup ini. Setup utama ialah EMA50 cross EMA200 dengan peningkatan volume sekurang-kurangnya melebihi volume purata 50 hari yang lepas. Tetapi untuk anda membelek-belek satu persatu kaunter sudah pasti meletihkan.

Teknik Mencari Kaunter Menggunakan Screener

Terdapat beberapa screener dalam pasaran. Ada yang berbayar dan juga percuma. Antara percuma ialah:

Trade Signum. 

Untuk mencari screener, boleh lawati link ini http://www.tradesignum.com/screener. Terdapat pre-defined screener dan anda boleh customize sedikit screener. Ianya adalah bagus untuk newbies yang tidak mempunyai modal besar dan mahu mencuba screener yang percuma.

Platform Trading

Terdapat platform trading yang menyediakan screener fundamental dan ada juga menyediakan screener TA. Seperti cimb i-trade. Kita juga boleh customize sedikit mengikut citrasa setup kita. Walaupun tak berapa banyak boleh customize, tetapi cukuplah rasanya.

Jstock Screener. 

Saya telah mengenali Jstock screener agak lama. Tetapi saya masih blurr dan tidak tahu tentang fungsi. Biasalah, barang percuma jarang dihargai. Sehingalah saya membeli dan mentelaah ebook SiSD berkali-kali, barulah saya terkejut dengan potensi Jstock ini. Perisian ini boleh download secara percuma di lini ini: http://jstock.org/. Jstock mempunya predefined indicator, tetapi anda boleh customize mengikut kesukaan anda dan setup masing-masing. Kehebatan ia boleh customize tanpa limit membuatkan ramai telah mula belajar tentang Jstock. Terdapat sifu-sifu telah mula mempelajari / mengupah designer untuk customize litar jstock supaya menepati setup “killer” masing-masing. Alhamdulillah, setelah membaca ebook Saham Itu Seni Duit, saya mula memahami kaedah membuat litar sedikit demi sedikit. Tak hairan, suatu hari nanti, kelas “membuat litar screener jstock” akan mula tumbuh dan caj ribu raban kepada para peserta. Mungkin juga ramai akan menjual litar-litar dengan harga sangat mahal. Dan tak hairan, jika ada orang membuat litar tersebut sebagai litar intraday trading. Insya Allah ada masa, saya akan kongsikan serba sedikit beberapa kaedah saya reka litar menggunakan Jstock, tetapi litar saya tidaklah sehebat sifu-sifu & masta-masta diluar sana. Ia sekadar asas nak design litar. Selebihnya kena buat kajian sendiri juga.

 

Pendekatan litar scanner yang boleh customize.

Jika anda tidak tahu nak design litar, tak mengapa. Boleh beli sahaja. Ada juga yang bagi free. Tetapi isu utama kita perlu fahami tentang fungsi litar tersebut. Adakah ia menepati setup dan strategi trading kita. Bila dapat free, tetapi kita pun tak tahu apa tujuan litar tersebut. Sekali scan, keluar 900 kaunter. Jenis litar seperti tu boleh diklasifikasikan litar sampah. Baik tak  payah scan kalau beratus-ratus kaunter yang keluar. Litar mestilah sensitif dan spesifik. Mungkin ada “false positive” result. Tetapi tidak mengapa asalkan ia boleh narrow down saringan kaunter menepati setup trading kita.

Anda juga boleh design sendiri mengikut citarasa anda, terutama jika litar-litar di pasaran tidak menepati cita rasa selera trading anda. Boleh belajar dengan geng-geng isaham, terdapat otai yang sudah mula mengajar design litar jstock dengan harga kelas yang berpatutan.

Kesimpulan

Setelah saya mempelajari ilmu TA, saya merasakan ilmu TA ini luas. Tiada siapa salah dan silap asalkan buat untung. Cukuplah pegang satu setup. Kalau tahu banyak pun buat pening sahaja. Isu utama setelah anda dah tepu belajar ilmu TA;  ialah pencarian kaunter yang menepati “golden setup” masing-masing. Siapa berjaya cari, temui terlebih dahulu dan beli, seterusnya kaunter tu naik maka merekalah yang beruntung. Lagi tepat screener yang mereka gunakan, lagi mudah kerja mereka. Saya juga dapat tahu, sebenarnya banyak screener nilaian ribuan ringgit di luar sana. Bahkan ia boleh memberikan alert realtime & intraday kepada fulltime trader. Cuma perlu ketahui, jika market lemau dan merah, semua jenis screener dan setup TA pun tak berkesan. Tak ada screener 100% berkesan.

Sekian terima kasih. Selamat berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia.