Screen Shot 11-11-15 at 11.06 PM

Sila isikan email untuk mendapat update terkini blog post.

Untuk pembaca budiman, jika tidak mahu ketinggalan untuk mendapat update post terkini. Boleh la mengisi email anda pada borang subscription.

Setiap kali saya update blog, anda akan mendapat notifikasi melalui email. Jika mahu unsubscribe pun senang sahaja.

Saya akan cuba update blog dan meletakkan isi kandungan setiap minggu.

Niat utama saya ialah untuk berkongsi ilmu tentang pasaran saham bursa Malaysia. Agar ramai tidak rugi.

Mungkin juga saya akan memberikan cadangan untuk hadir kelas tertentu, tetapi saya pastikan ia berdasarkan pengalaman sebenar, bukan sekadar review tanpa menghadirinya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Hari ini menyaksikan kejatuhan kaunter HUAAN.

Petanda kejatuhan: stoc overbought, potensi V-top pattern, fibonacci projection 100% dari dasar kenaikan.

KLCI masih dalam fasa correction. Seperti saya nyatakan dalam post sebelum ini. Target correction peribadi saya ialah KLCI correction sampai 1800. Sampai atau tidak, saya pun tidak pasti. Pada awal pagi, jelas panic selling berlaku apabila majoriti kaunter mengalami penjualan dan kerugian. Banyak juga kaunter watchlist saya jatuh kat fibonacci 50%, tetapi ada yang belum sampai 61.8%. Saya lebih berminat pada yang jatuh kat 61.8% kerana disitu biasanya support lebih kukuh dan lantunan lebih banyak berlaku. Cuma saya setkan alert lebih awal.

Apabila sesi petang, banyak kaunter telah pulih seperti sediakala. Jika anda baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham, pasti akan terkejut beruk. Dikatakan punca panic selling ialah akibat kejatuhan kaunter HUAAN akibat profit taking. Lagi malang apabila mereka terbeli kaunter HUAAN di pucuk. Sedangkan sudah ramai profesional trader melarikan diri. Panic selling ini menyebabkan kaunter-kaunter lain terkena tempias. Ada yang cut loss terkejut apabila sesi petang pulih kembali, kaunter cut loss tadi naik balik. Itulah drama wayang kulit bursa malaysia sejak dulu lagi.

Adakah sekarang masih waktu yang baik untuk membeli kaunter HUAAN? Bagi saya TIDAK, jika anda menggunakan fibonacci projection untuk meramal harga jual (target price). Harga terbaik untuk menjual HUAAN dan melupakannya ialah sekitar RM0.545 iaitu pada fibonacci projection 100%. Itulah yang saya pelajari dari buku Joe Dinapoli. Nak hold sampai 161.8% pun boleh, tetapi ditakuti terjadi perkara seperti hari ini, tidak sempat menjual. Trailing profit pun tak sempat nak bantu jika kejatuhan mendadak.  Tetapi jika anda ditakdirkan rezeki terbeli atau membeli pada harga retracement sekitar RM0.20, maka peratus untung ialah sekitar 160% masih tidak banyak terjejas.

Panik jualan adalah perkara biasa. Apabila satu kaunter yang disebut-sebut, dikompang-kompang sentiasa dalam group-group buy call. Maka kaunter tersebut akan naik dengan lajunya. Bila kenaikan laju, sudut kenaikan adalah sangat condong seperti tiang bendera. Maka ia akan membentuk V-top pattern. Pattern ni, jika gagal dikenalpasti, amat pedih jika terbeli di pucuk. Antara petanda lain HUAAN akan jatuh ialah weekly stochastic (setup Dinapoli 8,3,3) sudah mencecah 75% iaitu overbought.

Secara ringkas, 3 petanda WAJIB jual HUAAN sebelum kejatuhan berlaku ialah: 

  1. Potensi V-top pattern
  2. Daily stochastic overbought, weekly overbought, monthly pun overbought (jika beli juga waktu ni, memang cari nahas).
  3. Fibonacci Projection sudah mencapai Target Price wajib iaitu 100% (1.00). Jika nak tunggu 161.8%, kena monitor dengan berhati-hati. Tetapi jika terbeli kat bawah lagi, tiada isu sangat.
  4. Petanda lain mungkin lebih jelas pada geng-geng VPA-volume price analysis. Mereka lebih arif mengetahui petanda lebih awal. Saya juga perasan terdapat kenaikan dengan volume yang kurang (divergence) / sign of weakness, tetapi bagi saya agak sukar untuk jelaskan.

Kesimpulan: 

  1. Setiap kenaikan dan kejatuhan sebenarnya ada petanda yang jelas bagi profesional trader (bukan saya la).
  2. Gunakan fibonacci retracement untuk entry agar tidak terbeli di pucuk dan fibonacci projection untuk Que sell lebih awal untuk mengelakkan pengurangan profit.
  3. Elakkan dari membeli pada fasa overbought.

Semoga kita terselamat dari insiden HUAAN.

Target KLCI terjun sampai 1800 mata.

Dalam entri post sebelum ini, saya telah meletakkan gambar DRBHCOM dalam post tersebut. Saya sememangnya menunggu sebulan lebih untuk kaunter tersebut breakout. Ingatkan lambat lagi, sekali breakout terus hit TP1. Entry berdasarkan weekly timeframe, kaunter masih uptrend pada timeframe weekly. BBand sudah kempis (squeeze), volume sudah kering. Jadi baik saya ambil langkah buy before breakout (BBO). Walaupun ia sudah naik sedikit dari support fibonacci. Tapi tak mengapalah, saya trailing stop loss ikut 3 countback line.

Silap besar saya apabila menjual pada TP1. Sedangkan esoknya terus hit TP2. Ini lah dinamakan opportunity loss. Kena redha, mungkin setakat itu rezeki saya. Sepatutnya saya kena sabar sikit, insya Allah pasti akan dapat 40% dalam 2 hari kenaikan. Saya berasa sungguh gembira, kerana sejak mempelajari teknik fibonacci, pergerakan lebih mudah diramal dan target lebih mudah disasarkan. Buat masa ini, saya letakkan modal yang kecil dan target swing sahaja. Kerana nak test sesuatu teknik ni kena hati-hati juga. Belajar dari pengalaman loss sebelum ini.

Profit sedikit dari DRBHCOM

Terdapat juga carta-carta kaunter saya telah study, silap juga saya tak beli dan simpan kajian tersebut elok-elok. Ianya sekadar perkongsian santai dengan kawan-kawan melalui telegram. Setelah saya skroll balik, sememangnya kaunter tersebut telah membuat kenaikan pada weekly chart dalam masa hampir 1 bulan lebih, dengan kadar kenaikan 20-50%. Rasa rugi pulak terlepas pandang. Lain kali kena buat journal trading cantik-cantik. Persamaan untuk semua kaunter-kaunter ini ialah, kajian dibuat sewaktu KLCI masa dalam fasa correction.

Kajian PALETTE (UCREST)

kajian kaunter Palette sewaktu mengalami kejatuhan pada 2 Disember 2017

 

Palette selepas hit fibo 61.8% membentuk hammer merah. Naik 50% sehingga sekarang. (nama baru UCREST)

Kajian DNEX

Kajian DNEX 3 Disember 2017

 

Kenaikan DNEX 40% sejak hit fibo 61.8%

Kajian DUTALND

DUTALND kajian pada 5 Disember 2017

 

DUTALND kenaikan 20% setelah hit fibo 61.8%

Kelas terakhir buat masa ini saya hadiri ialah kelas oleh Spider Tips. Ia mengajar saya agar fokus pada weekly timeframe untuk swing lebih jauh. Kerana daily timeframe kerap kali terdapat pergerakan palsu akibat dari buy call group-group telegram.

Dari situlah, saya membuat beberapa kajian. Entry menggunakan fibonacci berdasarkan timeframe weekly. Walaupun saya tak beli, tetapi hasil kajian menggunakan teknik fibonacci ini sangat memberangsangkan. Risiko kecil, tetapi reward sangat bagus.

Saya juga telah berkongsi ilmu tidak seberapa ini secara percuma dengan rakan-rakan di tempat kerja. Alhamdulillah, yang guna betul-betul entry on retracement ikut fibonacci ini, kebanyakan entri profit. Mungkin market tengah bull kot. Tetapi jika loss pun, sangat kecil, kerana entry dekat support. Teknik ini membuatkan mereka boleh trade lebih santai. Tidak perlu hadap monitor setiap masa.

Semoga bermanfaat.

DRBHCOM: Target swing jauh berdasarkan weekly chart.

Kerapkali saya bertemu individu yang amat takut dengan pelaburan saham. Bagi mereka, pelaburan saham adalah suatu aktiviti yang berisiko tinggi, konfirm rugi, konfirm lingkup serta merta dan terus mati tanpa sempat mengucap.

Mungkin mereka ni banyak sangat mereka menonton DVD orang terjun bangunan bunuh diri setelah pasaran saham merudum.

Mungkin juga mereka banyak mendengar cerita kisah kaki kontra yang berhutang, menggunakan margin menghentam saham cap ayam, kemudian rugi kaw kaw.

Mungkin orang melayu kita mahukan “janji-janji manismu” agar duit mereka dirasakan secure, menjana pendapatan setiap bulan sebanyak 10% dan jaminan tiada risiko.

Anehnya, ada antara individu tersebut telah pun tersontot dalam skim cepat kaya. Di mana skim tersebut telah menawarkan pulangan tetap bulanan tanpa risiko. Bahkan amaun sontotan tinggi pulak tu. Mereka boleh bersabar pulak & pasrah. Tetapi amat pelik,  nak ambil risiko jual beli saham yang sah disisi undang-undang, patuh syariah takut pulak.

Ini menunjukkan asas utama pemahaman mereka masih belum kukuh tentang pelaburan.

Dalam Islam, setiap pelaburan mesti ada risiko.

Setiap perniagaan mesti ada risiko.

Tiada seorang pun ahli perniagaan boleh menjamin perniagaan mereka WAJIB untung dan memberikan pulangan konsisten. Kecuali Arwah Pak Man Telo.

Antara sebab ketakutan golongan yang tidak mahu memulakan pelaburan saham ialah:

1. Modal yang besar diperlukan untuk “main saham”

Sebenarnya modal paling minimum untuk memulakan pelaburan saham ialah bergantung pada harga saham yang ingin dibeli. Katakan kaunter yang bagus fundamentalnya seperti JAYCORP yang berharga RM1.40. Maka modal minimum ialah pembelian 100 unit = RM140.00 + kos brokerage sekitar RM20 (in & out). Maka kos minimum ialah RM160.00. Katakan kita cukupkan kepada RM200.00. maka kita sudah boleh bergelar sebagai shareholder kepada company JAYCORP dan boleh menghadiri AGM. Mungkin dapat makan free sewaktu hadir AGM (dah untung kat sini). Jika JAYCORP mengisytiharkan bonus, maka kita layak. Tetapi bonus ciput la, modal pun RM200 ajo. Modal kecil sudah boleh melabur, walaupun pelaburan itu bersifat lebih kepada pembelajaran. Nak breakeven untuk cover balik kos brokerage tu terpaksalah tunggu untung dalam 20% juga. Maka pendekatan terbaik untuk modal kecil ialah investor long term swing.

2. Sangat berisiko

Kaunter yang disenaraikan di Bursa Malaysia ada jenis cap ayam yang koyak fundamentalnya. Maka kaunter sebegini hendaklah dielakkan walaupun kenaikannya dikatakan sangat laju dan tinggi. Sebelum ini, saya mendapat tips dari sifu Spider Tips (telegram channel). Beliau mengatakan, kaunter ayam perlu dijauhi, jika dibeli 10 kaunter sebegini, yang naik mungkin hanya 1 dan 9 akan rugi. Jadi sebaiknya dibeli kaunter fundamental yang bagus, memberikan dividen setiap tahun & sentiasa untung sebelum ini.

3. Nanti kaunter akan lingkup

Company disenaraikan dibursa malaysia, yang bagus FA nya. Biasanya company yang kukuh. Seperti dinyatakan dalam buku Joel Greenblatt. Pilihlah company terbaik antara yang terbaik. Maka risiko untuk company tersebut dinyah senarai dari bursa malaysia adalah sangat-sangat tipis. Sebenarnya saya merasakan tidak logik untuk company tersebut dinyahsenaraikan. Bayangkan company yang bagus banyak lingkup dalam bursa Malaysia, maka sudah pasti company lain akan turut serta. Takkan satu bursa mahu lingkup. Kadang kala pemikiran tak logik seperti negara akan bankrap, bursa akan bankrap adalah ketakutan berlebihan yang merugikan. Bukannya nak suruh letak seluruh duit kita dalam bursa Malaysia, tetapi modal sedikit sahaja dahulu.

4. Perlu komitmen masa di depan komputer setiap saat.

Ini satu lagi pahaman sesat yang perlu dibuang jauh-jauh. Jika kita memilih untuk menjadi intraday trader, maka logiklah menghadap komputer setiap masa, tapi takdelah nak melihat setiap saat pergerakan harga. Golongan intraday trader ni adalah golongan berisiko tinggi, mereka guna modal besar. Tak ramai yang berjaya (ada juga berjaya). Dari duk main saham intraday, baik belasah komoditi (lagi besar risiko & pulangannya). Nak untung besar dalam saham dengan modal yang lebih kecil, hendaklah guna pendekatan swing trader / investor. Beli sewaktu market mengalami fasa correction, cari kaunter fundamental yang sudah oversold. Biasanya banyak diskaun sewaktu market correction, beli pada level fibonacci retracement. Gunakan chart weekly untuk swing lebih jauh. Insya allah potensi untung lebih besar, tak perlu hadap monitor setiap hari, cuma lihat sekali sekala sahaja. Ibarat duduk diam dapat duit atau rugi sedikit. Dengan adanya apps KLSE screener, tak perlu tengok chart kat komputer. Boleh lihat harga 2x setiap hari (waktu rehat tengah hari & petang). Bahkan boleh setkan alert jika harga tertentu telah dicapai. Terdapat apps dari broker yang membolehkan kita beli & jual melalui smartphone sahaja. Maka jual beli saham kaedah swing sangat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja.

5. Kisah trader lingkup serta merta

Hakikatnya ramai tak tahu. Yang melingkup main saham ialah satu jenis spesis sahaja. Iaitu kaki kontra yang menggunakan margin. Contohnya encik X masukkan duit dalam CDS akaun, investment bank tersebut berikan margin untuk trading 2x dari nilai duit encik X. Encik X masukkan RM50 000. Trading akaun bagi extra trading limit RM100 000. Total encik X boleh belasah beli saham sampai RM150 000. Ibarat beli rumah la, deposti 10%, tapi 90% bank bayar. Istilah lain ialah “leverage” atas duit bank. Masalahnya kaki kontra ni, biasanya jadi mangsa. Mereka hanya boleh trade sampai hari ke-4 atau T0, T1, T2, T3, T. Bila tgh hari T3, mereka kena jual (forced selling) saham2 tadi. Jika rugi, katakan beli saham kat pucuk, pastu kaunter cap ayam, pastu bodo pergi belasah semua duit 1 kaunter sahaja. Rugi 30% sebab QR report keluar kata rugi, harga gap down esoknya. Maka jumlah kerugian itu ialah 30% x RM150 000 = RM45 000. Maka duit asal encik X hanya tinggal RM50 000 – RM45 000 = RM5000 sahaja. Jumlah kerugian sebenar Encik X dari modal ialah 90%. Itulah kisah sebenar orang yg lingkup dalam pasaran saham. Dah bodo apa boleh buat. Sebab itulah sifu Zamsaham selalu pesan, jauhi kontra! Ianya ibarat dadah yang sukar dipulihkan. Bila dah terkena memang terduduk la. Saya tak pernah main kontra. Saya pernah lihat rakan trader rugi. Belasah semborono tak ingat, letak modal besar 1 kaunter. Bila jatuh terus terduduk rugi. Jadi macam mana nak jauhi kerugian sebegitu? Pertama jauhi kontra, mulakan dengan modal yang kecil seperti bawah RM5000 dahulu. Buat pecahan modal beli kaunter fundamental sewaktu musim conrrection. Macam mana nak cari kaunter? boleh study post-post sebleum ini dalam blog ini.

6. Ilmu saham ni susah giler!!

Saya graduan ilmu perubatan. Ada juga doktor yang jadi remiser saham. Nama gelarannya mahersaham. Bahkan ramai trader-trader / investor saham bukan berasal dari latar belakang graduan kewangan. Ada yang sampai sijil SPM sahaja, tetapi komited belajar ilmu saham. Ilmu teknikal analisis sebenarnya tidaklah sukar mana. Asalkan cari mentor / pengajar yang boleh simplified ilmu tersebut. Saya belajar melalui long learning curve. Belajar ibarat susun puzzle sedikit demi sedikit. Saya akui banyak perkara yang belum saya mahir lagi. Tetapi untuk mahirkan konsep palingggg asas sebenarnya sekejap sahaja. Saya tidak jamin mana-mana kelas boleh ajar lengkap ilmu dalam sehari dua. Pembelajaran ilmu teknikal analisis ni setiasa berterusan, tetapi asasnya tetap sama. Pulas la kot mana pun, ikutlah ajaran mazhab mana pun seperti wyckoff, syndicate, naked chart, mazhab awan ichimoku, TAVA trader, BBMA method, fibo musang, channelist, chart pattern, harmonic trader etc. Asasnya tetap sama iaitu S&R, RRR, Entry Exit, money management & pemilihan kaunter untuk pasaran saham. Kesimpulannya, banyakkan belajar dari ebook, video youtube, jumpa guru yang boleh mengajar. Jika tiada duit nak pergi kelas, beli ebook. Atau download ebook percuma. Youtube pun percuma.

7. Lebih baik beli hartanah untuk pelaburan

Ada orang membandingkan hartanah lebih baik dari trade saham atau letak duit dalam ASB. Bagi saya, tiada masalah. Asalkan tahu tujuan / matlamat kewangan masing-masing. Ada orang mahukan untung 100% dalam masa sebulan, maka pelaburan yang sesuai untuk mereka ialah skim cepat kaya pak man telo al-lingkupi. Ada orang cukuplah untung 5% setahun memandangkan mereka ada duit cash berjuta-juta, maka tak perlu susah-susah bagi mereka buka akaun CDS. Mereka hanya perlu buka akaun Tabung Haji atau ASB sahaja. Ada orang mahukan pulangan 30-50% setahun, maka instrument yang betul mungkin saham. Tetapi perlu belajar terlebih dahulu.

Tetapi ramai tak sedar, properties / hartanah juga berisiko. Bayangkan dengan modal RM20 000, kita boleh beli sebuah rumah berharga RM200 000 (deposit RM20 000 + RM180 000). Ini juga dikira leverage. Tetapi ramai tidak tahu, banyak rumah tak dapat disewakan setelah siap, banyak yang dilelong akibat pembeli tidak mampu “holding power” untuk bayar loan setiap bulan selama 30 tahun. Saham tak perlu loan, tak perlu instalment. Setelah rumah dilelong dengan harga RM150 00. Maka terpaksa pulak top up hutang bank RM30 000. Berbekalkan modal asal RM20 000, rugi RM30 000. Maka kerugian ialah 150%. Itulah bahaya guna leverage / margin. Ini namanya “kontra” dalam bidang hartanah. Rasanya kalau main saham, tak guna kontra, takdelah sampai tahap seperti ini. Saya pun pelik, ramai sangggup berhutang dengan bank beli hartanah mahal gila sampai setengah juta, seolah-olah hartanah ni konfirm tak rugi. Tetapi nak buka akaun CDS saham RM10.60 fikir lebih dari masak-masak, nak melabur RM500 pun berkira-kira.

Kesimpulan

Apa pun pelaburan yang ada di dunia ini. Tidak boleh lari dari risiko. Cuma risiko rendah, sederhana atau tinggi. Perlunya belajar terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko. Bagi yang mahu memulakan pelaburan saham, saya nasihatkan banyakkan membaca. Mulakan modal yang kecil, jangan gelojoh nampak untung sahaja. Ramai orang rugi di luar sana akibat gelojoh, tidak ambil tahu risiko dan rasa cukup dengan menghadiri kelas sehari dua.

Selamat tinggal Jstock

Setelah lama jstock wujud, tahun 2017 adalah tahun paling kemuncak. Saya perasan sudah ramai belajar coding script (litar) scanner dan ada remiser pun siap coding ikut setup killer masing-masing.

Biasanya sesuatu yang free ni tak bertahan lama.

Lagi ramai duk guna benda free ni, lagi cepatlah lingkup. Kerana mesti ada kos perlu ditanggung seperti data feed dan macam-macam lagi.

Tetapi, terbaru jstock umumkan tidak lagi support untuk market Malaysia disebabkan masalah copyright issue dengan data dari bursa malaysia.

Saya tak faham apa isu tersebut. Tetapi saya tahu jstock sudah pun jadi arwah untuk market malaysia.

Oleh itu, perlu ada scanner berbayar untuk memudahkan kita mencari kaunter berpotensi.

Antara TA scanner yang bagus ialah:

1. Chartnexus xpertrader
2. Shareinvestor
3. IVSA Chart (mahal giler)
4. M+ live beat
5. DTS
6. Bursa Station (predefined TA scanner).

Ada juga yang masih free seperti tradesignum. Tetapi saya tak guna, kerana tak biasa.

Apa pun, nak untung, kena study banyak kaunter juga.

Kalau nak beli kat bottom, kena study sendiri.

Kalau tak rajin kerja, mana tentu boleh dapat untungnya.

Terdapat juga platform seperti cimb itrade, mempunyai filter dalam platformnya. Tetapi ia lebih pada predefined filter. Antara filter yang bagus ialah bollinger band breakout. Result dari filter tidak terlalu banyak kaunter, agak narrow down result, dan boleh dikatakan berkesan. Jadi kalau nak guna filter screener free, buka akaun dengan cimb itrade. Cari remiser yang bagus-bagus boleh bagi support, pastu buka akaun dengannya. Fokus swing trade, sebab brokerage fees cimb pun agak sederhana mahal.

Selamat tinggal jstock….

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara aspek “money management” dalam trading yang sering diabaikan ialah Risk Reward Ratio (RRR). Dalam bahasa Melayu ialah nisbah risiko kepada untung yang akan diperolehi apabila entry dibuat dalam sesuatu kaunter saham. Mungkin bagi investor ianya tidak penting, mereka hanya perlu beli kaunter bagus fundamentalnya, kemudian peram kaunter tersebut sampai bertahun-tahun sehingga untung atau delisted dari bursa malaysia. Akan tetapi, untuk trader yang aktif, samaada short atau midterm swing, maka RRR adalah perkara penting untuk dipertimbangkan. Ianya nampak susah, lebih-lebih lagi jika entry berdasarkan teknik Buy On Breakout (BOB). Tetapi untuk trader yang mengamalkan teknik Buy At Support (BAS), insya Allah tiada masalah untuk mendapat RRR yang sangat bagus.

Perhatikan jumlah % win rate diperlukan untuk setiap RRR (sumber: google)

Jika pembaca inginkan penerangan lebih lanjut dalam bentuk video, boleh search kat youtube penerangan oleh Adam Khoo berkenaan Trading like casino dan RRR. Suatu penerangan yang cukup jelas.

Tetapi ingin saya jelaskan di sini dengan lebih ringkas.

Apabila kita trade samaada 10 kali hinggalah 100 kali sekalipun. RRR memainkan peranan penting samaada kita akan berakhir dengan untung atau rugi. Segala penjelasan yang saya nyatakan telah mengambil kira kos brokerage.

Perjudian di kasino vs Trading Saham

Berdasarkan penerangan Adam Khoo, pusat judi telah direka agar peratusan kemenangan bagi pusat judi adalah 53% dan pelanggan 47%. Ini bermakna, jika terdapat 100 aktiviti perjudian, maka 53% adalah dimenangi oleh pusat judi manakala 47% sahaja berpihak kepada pelanggan. Oleh itu, apa yang saya faham, jika pusat judi mempunyai peratusan kemenangan 90% dan pelanggan hanya menang 10% sahaja, maka sudah pasti tiada orang akan berjudi, begitulah sebaliknya, jika 90% pelanggan untung dan pusat judi hanya untung 10% sahaja, maka tiadalah pusat judi.

Dengan mengambil kira keterukan kadar peratus kebarangkalian untung di pusat judi. Katakan Encik X ingin melabur / trading dalam saham. Maka Encik X meletakkan kebarangkalian untuk beliau untung dari 10 kali trade ialah 4 kali sahaja dan kemungkinan besar beliau rugi sebanyak 6 kali. Katakan transaksi jual beli saham ini berlaku sebanyak 10 kali dalam masa 6 bulan. Maka Encik X memulakan dengan modal RM10 000.00. Beliau membeli kaunter yang sama julat harganya sebagai contoh RM0.50-RM1.00 kerana pergerakan satu bid hampir dan bersamaan dengan 1%. Setelah 6 kali transaksi kaunter dibeli, kebetulan market mengalami correction, Encik X terpaksa cut loss sebanyak 6 kali. Setelah pembelian kali ke-7 hinggalah kali ke-10 barulah Encik X untung berterusan.

Persoalannya ialah, bagaimanakah Encik X memastikan bahawa beliau masih berakhir dengan keuntungan dan pertumbuhan modal (capital growth)?

Jawapannya ialah dengan memaksimumkan Risk Reward Ratio.

Teknik Memaksimumkan Risk Reward Ratio

Untuk mendapat RRR yang terbaik, maka Encik X telah merujuk gambarajah di atas. Jika encik X mempunyai winning rate yang sangat teruk iaitu loss 6 kali, win hanya 4 kali. Maka encik X mensasarkan sekurang-kurangnya RRR mestilah 1:3 dan ke atas. Lagi tinggi lagi bagus.

Katakan Encik X membeli sesuatu kaunter, encik X tidak lagi menggunakan teknik Buy on Breakout (BOB), memandangkan market bursa malaysia terkenal dengan kelemauannya. Setiap kali breakout berlaku, majoriti ialah fake breakout dan retrace dengan banyakknya. Maka lebih baik encik X bersabar menunggu harga retrace akibat profit taking dari fifo (fast in fast out) trader yang makan 1-2 bid sehari. Encik X tarik fibo retracement, kemudian menunggu di fibonacci 61.8% atau 50% / 38.2% dan stochastic oversold. Beliau membeli di support setelah melihat candle retest support beberapa kali. Jika encik X masih was-was, beliau akan tarik fibo dari beberapa point recent High dan Low untuk mencari confluence, beliau juga akan konfirm kan support dengan teknik lain seperti channel, pivot level dan candlestick action. Kalau takut juga, encik X akan cuba Que buy satu bid bawah support.

Pembelian kaunter MASTER oleh Encik X pada harga RM0.705

Sebagai contoh, Encik X membeli kaunter MASTER pada harga 0.705 setelah membuat penelitian support. Kaunter ini juga boleh dikatakan fundamentalnya agak bagus. Setiap pembelian mestilah pada fasa oversold.

Harga masih lagi membuat hentaman sekitar support, maka dapat dilihat support sekitar harga RM0.70. Jika harga closed pada penutup hari tersebut di bawah RM0.70, maka encik X membuat keputusan untuk menjual keesokan harinya dengan cut loss kurang dari 3% dari modal.

Encik X juga telah membuat perkiraan projection target price sebelum membeli kaunter ini. Target price terdekat ialah 0.765 sekitar 9% profit. Selanjutnya TP ialah RM0.810 (potensi profit 14%) dan RM0.875 (potensi profit 24%).

Dari sini, Encik X merumuskan bahawa, jika beliau rugi, hanya 3% sahaja maksimum kerugian ditanggung selaras dengan teori dalam kitab-kitab Technical Analysis yang terkenal. Potensi profit ialah minimum 9% dan maksimum (jika berani tunggu) ialah 24%. Maka RRR Encik X ialah 1:3, 1:4.5 dan 1:8.

Jika dirujuk jadual RRR encik X hanya perlu untung 3 kali dari 10 kali trade seumpama ini sahaja. Jika beliau berjaya TP ke-2, maka beliau hanya perlu untung 2 kali dan loss 8 kali dari 10 kali trade pun dah balik modal dan masih untung ciput.

Kesimpulan dari 10 kali trade encik X yang tak seberapa hebat winning rate nya:

Loss 6 kali x 3% = 18%

Profit 4 kali x 9% = 36% (mengambil kira TP terdekat),

Profit 4 kali x 14% = 56% (mengambil kira TP2)

36%  – 18% = 18% (TP terdekat)

56% – 18% = 38% (TP2)

Maka modal asal RM10 000 encik X masih lagi bertambah sekitar 18% x RM10 000 = RM11 800 atau RM13600. Jika 10 kali trade tu mengambil masa 6 bulan, maka jika 12 bulan untung dijangka sebanyak 36%. Kalau nak kira, untung ni lebih baik dari Tabung Haji, Unit Trust dan ASB.

Itulah kehebatan RRR. Kita boleh kawal RRR berbanding winning rate (kadar kekerapan untung).

Untuk mengawal winning rate pula, hendaklah beli kaunter uptrend, kaunter yang membuat retracement dengan volume berkurangan dan kaunter yang fundamental bagus. Elakkan membeli penny stock kerana setiap bid kejatuhan tinggi nilai loss nya. Semua ini meningkatkan kebarangkalian kaunter itu akan meneruskan pergerakan uptrend seterusnya meningkatkan winning rate.

Kesimpulan

1. Tingkatkan RRR dengan membeli pada support

2. Tingkatkan winning rate dengan membeli kaunter uptrend atau kaunter yang baru berakhir downtrend

3. Beli kaunter pada harga julat 0.50-1.00 atau 1.00-1.50 untuk memudahkan membuat kiraan RRR.

4. Target RRR sekurang-kurangnya 1:3.

5. Buy On Breakout berisiko dengan cut loss point agak besar. Untuk newbies seperti saya, lebih baik elakkan.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya KLCI telah membuat double top dan telah mula turun dengan jaya. Jangkaan support sekitar 1723-1727. Berdasarkan chart pattern dan juga fibonacci retracement (weekly timeframe). Jika dilihat pada daily timeframe, maka KLCI sudah pun memasuki fasa downtrend. Tetapi saya lebih suka untuk menilai long term trend KLCI berdasarkan weekly. Jika dinilai daily, nampak gaya tak ada peluang nak entry.

KLCI next support ialah 1727. Stochastic dah oversold. Harapnya ia akan rebound bila kena kat support. Waktu tu boleh la kita jual kaunter yang dibeli kat support kepada BOB trader.

Ada sesetengah sifu kata tak perlu peduli KLCI, hanya tengok portfolio masing-masing. Saya setuju separuh sahaja dengan pendapat ini. Ya betul, jika major trend monthly, weekly dan daily adalah jelas uptrend, maka usah peduli tentang KLCI. Tetapi, jika KLCI weekly diambang downtrend, maka perlu beringat. Sentimen tak bagus akan mempengaruhi pelabur short term, mid term. Jika anda adalah investor untuk 5 tahun, maka tiada isu, pejam mata, letak duit ajo kat mana-mana kaunter yang bagus fundamentalnya. Paling teruk kaunter tu delisted sahaja. Kalau sabar ia akan naik semula.

BUY ON BREAKOUT (BOB): KELEMAHAN YANG KETARA

Ini adalah teknik yang terkenal, boleh dikatakan majoriti sifu / kelas / seminar/ webinar akan mengajar entry berdasarkan Buy on Breakout (BOB). Amat jarang aliran yang mengajar Buy at Support. Buy call kebanyakan bagi kaunter buy on breakout. Mungkin antara kelemahan paling ketara Buy at Support (BAS) ialah, masa diambil untuk beroleh keuntungan sangat lambat. Jika Buy on Breakout, waktu tu dah boleh untung dan juga PERLU INGAT boleh rugi terus kerana sangkut kat pucuk.

1. Market Lemau

Selama ini, pembelajaran saya dan teknik trading berdasarkan buy on breakout. Seingat saya, 2014-2016, jika menggunakan teknik ini, banyak berakhir dengan kerugian. Kerana market KLCI sideway. Oleh itu, trader yang bijak sebenarnya buy on support, apabila harga breakout mereka terus menjual pada trader newbies. Maka newbies pun tersangkut la. Ada yang cut loss memanjang. Bila 10 kali trade asyik cut loss, dah la modal besar, lagi parah guna margin, mula la menyerah kalah. Hari ini boleh lihat kaunter buy on breakout COMFORT mengalami penjualan dengan volume yang tinggi dari breakout. Apa maknanya? Maknanya orang yang dah beli kat support, dah clearkan position mereka. Yang duk beli kat pucuk tu paling kasihan. Entah bila mereka boleh jual semula. Kalau cutloss, banyak juga rugi berbanding Buy at Support.

Buy zone berdasarkan fibo confluence. Boleh juga cuba Q buy pada half kangaroo tail. Jika nak average down 2x pun boleh, pecahkan modal 2 bahagian. Nanti risiko lebih rendah. Kalau tak dapat tak apa, risiko tetap rendah.

Boleh rujuk gambarajah bagaimana bahayanya beli BOB kaunter COMFORT ini. Kaunter ini saya sudah perhatikan untuk pembelajaran dan kajian sewaktu ia retrace pada harga 0.950. Tetapi saya tidak berani membelinya kerana baru belajar Teknik DiNapoli Levels. Antara kaunter saya dah beli dengan kaedah DiNapoli ialah CAB pada harga average down 2x modal 0.98 (tersilap tarik fibo), dan BONIA pada harga 0.640.

Jika dilihat dari sudut projection fibonacci harga, TP COMFORT sebenarnya sudah mencecah pada TP3 = fibo projection 1.618 = RM1.09 (potensi untung 18%). Maka tidak hairanlah ramai trader yang bijak sudah jual pada harga tersebut. Jika saya, sudah pasti jual lebih awal pada TP projection fibo 1.00 lagi= RM1.02(potensi untung 10%). Tetapi paling penting ialah entry pada harga yang tepat iaitu fibo retracement sekitar RM0.925. Potensi RRR 1:2 minimum hinggalah RRR1:5

2. Cut Loss besar dan RRR ke laut

Sejak saya membaca dan membuat sedikit kajian tentang kaedah DiNapoli Levels yang saya nyatakan dalam post sebelum ini. Barulah satu lagi persoalan saya terjawab iaitu;

Kerapkali saya mendengar sifu di youtube, sifu kat malaysia mengatakan, jangan risikokan lebih dari 3% modal kita. Maknanya kalau kita trade beli kaunter dengan harga RM10 000, maka cut loss point kita perlu letak maksimum ialah 3% = RM300. Lagi rendah lagi bagus kan? Cuma kat mana nak pastikan cut loss tu tak senang dilanggar?? Yang peliknya, sifu yang sama duk ajar ilmu BOB. Jika entry kita kat support yang tepat. Maka 3% tak jadi masalah. Tetapi jika kita buy on breakout, kat mana nak letakkan cut loss? dahla beli waktu breakout, harga dah naik 5-7%. Harga volatile mesti akan bergerak dalam julat 3-5%. Sudah pasti ramai akan pramatang cut loss. Kalau tak cut loss awal-awal, tunggulah loss lebih besar. Maka disini risk reward ratio sudah pasti ke laut semuanya. Jika untung pun, tak banyak sangat, kadangkala trader newbies macam saya suatu ketika dulu, untung 3-4% dah cabut lari. Sebab tak tahan emosi. Akhirnya untung yang dapat tu cukup-cukup cover kos brokerage ajo.

3. Fake Breakout (breakout palsu)

Fake breakout adalah kerap berlaku. Dah la market lemau, fake breakout pulak kerap berlaku, cut loss besar, RRR ke laut. Maka usah kata nak untung, nak lindungi modal asal pun bukan senang bila menggunakan BOB. Fake breakout ni kerap terjadi tatkala market lemau kerana majoriti trader bijak dah jual waktu breakout. Hanya retailer yang kecil-kecil sahaja duk sambut. Contohnya, katakan harga jika pecah RM1.00 dikira breakout, maka ramailah membeli waktu petang tu. Tup tup bila dekat market nak tutup, tiba-tiba harga tutup bawah RM1.00. Siap buat ekor candlestick panjangg ke atas. Tu petanda fake breakout. Tak kisahla volume bagus ke tidak. Esoknya terjun tak ingat, rupa-rupanya candle ekor panjang tu ialah shooting star, dah la ia tikam resistance fibo projection 1.618 pulak tu. Konfirm jatuh teruk. Bila jatuh teruk, ia melantun pulak kat fibo retracement 0.618, ada pulak trader bijak yang berani mati sambut kat situ dapat profit 2-3%. Yang cut loss tadi terkejut harga naik pulak bila dia cut loss. Nasiblah badan…hahahaha.

Lantunan harga pada fibo 0.618. Siapa berani tadah dapatlah 2-3% profit.

Adalah tidak adil jika saya mengatakan kelemahan sahaja teknik BOB. Tidak dinafikan ada juga kelebihan teknik BOB ni, antaranya ialah:

1. Jangka masa tidak lama untuk untung dan juga untuk RUGI, jadi modal cepatlah hangus atau naik.

2. Teknik yang lebih gah, popular, famous, dan kerap digunakan oleh penyedia servis buy call.

3. Teknik ini melatih stamina kita kerana kita akan berlari-lari mengejar kaunter breakout setiap masa.

Nanti saya akan postkan kaunter yang saya beli dengan Teknik DiNapoli sebagai postmortem dan analisa agar kita dapat belajar sesuatu darinya. Kalau asyik post kaunter yang tak beli, nanti orang duk kutuk pulak, “alaa senang la cakap analisa kaunter tak beli”. Saya lebih suka, amalkan apa yang saya tulis di sini. Kerana jika saya untung, saya berharap pembaca dapat ambil manfaat percuma dari blog ini.

Seperti saya nyatakan tadi, 2 kaunter setakat ini saya masih hold menunggu TP atau cut loss dengan teknik Buy at support / teknik dinapoli ialah : CAB pada harga RM0.99 (2x average down kerana silap tarik fibo, maklumla baru belajar teknik baru) dan kaunter BONIA pada harga RM0.640 (fibo 0.618). Tiada jaminan sebenarnya teknik Dinapoli / Buy at support akan memberikan untung. Cuma yang pasti, RRR sangat-sangat bagus dan ia memberikan ketenangan hati pada saya. Bab kata Joe Dinapoli lebih kurang begini bunyinya “Jika kaunter tu jatuh / retrace, saya boleh jangka kat mana ia akan membuat turning point, jika ia naik, saya boleh jangka kat mana ia akan berhenti”. Jadi trading aktiviti saya lebih rileks dan hati saya lebih tenang. Tiap-tiap hari cari kaunter baru uptrend, pastu tunggu ia jatuh ajo dan set alert. Jika jatuh kat fibo saya Q buy terus, jika dah filled order, saya Q sell terus 2 minggu. Selebihnya tawakkal. Siapa hati tak tenang sejak trade saham, tu petanda teknik masih belum cukup serasi dengan jiwa mereka.

Setakat itu dulu, semoga bermanfaat untuk pembaca.

Sekian terima kasih.

Realiti dalam pasaran saham. Awas jangan membeli ikut-ikutan. Nanti sangkut kat pucuk-pucuk harga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda join group telegram atau whatsapp yang menawarkan buy call?

Tidak dinafikan saya pernah masuk banyak group. Ada yang percuma, ada yang berbayar.

Seringkali apabila kita membeli ikut buy call, samaada kita akan terperangkap di pucuk-pucuk harga iaitu apabila beli harga naik sedikit kemudian membuat U-turn. Maka status trader mula berubah menjadi investor sepanjang hayat. Kalau beli sikit dan membuat pecahan modal ok la. Tapi kalau hentam 100% modal + margin pulak tu atas satu kaunter sebegitu, mahunya terus lingkup dalam masa 3-4 hari.

Pernahkah kita terfikir :

  1. Apakah tujuan group-group buy call ditubuhkan?
  2. Apabila mereka membuat buy call, adakah mereka menerangkan kita kaedah mencari / memilih kaunter yang berpotensi?
  3. Apakah method mereka dalam pemilihan kaunter?
  4. Apakah trading strategi buy call mereka?
  5. Pada harga berapakah mereka beli sesuatu kaunter?
  6. Adakah sebelum membuat buy call mereka telah beli siap-siap pada harga lebih bawah?
  7. Jika mereka membeli lebih bawah harganya, apakah teknik yg mereka gunakan? Screener? Atau kaedah manual? Buy on retracement? Buy BEFORE breakout?

Terdapat banyak group buy call percuma. Ada yang berkualiti, ada juga yang memang ke laut. Oleh itu, setiap trader, sebelum ikut-ikutan membeli, hendaklah kaji terlebih dahulu carta saham masing-masing. Lebih baik jika dipilih kaunter yang bagus fundamentalnya seperti yang diterangkan dalam ebook Tuan Alwi Adam.

Boleh dikatakan sekarang, saya tidak mahu mengikut buy call. Percuma ataupun berbayar. Kerana saya risau dan syak terdapat unsur manipulasi ke atas follower. Akan tetapi, saya tetap berada dalam group-group buy call percuma kerana saya ingin melihat kaunter yang saya beli sebelum ini “dipalu kompang” buy call. Sudah pasti saya akan tersenyum jika saya berjaya mendahului buy call. Tetapi ianya bukan senang, contohnya PANTECH yang saya beli, terpaksa sabar sehinggalah hari ini kompang dipalu untuk kaunter ini. Maka saya tersenyum dan terpaksa sabar bagi menunggu ia mencecah TP2 saya. Tu pun, saya rasa nasib ajo terbeli kaunter itu. Kot mana pun, suatu hari nanti saya kena ada kaedah carian sendiri yang berkesan bagi diri saya. Ianya sudah pasti tidak senang, tetapi jika kena dengan kaedahnya, kemahiran ini adalah suatu ilmu yang sangat berharga.

Berikut adalah pemerhatian saya dan cadangan secara ringkas jika mahu join buy call group: 

  1. Setiap buy call mestilah dikaji terlebih dahulu dengan setup masing-masing. Jika ada buy signal maka tidak salah jika mahu masuk. Cuma berhati-hatilah jika buy signal kita kategori lagging, maka sebaik sahaja kita masuk, mereka dah jual kat kita. Jika guna teknik TAVA 30 minit ok juga, tetapi tak ramai ada masa untuk lihat monitor setiap masa. Lagipun pembuat buy call tidak ikut setup seperti kita.
  2. Berhati-hati jika pembuat buy call mengatakan “I’m buying” hakikatnya mereka mungkin dah beli sebelum itu, apabila harga naik mereka jual senyap-senyap kepada pengikut dalam group buy call. Jika mereka mengatakan “I’m adding position” tu bermakna mereka dah nak habis clear position jual kat follower. Akhirnya yang duk ikut tu terperangkap kat pucuk. Cuba perhatikan, jika mereka cakap “I’m buying” tu, harga dah naik berapa %? Jika dah naik lebih 4%-5% tu, lupakanlah ajo, harga mungkin boleh naik lagi, tetapi biasanya kalau dah cecah 5% ramai dah jual. Sebabnya orang bermodal besar, 5% dah cukup lumayan. Kalau kita modal kecil, hendaklah fokus pada swing intermedate term sahaja.
  3. Setiap buy call mestilah ada Entry price, Cut loss price, Target profit 1, 2 dan 3. Biasanya kalau sampai TP 1 tu ramai dah clear position dan beralih kepada buy call seterusnya. Jadi tak perlu angan-angan buy call tu akan sampai TP2 dan TP3. Elakkan join group buy call yang tiada detail di atas. Buy call taraf sampah bagi saya ialah yang menyatakan entry price sahaja dengan candle hijau marubozu dah panjang 3 inci. Yang tu, siapa ikut memang akan terkena habis-habisan terutama jika market masih lemau dan sideway, kerana profit taking berlaku dengan cepat.
  4. Kira minimum Risk Reward Ratio. Hendaklah dikira TP1 dan CL price tu. Contohnya jika entry price RM0.50, CL price RM0.48 dan TP1 hanya RM0.52. Maka risk reward ratio ialah 1:1. Jika kita trade 10 kali, rugi 5 kali, kita akan rugi akhirnya kat brokerage fees. Buat penat dan buang masa sahaja, lebih-lebih lagi kita tidak belajar perkara baru dengan buy call. RRR 1:1 tidak cukup bagus. Sebaiknya 1:2, iaitu minimum potensi pulangan 2x ganda lebih dari potensi rugi. Biasanya buy call percuma, RRR tidak cukup bagus jika dikira dari TP terdekat, kerana mereka dah beli dari bawah lagi, maka mereka susah nak bagi RRR yang bagus kat kita kerana ia sudah makan margin profit mereka. Jadi kita akan jadi mangsa duk sambut jualan dari mereka dengan RRR yang tidak berapa cantik.
  5. Premium group buy call biasanya mendapat buy call lebih awal. Ye laa, takkan penyedia buy call nak biarkan client mereka rugi. Taukeh perlu untung, orang yang bayar perlu untung maka siapakah akan berikan keuntungan? sudah pasti mangsanya ialah pengikut percuma. Itulah lumrah nasib mereka yang nak harapkan buy call percuma.
  6. Biasanya manipulasi kaunter buy call berlaku pada kaunter yang murah. Oleh itu sebaiknya beli lah kaunter berharga RM1.00 ke atas. Kerana pergerakan bid yang banyak pun takdelah rugi besar berbanding kaunter bawah 30 sen. Lagipun smart money level kecil-kecilan ni tiada modal besar nak manipulasi kaunter mahal-mahal. Tetapi itu tidak bermakna boleh ikut buy call kaunter mahal RM1.00 secara membuta tuli, kajian WAJIB dibuat juga.
  7. Untuk mendahului buy call, tiada cara lain kena study banyak kaunter. Kena cari secara manual kaunter-kaunter berpotensi. Samaada guna pilih dari top gainer, top volume. Ada juga TAVA screener untuk jstock, tapi tu kena join team isaham punya seminar. Seminar jstock mereka murah, lepas tu dapat banyak screener yang bagus secara percuma.
  8. Untuk mendahului buy call “BOB – buy on breakout” maka kita hendaklah membeli pada retracement / support. Boleh gunakan fibonacci untuk mencari support, tunggu candlestick pattern terbentuk. Ada juga yang mahir baca pengumpulan pada support. Saya tak mahir dan tak sempat nak monitor. Ada yang mahir baca market depth. Ada yang lagi mahir baca tape reading. Tetapi bagi saya cukuplah monitor daily sahaja. Letih nak hadap monitor setiap masa.
  9. Setiap buy call group ada peratusan kadar kejayaan. Jika mereka ada buat analisa kadar % kejayaan adalah cukup bagus. Pun begitu, faktor push kaunter oleh follower perlu diambil kira sebagai bias % kejayaan. Apa pun, perlu ingat, tiada buy call yang sempurna. Pandai-pandailah kita buat pecahan modal jika mahu ikut setiap buy call.
  10. Sebaiknya beli lah kaunter yang fundamentalnya bagus. Pastikan trend utama daily dan weekly timeframe ialah uptrend. Contoh FA yang bagus ialah PE yang tidak terlalu tinggi, EPS positif, menawarkan dividen yang konsisten, profit sentiasa bertambah setiap tahun dan setiap quarters report. Kalau nak lebih detail, boleh rujuk ebook  Tuan Alwi Adam. Kerana, jika terbeli dan tersangkut kat kaunter sebegini, sekurang-kurangnya ada dividen, lambat laun akan naik juga. Kemungkinan nak delisted tu sangat kecil. Cuma kena tahan senak perut melihat floating loss. Kalau tak nak jadi begitu, terpaksalah cut loss secepat mungkin. Terima hakikat kerugian.
  11. Tidak semua buy call ni tak bagus. Ada yang bagus. Yang paling bagusnya apabila kita dah beli, kemudian mereka buat buy call hehehe. Itulah namanya buy call untuk diri sendiri.

Saya akui, setakat ini buy call berbayar saya join tidaklah membuahkan keuntungan yang memberangsangkan. Mungkin kaunter itu naik tapi saya tak beli kerana tak cukup modal. Mungkin timing tak cukup bagus dan mungkin buy call tidak berkualiti.

Kesimpulan

Apa pun, saya tidaklah mahu kondem sesiapa yang buat buy call  atau nak join buy call. Sebenarnya tak salah pun nak buat apa, asalkan tidak menyalahi undang-undang dan dapat untung. Apa yang saya ceritakan di sini agar newbies tidak terperangkap di pucuk- pucuk harga akibat ikut-ikutan membabi buta. Sebaik-baiknya buy call ialah buy call dari bottom yang baru nak bermula trend nya. Paling merisaukan saya, apabila newbies yang baru join nak trade / invest saham ni, hentam modal besar + margin pulak tu. Kemudian sangkut kat pucuk harga. Semoga kita terlindung dari insiden yang mengerikan itu.

Sekian terima kasih.

Post sebelum ini boleh rujuk Tips Fibonacci: DiNapoli Levels – Siri 1.

Tujuan saya menulis tentang Fibonacci DiNapoli Levels ialah akibat kekecewaan saya dalam mengenalpasti support dan resistance melalui pelbagai kaedah yang saya rasakan agar sukar, terlalu subjektif dan sentiasa pecah.

Jika pembaca perasan, pernahkah kita membeli sesuatu saham dekat dengan support, sebaik sahaja beli harga terus jatuh dan jatuh. Bahkan memecahkan support yang kita lukis. Setelah rasa putus asa, kita pun cut loss, mungkin 3-5% harga bawah support, setelah cut loss, bila dilihat balik, harga tiba-tiba naik mencanak. Ia sangat-sangat mengecewakan. Rupa-rupanya setelah diperhatikan, support terbaru dibuat dibawah support asal berdasarkan kiraan fibonacci. Akan tetapi timbul pula isu pada diri saya iaitu, level fibonacci manakah paling SIGNIFIKAN? Adakah 0.236 / 0.382 / 0.500… dan seterusnya. Setelah saya membaca buku DiNapoli, beliau hanya fokus pada 2 level retracement sahaja.

Apakah Konsep DiNapoli Levels? 

Konsep utama DiNapoli ialah menggabungkan Lagging Indicator dengan Leading Indicator. Beliau menggabungkan konsep Trend Following (ikut trend sampai patah) dan entry setepat mungkin (meramalkan turning point dengan tepat) dan take profit secepat mungkin dengan risk reward ratio yang bagus.

Lagging indicator ialah segala jenis indicator yang berasal dari unsur-unsur moving average. Contoh indicator ialah simple moving average, exponential moving average, ichimoku kinko hyo, macd, GMMA.

Manakalah Leading indicator yang diakui oleh DiNapoli ialah fibonacci DiNapoli Levels. Menurut beliau, ramai rugi dalam trading kerana mengikut level-level fibonacci yang tidak signifikan. Bagi beliau hanya 2 level sahaja yang signifikan dalam fibonacci retracement (untuk penentuan support) dan 3 level signifikan dalam fibonacci extension(untuk penentuan TP). Beliau mendakwa level-level tersebut adalah berdasarkan kajian beliau beberapa belas tahun. Beliau juga mengatakan jika menguasai teknik beliau, tidak perlu pening kepala belajar Elliott Wave dan juga Harmonic Pattern.

Apakah setup trading beliau? 

Setup trading beliau ialah:

  1. Displaced Moving Average:
    • 3 DMA displaced kehadapan 3 (3×3)
    • 7 DMA displaced kehadapan 5 (7×5)
    • 25 DMA displaced kehadapan 5 (25×5)
  2. MACD 8,17,9
  3. Slow Stochastic 8,3,3
  4. Detrended Price Oscillator (indicator ini saya tidak berjaya cari dalam trading platform / bursa station)

Setelah saya perhatikan dan membuat sedikit kajian, sebenarnya indicator yang digunakan diatas bertujuan untuk:

  1. Mengetahui trend samaada uptrend / downtrend melalui DMA & MACD
  2. Mengetahui puncak-puncak untuk menarik fibonacci retracement melalui petunjuk stochastic crossover

Akan tetapi, saya juga gabungkan dengan ichimoku untuk mengetahui trend lebih jelas. Tetapi saya mengekalkan slow stochastic (8,3,3) untuk memudahkan saya menarik fibonacci retracement setelah crossover berlaku.

Fibonacci: Dinapoli Levels

Terdapat 2 jenis SAHAJA fibonacci tools yang digunakan oleh DiNapoli

  1. Fibonacci Retracement: Untuk mengetahui support ketika harga uptrend.
    • Apabila harga membuat kenaikan uptrend, ia akan menaik secara zig zag. Ia juga akan membentuk support dan resistance. Setelah diteliti, support-support yang dibentuk adalah lebih kurang sama dengan pivot level, kaedah S&R tradisi, kijun-sen ichimoku.
    • Terdapat 2 sahaja level yang significant iaitu 0.382 dan 0.618.
    • Untuk tarik fibo, boleh guna puncak-puncak terendah ke puncak tertinggi. Jika sebarang pertindihan 0.382 & 0.618 ia dikira confluence dan berpotensi membentuk support yang lebih kukuh sukar ditembusi.
  2. Fibonacci Projection: Untuk mengetahui Target Profit
    • Setelah entry dibuat, maka tidak perlu susah payah mencari puncak-puncak tertinggi sebelum ini.
    • Hanya perlu tarik fibonacci projection sahaja.
    • Terdapat 3 level signifikan iaitu 0.618, 1.00 & 1.618. Ia juga boleh dianggap sebagai resistant level.
    • Ambil profit pada 1.00 level, kerana di situ harga biasanya boleh sampai dan ramai clear position kat situ. Tetapi ada juga kes perlu TP di 0.618 jika terdapat resistant yang jelas dan signifikan berdasarkan kaedah tradisional.
  3. Untuk mengetahui perubahan trend, perhatikan pattern double bottom / double top
  4. Fibonacci level pada timeframe lebih tinggi adalah kukuh support / resistant.

Contoh kaunter uptrend berdasarkan pemilihan dari top active

Kaunter Hiaptek

Carta mingguan Hiaptek, cuba lukis S&R ikut kaedah tradisional, jenuh kan? Mujur ada fibonacci.

Peringatan! Analisa peribadi saya, bukan buy call tapi sebagai pembelajaran. Kena rujuk sifu lain untuk pengesahan juga. Saya ni newbies ajo. 

Berdasarkan kefahaman saya mengikut setup DiNapoli Level. Kaunter Hiaptek telah berada dalam fasa uptrend. Tetapi sepanjang kenaikan ia membuat beberapa retracement. Jika diperhatikan fibonacci retracement yang dilukis, apabila ia menyentuh fibo 2 level. Pada fasa pertama kenaikan, harga telah menjadi uptrend apabila telah melepasi garisan hijau 25DMA. Anda juga boleh mengambil 3DMA sebagai aras penentu trend, tetapi hendaklah diselarikan dengan MACD melintasi zero line (uptrend). Menurut diNapoli, pembelian hendaklah pada retracement, bukan pada breakout. Untuk menarik fibonacci retracement, tunggu SlowSo crossover kebawah garisan 75, maka puncak telah terhasil (swing high). Maka tariklah fibonacci retracement dari swing low  ke swing high pada harga 0.179 sen sehingga 0.360.

Jika diperhatikan fasa 1, apabila harga menyentuh garisan fibo 0.382, ia tembus kemudian merangkak naik semula. Stoplos boleh diletakkan bawah 0.618 iaitu sebanyak 15% (jika mahu kurang, letaklah antara 0.382 & 0.618). Biasalah, kalau trade guna chart weekly, konfirm la stop loss besar. Setelah entry dibuat, samaada tunggu slowso crossover, atau lihat candle action atau pakai tadah buta ajo kat level 0.382 dan tunggu harga bergerak ke atas. Kalau ikut teknik DiNapoli, beliau cadangkan tadah buta ajo kat level 0.382 atau 0.618.

Untuk mengetahui projection TP, tarik fibo projection 3 titik, dari puncak terendah 0.179 ke 0.360 (HH) dan ke 0.270 (HL). Maka 3 levels terhasil iaitu 0.380, 0.448 dan 0.558. Jika diperhatikan, apabila harga bergerak 0.380 ia terus patah balik dan membentuk new Higher High (HH). Itu bermakna kat situ ramai duk TP. Apa boleh buat, patutnya kita nak tunggu kat level fibo 1.00 = 0.448.

Kemudian harga patah balik membentuk Higher Low (HL) pada harga 0.293. Kat situ boleh tarik balik fibo retracement, entry, pastu tarik fibo projection. Lihat stochastik sebagai panduan untuk penentuan HH, HL. Perhatikan MACD agar tidak cross below zero line (dead cross, kalau terjadi maunya kena lari tak cukup tanah).

Begitulah teknik trend following + entry setepat mungkin & TP setepat mungkin. RRR sangat bagus.

Langkah-langkah di atas boleh diulangi sehingga trend patah. Terdapat major double top. Ada candle hijau panjang dengan ultra volume panjang. Dan fibo projection tu dah sentuh 161.8% ke. Tu dikira dah nak habis trend. Saya rasa kalau kita berjaya entry fasa 2 dan 3 pun kenyang tak habis makan. Kalau trend patah sekalipun, ada cara sebenarnya nak tahu sampai mana ia melingkup. Dan tidak hairan mungkin cycle uptrend seterusnya akan datang kembali. Cuma sementara tu, boleh lupakan dulu kaunter ni, bedal kaunter lain pulak.

Saya letih nak letak banyak contoh disini, kerana sehari dua ini agak tidak sihat. Harap contoh di atas jelas untuk pembaca.

Boleh juga nak guna timeframe daily, 4hour, 30-minit. Tetapi akan terdapat banyak fibo-fibo point kena tarik. Kalau fulltime trader duk ngadap PC 24 jam ok la. Saya bagi contoh senang nak faham, selebihnya pembaca boleh cuba kat timeframe dan gabungkan dengan setup kegemaran masing-masing. Pastikan setup tu boleh kenalpasti trend, turning point (HH, HL) dan tambahkan fibo DiNapoli Levels. Stochastik paramaters tu semua saya ikut DiNapoli, dan ianya lebih leading berbanding setup default.

Kesimpulannya: 

  • Teknik DiNapoli bukanlah suatu teknik yang baru secara total. Ia cuma pelengkap setup kita agar entry dan exit menjadi lebih baik.
  • Teknik trend following sebenarnya bagus, tetapi jika kita tidak mengetahui hala tuju dan target secara tepat, hati pasti menjadi gusar setiap kali pullback / retracement berlaku. Kadang-kala retracement berlaku terlalu deep sehingga floating profit kita menjadi floating loss, andaikata kita tahu bahawa kita perlu mengambil profit pada projection 1.00 dan tunggu retracement berlaku, maka hati lebih tenang.
  • Ia adalah salah satu teknik “buy low sell high”. Mungkin sesetengah orang mengatakan teknik ni agak karut, saya rasa ia tidak mustahil, kerana saya pernah melihat geng-geng harmonic trader, mereka trade fcpo berjaya tangkap hujung-hujung ekor pada turning point yang sangat tepat.
  • Gabungan trend following (lagging indicator) dan Leading indicator DiNapoli levels adalah suatu idea dan setup yang terbaik pernah saya baca sebelum ini. Jika ada yang lebih baik, saya akan kongsikan semula di blog ini.
  • Perbezaan ketara jika entry menggunakan indicator ialah, teknik tadahan buta fibonacci DiNapoli level adalah paling leading, paling tepat kerana ia menadah buy pada potential turning point. Jika kita menggunakan crossover moving average akan terlambatlah entry sebanyak 4 candle, jika guna MACD risiko false crossover dan divergence dan lagging 3 candle, jika guna stochastic, delay 2 candle, jika guna candlestick pattern lagging 1-2-3 candle (bergantung pada jenis pattern terbentuk), jika guna teknik S&R tradisional, biasanya susah nak lukis dan terdapat false break support kerana support fibo biasanya kat bawah sikit. Kalau guna Parabolic SAR, pun terdapat delay 1-2 candle. Jadi kalau tak mahu terlambat, dan mahukan RRR yang bagus, maka gunakanlah teknik tadahan pada DiNapoli Levels.
  • Syarat utama nak yakin dan mahir ialah kena tahu struktur trend HH dan HL. Barulah tarik fibo itu menjadi lebih tepat dengan bantuan indicator slowstoc di atas.

Setakat itulah siri DiNapoli Fibonacci saya ingin kongsikan. Ia bukan bermakna saya sudah pandai, saya sebenarnya baru tahu, dan baru belajar gunakannya. Bila saya baca dan faham sesuatu ilmu, saya terus tulis kat sini, agar tak lupa. Harap pembaca boleh ambil manfaat dari post ini.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum dan selamat menyambut eidul adha.

Mood menulis kembali semula. Walaupun menyepi dari menulis, tetapi saya tetap akan belajar dan belajar tentang saham dan pasaran hadapan (FCPO). Jika sempat saya akan kongsikan secara percuma di blog ini.

Suatu hari, ketika melayari youtube, terlihat video suggestion oleh youtube bertajuk DiNapoli Levels. Terdapat juga video yang menggelarkan Joe DiNapoli sebagai GodFather of Fibonacci. Walaupun saya merasakan ianya hanya sekadar gimik marketing berlebih-lebihan. Tetapi perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hati saya dan terdetik, apa halnya dia ni hebat sampai digelar sedemikian. Setelah saya menonton video dan membaca bukunya, barulah saya akui beliau bukanlah calang-calang orang dalam bidang fibonacci ini.

Fibonacci bukanlah merupakan indicator kegemaran saya. Kerana saya merasakan ianya terlalu banyak level menjadikannya dari objektif kepada terlalu subjektif. Terdapat terlalu banyak jenis fibonacci seperti fibonacci retracement, projection, extension, timezone, arcs, angle dan macam-macam lagi kot. Dah la banyak jenis, pastu level-level fibonacci pulak banyak dari 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% and 100% 127% 161% dan seterusnya. Tu tak kira lagi level-level kat setiap jenis fibonacci. Paling pening ialah apabila teknik nak tarik fibo tu dari mana ke mana.

Pun begitu, setelah saya membaca buku DiNapoli Levels, beberapa persoalan saya telah terungkai dan saya mula yakin bahawa Fibonacci Indicator adalah antara “Leading Indicator / Predictive Indicator” yang terbaik.

DiNapoli Levels

Kembali pada konsep asas teknikal analisis. 

Saya yakin, ramai antara traders newbies, sudah diajar bahawa apabila kita hendak membeli sesuatu saham, maka hendaklah dibeli kaunter uptrend pada support atau semasa retracement berlaku atau buy on dip / retracement. Terdapat juga traders yang lebih advanced berani membeli setelah harga breakout dari fasa consolidation (pattern breakout) atau membeli setelah resistance pecah dan harga bertahan. Membeli di support adalah risiko paling rendah dan menjanjikan risk reward ratio (RRR) yang bagus. Manakala membeli setelah breakout lebih berisiko, terutama market dalam fasa sideway, di mana volume tidak cukup kuat, dan agak lemau untuk menolak kaunter tersebut untuk ke paras harga lebih tinggi. Seringkali juga terjadi false breakout. Jika market lemah, jika kita menggunakan teknik membeli setelah breakout, bermakna kita hanya menyambut jualan dari orang yang telah membeli di support lebih awal dari kita. Boleh dikatakan kita akan terperangkap di pucuk-pucuk harga.

Penentuan support dan resistance. 

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini. Saya telah mencuba beberapa kaedah untuk menentukan support dan resistance.

Kaedah pertama: Saya pernah mencuba untuk melukis support dan resistance menggunakan kaedah tradisional seperti melihat harga terendah dan tertinggi sebelum ini.

Akan tetapi, seringkali, apabila saya menunggu di support (buy on retracement) harga tidak-tidak turun juga untuk menyentuk RBS (resistance become support). Seringkali juga terjadi apabila harga mendekati support, ia pecah dan membuat adjustment support yang lebihi bawah. Hanya sedikit sahaja kes terjadi di mana RBS terjadi.  Ini menyebabkan emosi trader sentiasa kacau.

Kaedah kedua: Menggunakan dinamik support melalui moving average / indicator ichimoku kinko hyo. 

Moving average adalah indicator lagging / lambat. Ia juga boleh berfungsi sebagai dynamic support. Long term moving average seperti MA50, 120, 200 adalah bagus untuk long term trend. Manakala terdapat beberapa “mazhab” untuk short term trend. Ada yang menggunakan MA5, 6, 10, 18, 20. Jika rasa tak cukup, guna ajolah Guppy Multiple Moving Average (GMMA). Boleh juga guna kijun sen dan kumo cloud dalam ichimoku. Tetapi, ianya masih terlalu subjektif, seringkali MA dan kijun sen pecah dan kita tidak tahu dimanakah mereka akan patah balik (turning point). Jika tunggu mereka patah balik dan membuat signal buy, sudah pasti akan lewat beberapa candle, jika menggunakan indicator MACD pulak, sudah pasti lewat 3 candle. Jika guna stochastic, akan terperangkap dalam false signal, jika guna candlestick terlewat satu hingga dua candle atau tiga candle bergantung pada jenis pattern candlestick.

Kaedah ketiga: Pivot Point

Untuk timeframe daily saham. Pivot point terbaik ialah monthly pivot. Pivot point adalah antara leading indicator untuk mengira siap-siap aras support dan resistance. Akan tetapi, banyak pivot point monthly pecah paras pivot dan harga terjun ke paras S1. Tetapi perlu ingat, pivot point akan berubah setelah sebulan berlalu. Mungkin harga sekarang masih dikira uptrend (atas pivot level monthly) tetapi setelah masuk bulan baru, ia dikira bearish la pulak. Boleh jeng kepala duk main benda ni. Kadang kala terpaksa juga kira confluence pivot point antara monthly & weekly. Tidak hairan, tiba-tiba harga stop midpoint pivot level kerana ada level pivot yang tak disentuh sebelum ini. Aduhai. Terasa sakit hati juga bila guna pivot point.

Kaedah keempat: Fibonacci Levels

Saya juga pernah mencuba fibonacci. Tetapi oleh kerana keliru terlalu banyak jenis fibonacci seperti arcs, fans, timezone, retracement, extension, projection bla bla bla. Saya mula menyampah. Ditambah pulak terdapat banyak level-level membuatkan saya menyampah. Ye lah, nak tahan pukat kat mana ? Level mana 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% and 100%?  Nak cut loss kat mana? Nak TP kat mana? Sampai kesudah, nak kira RRR pun susah. Timeframe mana nak guna pulak?

Apakah kelebihan DiNapoli Levels? 

Saya tidak pasti adakah kelebihan teknik DiNapoli itu signifikan pada pandangan mata traders yang lain. Bagi saya, ia merungkai beberapa persoalan saya selama ini.

Nanti saya akan kongsikan pada siri ke-2. Insya Allah.

Sekian terima kasih.

p/s kalau nak cepat, cari dan bacalah buku di atas, ada 319 muka surat.

Sahabat yang banyak mengajar erti pelaburan

Pada 16 Jun 2017, beliau telah meninggalkan dunia ini. Setelah hampir 6 bulan menderita sakit.

Beliau merupakan sahabat terbaik saya setakat ini. Saya mengenali beliau sejak dari matrikulasi. Jika dikira tempoh persahabatan ialah lebih 15 tahun. Kami sering berbincang, berborak-borak sejak dari mirc, yahoo messenger, facebook mesenger. Jika ada masa, saya berjumpa dengan nya.

Beliau juga yang memperkenalkan saya dengan dunia pelaburan. Kami banyak belajar dan berbincang, dari pelaburan pelik-pelik sehinggalah yang mencabar. Dari Dinar Iraq 🙂 (waktu itu kami masih jahil). Kemudian gold (physical gold) kerana beliau orang yang menitikberatkan isu syariah dan saham.

Kami mempunyai impian, angan-angan dan matlamat kewangan yang sama. Menjadi kaya, menjadi pakar dalam bidang saham dan seterusnya berkongsi ilmu kepada orang ramai.

Beliau juga yang banyak membaca tentang analisa teknikal lebih awal dari saya,  kerajinan beliau mempelajarinya sangat saya kagumi.

Sehinggalah tahun 2015, waktu itu saya mula menghadiri kelas saham bersama beliau dianjurkan oleh Team Zamsaham. Teringat kata-kata beliau setelah kelas saham tamat “Jom bergambar dengan Zamsaham, rugi kalau bayar mahal-mahal tapi tak bergambar”. Betapa bersungguhnya dan bersemangat beliau.

Untung rugi adalah lumrah pelaburan, saya pun pernah rugi & beliau juga rugi. Kami tidak pernah putus asa, kami ubah strategi, join pelbagai group untuk menimba ilmu.

Kami tidak pernah putus berborak melalui fb. Boleh dikatakan setiap hari, setiap malam. Berbincang kaunter-kaunter, berbincang tentang ilmu teknikal analisis.

Sejak bulan Januari 2017, beliau sudah tidak sihat, maka beliau mula menyepi.

Saya tetap belajar sedikit demi sedikit. Bila beliau merasa sihat, saya kongsikan apa yang saya pelajari.

Beliau juga yang memperkenalkan kepada saya buku “Volume Price Analysis” oleh Anna Coulling.

Boleh dikatakan apa yang saya kongsikan di dalam website ini juga adalah ilmu yang diajar atau dikongsi oleh beliau.

Kali terakhir saya menemui beliau seminggu sebelum pemergian beliau.

Beliau masih ceria, saya tetap melayan beliau seperti seorang sahabat yang sihat dan ceria. Saya tidak teragak-agak berbincang tentang saham dan berborak kosong.

Setelah pemergian beliau, saya mula merasa sangat sunyi. Tiada sahabat untuk berbincang.

Saya melihat beliau dikafankan. Saya turut solat jenazah dan menyaksikan beliau dikebumikan.

Tetapi buat masa ini, secara tidak sedar, saya masih tidak boleh menerima hakikat pemergian beliau.

Seringkali saya ingin menekan butang fb mesenger dan berborak dengan beliau. Asalkan status mesej saya “seen” pun cukuplah.

Saya akur, saya masih dalam “denial state”. Biasanya keadaan ini akan reda suatu hari nanti.

Buat masa ini saya masih tidak bersemangat untuk menulis entri seterusnya.

Sebelum ini sudah pun saya draf sedikit post terbaru.

Insya Allah saya akan kongsikan entri terbaru setelah kesedihan ini berlalu.

Harap pembaca dapat doakan agar arwah Dr. Ahmad Taqiuddin Zakaria di rahmati Allah swt. Diberikan tempat tertinggi di syurga.

Saya cemburu dengan pemergiannya. Sungguh mulia beliau dijemput pada 10 Ramadhan terakhir, pada petang Jumaat.

Sekian terima kasih.